Aduhai, malunya rasa kalau nampak besar dan ‘comel’ dalam gambar. Walhal bila di luar, anda tidaklah kelihatan sebesar itu. Mungkin anda ambil gambar dengan angle yang salah atau sebenarnya anda memang sudah berisi tanpa disedari.

Itulah masalah yang sering dihadapi oleh setiap wanita yang mahu sentiasa nampak kurus tidak kira di mana pun mereka berada. Nak kurus itu tidak salah, cuma anda perlu tahu cara yang betul dan jangan amalkan diet yang menyeksa tubuh anda sendiri.

Di Twitter, seorang gadis bernama Sazwani telah berkongsi 10 tip untuk menurunkan berat badan. Lebih memeranjatkan apabila beratnya turun 7kg dalam masa sebulan lebih sahaja. Wow, memang menakjubkan! Tidak mudah ya untuk turunkan berat badan jika tiada keazaman yang kuat.

Apa rahsianya? Jom kita baca perkongsian gadis ini.

Foto: Twitter Sazwani

Tips Pertama:

Jangan minum air manis. Tukar kepada air kosong. Kalau yang ni tak mampu buat, jangan baca tips kedua.

Tips Kedua:

Kira kalori. Boleh download apps calorie counter kat play store. Leceh sikit nak key in selalu. Kalau malas nak key in at least cek berapa banyak kalori makanan yg diambil. Boleh elak makan makanan berlebihan.

Tips Ketiga:

Tukar minum petang dari goreng pisang, cempedak goreng, keria, etc kepada buah. Pilihlah buah apa kau suka, jangan durian sudahlah.

Tips Keempat:

Kalau kau berjaya tukar menu petang, cuba tukar menu breakfast kepada yang rendah kalori. Kalau hari-hari menu pagi roti canai dan nasi lemak macam lambat jugalah nak turun, Tapi apapun tengok balik tips kedua.

Foto: Twitter Sazwani

Tips Kelima:

Tukar menu makan malam kepada healthy food. Tapi apapun balik kepada tips kedua tadi. Kira kalori.

Tips Keenam:

Jangan tukar tips pertama, ketiga sampai kelima tu serentak, tukar satu-satu sampai kau rasa dah biasa. Bila dah biasa baru tukar, so tak drastik. Biar sikit tapi berterusan, dari banyak tapi sekejap.

Tips Ketujuh:

Baru kau start exercise. Kalau kau exercise first, tp makan masih banyak macam bela jin, nanti xde peningkatan dalam kurangnya berat badan lepas tu kau give up. Start jaga makan dulu, kau dah biasa, go for exercise.

Tips Kelapan:

Pilih exercise yang kau suka. Kalau kau suka indoor and jenis tak cukup waktu or busy, boleh ke gym. Tapi kalau kau suka outdoor, boleh pilih hiking. Cuma hiking consume banyak sikit waktu. Aku suka hiking, benci jogging, so aku pilih hiking.

Foto: Twitter Sazwani

Tips Kesembilan:

Jangan timbang selalu. Timbang lah sekali ke dua kali seminggu waktu bangun tidur. Kalau kau selalu timbang nanti kau give up tengok timbang tu rosak tak turun-turun berat.

Tips Kesepuluh:

Cari partner atau kawan untuk exercise yang ada sama azam nak kurus and akan paksa kau temankan dia exercise. So, bila kau malas, dia ajak kau, kau terpaksa follow. Bila dia pula malas, kau ajak dia, dia pun terpaksa follow.

Tips ni aku tulis selepas aku turun 7 kg dalam sebulan lebih. Kalau rasa sesuai boleh ikut. Kalau tak sesuai, jangan follow.

Sumber: Twitter Sazwani

Tinggalkan Komen