Badan mula terasa lesu dan ‘lemau’ apabila tibanya hari Isnin–mana tidaknya, sudah sakan menikmati percutian hujung minggu kini terpaksa kembali kepada realiti. Tetapi fenomena Monday Blues ini sememangnya suatu perkara yang tidak asing tidak kira bagi yang bekerja atau sekolah.
Jadi adakah anda antara mereka yang tertanya fenomena Monday Blues ini hanya rekaan semata-mata? Ataupun ianya sekadar alasan untuk bersikap malas pada permulaan minggu yang baru?
Fenomena atau hanya sekadar alasan?
Kenapa hari isnin tiap kali menjadi satu hari yang sangat di benci oleh ramai orang? Adakah ia berpunca di sebabkan permulaan minggu baru buat semua kerana bakal menghadapi mesyuarat tak menentu, kerja yang semakin bertambah, bahkan, perlu memikirkan soal kehidupan seharian?
Ada perkongsian di Hellodoktor yang menerangkan lagi mengenai keadaan Monday Blues ini. Menurutnya, terdapat kajian yang di jalankan oleh laman web Gallup pada tahun 2015 menunjukkan peratusan sebanyak 32% pekerja di Amerika Syarikat yang di percayai komited dengan pekerjaan mereka. Melalui kajian ini mereka membuat kesimpulan bahawa jika seseorang itu tidak suka akan pekerjaan mereka, kebarangkalian mereka akan mengalami Monday Blues.
Ads
Hal ini di percayai kerana fenomena tersebut merupakan fenomena dari segi psikologi. Jadi bagi setiap hari yang anda lalui tetapi merasakan ia merupakan perkara yang sama berulang kali, mungkin itu merupakan satu tanda buat anda untuk mencari kerja yang anda suka dari meneruskan dalam pekerjaan yang anda ada sekarang.
Tunggu dahulu!–Fenomena ini juga ada di kaji oleh pengeluar makanan Marmite di United Kingdom, mereka mendapati kebanyakan ‘mangsa’ kepada fenomena ini adalah mereka yang berusia di antara 45 hingga 54 tahun. Monday Blues ini juga boleh di lihat dalam pelbagai cara berpandu kepada kelakuan pekerja itu seperti selalu datang lambat ke pejabat, menjadi kurang produktif sepanjang hari, dan ada juga yang hanya terukir senyuman mereka pada waktu tengahari.
Meski pun ia di anggap sebagai fenomena yang mengacau dari segi psikologi, tetapi anda boleh mengubahnya dengan niat permulaan dalam diri anda. Anda boleh cuba untuk mulakan perubahan itu dengan beberapa cara, sepertinya:
Jaga waktu tidur di hujung minggu: Mengikut nasihat pakar perubatan tidur, Dr Gregory Carter, elakkan untuk menggunakan konsep ‘ganti’ tidur di hujung minggu malah ikut sahaja jadual tidur awal dan bangun pada waktu yang sama. Ini kerana ia boleh menganggu ritma sirkadian (kitaran masa tidur) anda dan kesukaran anda untuk terus ubah jadual itu.
Makan coklat: Coklat buat anda rasa gembira? Ya! Kajian oleh Astrid pada tahun 2013 menunjukkan kandungan coklat yang mempunyai hormon serotonin boleh merangsang perembesan endorfin.
Rancang percutian anda: Elakkan dari pergi ke tempat yang membuatkan anda terfikir mengenai pekerjaan anda, rancang percutian yang boleh menenangkan diri dan alihkan perhatian anda dari fenomena Monday Blues.
Kondisi ini boleh menjadi dengan lebih teruk jika anda kerap menerapkan dalam diri untuk sentiasa stres dan tidak suka dengan kehidupan yang anda hadapi. Ingat–perubahan diri janganlah di paksa, pastikan anda pentingkan soal kepentingan mental anda terlebih dahulu. Jangan lupa makan coklat juga!
Impikan wajah putih berseri, kulit gebu dan mulus, pasti sahaja terbayang wajah wanita Korea. Lambakan produk kecantikan Korea yang tida tandingan yang menjadi kegilaan hijabi masa kini.
Namun tak kurang hebatnya produk tempatan, keberkesanannya sama seperti produk luar Negara yang pasti yang sering dititikberatkan rakyat Malaysia adalah tanda halal yang menjamin kandungan yang boleh digunakan untuk wanita muslim.
Selepas berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang ingin bergelar usahawan dan selebriti menerusi platform THE GIRLS REPUBLIQUE atau TGR yang dibangunkan sejak Jun 2018, kini, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi mengintai peluang dalam bidang perniagaan.
Tampil dengan produk kosmetik jenama Glassskin by Lyndarafikah, produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu turut diuji sendiri oleh Marlinda sebelum mengambil keputusan untuk menjual kepada umum.
“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.
Berkongsi sedikit masalah kulit yang dihadapi pada Majlis pelancaran yang diadakan pada 10.10.22, pengasas produk ini sendiri tak terkecuali dari menghadapi masalah kulit, apatah lagi ketika itu hamil anak yang ke empat.
“Muka dan leher menjadi gelap dan naik jerawat, membuatkan saya tidak senang duduk dengan penampilan ketika hamil, dalam pada itu untuk mencari produk yang sesuai dengan keadaan sekarang memang payah, “ ujarnya
“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu. Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri, tambahnya lagi.
Meletakkan produk tempatan sebaris dengan produk antarabangsa, Datin Marlinda percaya dengan ada maklumbalas positif dari pengguna, insyallah rangkaian produk ini akan dikembangkan lagi secara meluas.
“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” katanya.
Menariknya lagi, produk kosmetik ini menggandungi bahan-bahan selamat dan berkualiti serta sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita seawal usia 16 tahun.
Selesa dan nyaman! Pastinya itu adalah kunci untuk setiap produk kecantikan yang digunakan sebagai ritual kecantikan harian. Begitu juga set kecantikan ini yang mengandungi bahan-bahan seperti rice bran oil, Korean acacia honey, yam bean, chamomile, aloe vera, red seaweed, gotu kola, Black fern dan liquorice root. Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.
“Suami saya adalah jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan eksport ke luar negara.
“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.
Ditanya mengenai harga untuk lima produk kecantikan Glassskin, Marlinda berkata, satu set kecantikan itu dijual dengan harga RM299. Namun sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.
“Kami hasilkan produk ini pada harga mampu milik dan lengkap dengan pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Produk ini setara dengan produk luar negara yang dijual pada harga tinggi,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melalui perkongsian Neelofa pada laman sosial Instagram, neneknya berkenan untuk bertemu dengan Ustaz Tarmizi yang menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan Yayasan Ummah dan menariknya lagi apabila Allah mengizinkan keinginan hambanya yang sentiasa mengamalkan Al Quran maka bertemulah dalam majlis yang indah ini.
Nenek kepada selebriti, Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof, 77, hadir turut menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu.
Melalui perkongsian ya bersama Sinar Harian, tidak tinggalkan Al Quran dalam keadaan apa pun. Pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.
“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.
“Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” ujarnya semasa temubual bersama Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Oktober lalu.
Melihat keadaan kesihatannya tidak seperti sebelum ini, namun Bibi Khoteja menyatakan guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya.
Memanjat rasa syukur diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu ini, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.
Kehadiran peserta yang melebihi daripada jangkaan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 menunjukkan masyarakat Malaysia rindu kepada al-Quran.
Kita-kira 8,000 peserta My #QuranTime diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang.
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Sinar Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Keseluruhan kesihatan anda secara langsung berkaitan dengan keupayaan anda untuk mengekalkan diet berkhasiat. Sebelum mula menurunkan berat badan, anda mesti terlebih dahulu mengekalkan diet berkhasiat.
Tabiat pemakanan anda mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penurunan berat badan atau penambahan berat badan, menurut kajian. Untuk mendapatkan manfaat daripada senaman, anda mesti menambah diet dengan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Kemasukan makanan yang tidak akan mempengaruhi penurunan berat badan anda akan meningkatkan kemungkinan rancangan makan anda akan berkesan.
Indeks kenyang ialah penunjuk tentang perasaan puas yang anda rasakan oleh hidangan, yang boleh membantu anda makan lebih sedikit dan membakar lebih banyak kalori secara keseluruhan. Makanan tertentu, apabila ditelan dalam jumlah yang banyak, mengandungi kurang kalori daripada yang lain kerana ketumpatan tenaga dan beratnya yang lebih rendah.
Diet yang kaya dengan protein juga boleh membantu anda menurunkan berat badan. Pengambilan protein yang tinggi diperlukan oleh mereka yang mengambil bahagian dalam senaman fizikal yang kerap kerana ia membantu mereka berasa kenyang di samping membantu mereka membentuk otot. Jom lihat senarai makanan yang makan tanpa anda bersalah.
Oatmeal adalah karbohidrat bijirin penuh kerana kandungan seratnya yang tinggi, yang menjadikannya sumber khasiat yang baik. Salah satu pilihan sarapan yang paling berguna kerana ia mudah dibuat. Sebagai tambahan kepada fakta bahawa ia termasuk kuantiti air yang banyak, ia cukup mengenyangkan dan menyumbang kepada penambahan berat badan. Selain mengurangkan gula dalam darah dan melambatkan penghadaman, beta-glucan, yang terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam oat, juga membantu mencegah penambahan berat badan.
Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa makanan yang banyak tidak selalu mengenyangkan. Selain memberikan anda tempoh yang lebih lama untuk merasai kandungan, sup boleh memberikan anda sehingga 80 peratus lebih kalori daripada makanan lain. Oleh itu, sup dipilih berbanding sup krim kerana ia mengandungi kurang kalori dan menyebabkan kurang kembung perut berbanding sup krim. Sup berasaskan sup adalah alternatif yang hebat untuk individu yang ingin berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama selepas memakannya.
Makan telur adalah cara terbaik untuk mendapatkan dos protein dalam diet. Anda mungkin menemuinya dalam pelbagai resipi, termasuk yang ditawarkan untuk sarapan pagi atau sarapan lewat pagi. Telur sebagai salah satu makanan paling sihat yang boleh anda makan, bertentangan dengan pemikiran biasa, walaupun fakta bahawa ia mempunyai reputasi yang buruk pada masa lalu. Selepas menelan telur, kemungkinan besar anda tidak akan berasa lapar untuk beberapa lama selepas makan. Kesemua sembilan asid amino penting boleh didapati dalam telur, menjadikannya bekalan protein yang lengkap. Kandungan protein yang tinggi dalam telur menjadikannya sebagai tambahan yang bagus untuk mana-mana resipi kaserol sarapan pagi.
Ikan kaya dengan protein dan asid lemak omega-3 dan ia rendah lemak, menjadikannya pilihan yang sihat. Anda mungkin mendapat manfaat daripada asid lemak omega-3 bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, tetapi juga boleh meningkatkan kesihatan otak anda dan keupayaan untuk fokus. Menurut banyak penyelidikan, ikan bukan sahaja rendah kalori tetapi juga lebih bermanfaat daripada daging lain dari segi kepuasan. Berbanding dengan daging lembu, penggunaan ikan mengakibatkan penurunan 11 peratus dalam pengambilan kalori.
Tiada perbezaan kandungan khasiat dan vitamin epal berbanding buah-buahan lain. Snek atau pembuka selera epal dilaporkan mempunyai indeks kenyang yang tinggi, bermakna ia membuatkan anda kenyang lebih lama. Epal termasuk sejenis serat yang dikenali sebagai pektin, yang bermanfaat untuk pencernaan sebagai tambahan kepada nutrien lain yang mereka sediakan. Kandungan air dalam epal, sebaliknya, bermakna anda boleh kekal terhidrat walaupun tidak lapar.
Walaupun fakta bahawa keju adalah produk tenusu, ia tidak menyumbang kepada penambahan berat badan. Hanya keju kotej yang tulen dari segi rasa, kandungan kalori dan lemak dan nilai pemakanan keseluruhan. Selain itu, masakan ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, seperti vitamin B, fosforus, kalsium, dan selenium. Sifat mengenyangkannya adalah sama dengan telur, oleh itu ia akan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk masa yang lebih lama berbanding telur sahaja.
Oren adalah sumber vitamin C yang paling biasa dimakan. Sebiji oren bersaiz sederhana hanya mempunyai 80 kalori, iaitu kiraan kalori yang sangat rendah. Kerana ia berair dan lazat, anda boleh menggunakannya untuk membuat smoothie atau memakannya sebagai snek. Buah sitrus juga boleh membantu dalam mengekalkan paras kolesterol dan glukosa darah yang sihat dalam aliran darah. Oleh kerana oren mempunyai kepekatan Vitamin C yang tinggi, ia amat baik untuk menguatkan prestasi dan daya tahan sistem imun anda.
Kekacang mengandungi protein dan serat yang tinggi membuatkan anda kenyang lebih lama daripada kekacang dengan kandungan protein dan serat yang rendah. Dari segi nilai pemakanan, karbohidrat bijirin penuh mengatasi karbohidrat kosong kalori dalam kekacang. Dalam kes tertentu, ia mungkin lebih bermanfaat daripada karbohidrat berkanji dalam membantu penurunan berat badan. Isu lain ialah peningkatan populariti kekacang dalam diet protein tinggi seperti diet ketogenik, yang menekankan sumber protein tanpa lemak. Sebagai contoh, diet ketogenik, yang menekankan penggunaan sumber protein tanpa lemak yang sangat disyorkan.
Zucchini semakin popular kerana kandungan kalorinya yang rendah. Berbanding dengan kuantiti air yang boleh diakses, terdapat lebihan bekalan garam, seperti yang dinyatakan sebelum ini. Garam pula mempunyai manfaat jangka panjang untuk kesihatan pencernaan dan usus manusia. Meningkatkan kadar metabolisme anda dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hidangan adalah dua manfaat yang mungkin dari kandungan mineral tinggi makanan ini. Toksin yang menyebabkan kembung perut dan sembelit juga boleh disingkirkan melalui proses detoksifikasi terapi ini.
Anda boleh mendapatkan Bourekas tulen dalam pelbagai bentuk dan perisa, dan terdapat beberapa pilihan untuk dipilih. Doh itu sendiri bertanggungjawab untuk tekstur yang gebu dan rangup dan sejumlah besar minyak digunakan untuk membelah kepingan doh untuk mencapai hasil ini. Menggunakan kertas nasi dan bukannya pastri puff, mengisi dengan inti pilihan anda, salut dengan putih telur, dan tabur dengan biji bijan mungkin menghasilkan versi Bourekas yang lebih sihat daripada yang tradisional.
Beri dan buah-buahan seperti beri yang lain mempunyai kandungan polifenol yang tinggi, menunjukkan ia kaya dengan antioksidan yang kuat ini dengan kualiti anti-radang. Polifenol menyihatkan badan dan banyak terdapat dalam buah beri dan makanan seperti buah beri. Beri mempunyai lebih banyak vitamin C daripada oren, tetapi strawberi mempunyai kurang gula. Satu cawan beri ini mengandungi hanya 50 kalori dan tinggi kalium, serat dan mineral lain. Mereka juga mengandungi banyak antioksidan. Ia juga rendah garam, lemak dan kolesterol, menjadikannya pilihan makan tengah hari yang bagus untuk sesiapa sahaja yang cuba menurunkan atau mengekalkan berat badan, terutamanya atlet dan orang yang aktif.
Membeli daging secara pukal adalah idea yang baik, terutamanya apabila dagingnya sangat halus dan enak. Daging lembu tanpa lemak adalah pilihan yang bagus untuk menurunkan berat badan kerana ia mengenyangkan. Tetapi anda tidak perlu melepaskan daging untuk menurunkan berat badan kerana daging tanpa lemak rendah lemak dan kalori. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mereka yang kerap makan daging tanpa lemak makan lebih sedikit pada hidangan berikutnya. Anda yang cuba menurunkan berat badan akan mendapat manfaat daripada komposisi rendah karbohidrat dan protein tinggi makanan ini, yang akan membolehkan mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.
Sebilangan besar orang percaya bahawa popcorn mengandungi banyak lemak, Ya tidak benar! Kerana ia kaya dengan serat dan akan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk jangka masa yang lebih lama, ia merupakan alternatif yang hebat kepada kalori kosong seperti makanan ringan dan gula-gula, yang tinggi kalori. Anda sepatutnya boleh mengambil popcorn kerana ia mengandungi mentega dan garam, selagi anda mengambilnya secara sederhana dan memastikan penggunaan natrium anda terkawal. Kunci kepada penurunan berat badan adalah sederhana, sama seperti dalam semua bahagian kehidupan yang lain, termasuk penggunaan makanan.
Umum mengetahui bahawa kentang mengandungi sejumlah besar karbohidrat, itulah sebabnya ia sering dielakkan oleh mereka yang cuba menurunkan berat badan atau mengurangkan penggunaan kalori mereka. Walau bagaimanapun, ini adalah kekeliruan dan ia mungkin bermanfaat dalam konteks pengurusan berat badan dan usaha pengurangan. Kalori yang disediakan oleh kanji tahan, yang memberikan empat kalori setiap gram kentang, adalah peningkatan yang ketara berbanding kalori yang disediakan oleh kanji biasa. Kentang termasuk kepekatan tinggi vitamin, serat, dan kanji tahan iaitu satu kalori setiap gram.
Terung adalah salah satu sayuran rendah kalori yang paling dipandang remeh. Memadai untuk menyediakan satu hidangan pembakar yang tidak mengandungi sebarang minyak. Dan perkara yang paling hebat ialah setiap hidangan hanya mempunyai 24 kalori. Antioksidan, seperti yang terdapat dalam terung, bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan badan. Diet ini juga mengandungi vitamin B6, C, dan K, serta niasin, fosforus, mangan dan tiamin, antara nutrien lain. Serat digunakan sebagai bahan terakhir kerana ia berfaedah untuk fungsi usus.
Makan banyak buah-buahan boleh membantu anda menurunkan berat badan sambil meningkatkan kesihatan, menurut satu kajian baru. Tembikai dikatakan mengandungi sehingga 92 peratus. Dengan hanya 30 kalori setiap hidangan dan kandungan air yang tinggi, anda akan berasa kenyang untuk masa yang lama. Ia mempunyai jumlah mineral dan vitamin yang sama seperti buah-buahan lain. Pada akhirnya, ia mengandungi arginin, yang telah ditunjukkan untuk membantu dalam pengurangan tahap lemak badan.
Salad mungkin tidak mengandungi banyak protein atau serat, tetapi ia mengandungi banyak mineral dan vitamin, termasuk zat besi, folat, vitamin A. C, dan vitamin K. Salad juga merupakan sumber serat makanan yang baik. Salad salad adalah minimum dalam kalori, dengan kira-kira 10-20 kalori setiap cawan bergantung pada varieti. Walaupun ia mengandungi sedikit protein, fakta bahawa ia terdiri daripada 92 peratus air membayangkan bahawa ia berkemungkinan akan membuatkan anda berpuas hati untuk jangka masa yang panjang.
Apabila anda mendengar istilah alga, perkara pertama yang terlintas di fikiran mungkin adalah sejenis bahan hijau dan lembek. Walau bagaimanapun, apabila ia datang untuk menurunkan berat badan, alga harus menggantikan makanan kegemaran anda. Ia adalah sarapan pagi rendah kalori yang kaya dengan iodin, yang membantu mengimbangi hormon dalam badan. Ia juga membantu memastikan kelenjar tiroid anda berfungsi dengan baik. Pada penghujung hari, alga adalah sumber protein, kalium, besi, dan unsur penting lain yang hebat. Walaupun pada hakikatnya ia mempunyai rupa hijau, produk ini mungkin dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat.
Timun, serta makanan berasaskan air yang lain, mempunyai keupayaan penghidratan, yang menjelaskan mengapa ia sering dimasukkan ke dalam minuman detoksifikasi untuk membantu dalam penyingkiran toksin. Walaupun fakta bahawa sesetengah individu suka mengupas timun, adalah dinasihatkan untuk mengelak daripada berbuat demikian jika anda ingin mendapatkan manfaat penuh ciri-ciri menggalakkan kesihatan mereka. Ia termasuk hanya 16 kalori setiap hidangan dan tinggi serat hasil daripada penggunaan biji dan kulit dalam resipi. Ia adalah diet atau tambahan makanan ringan yang hebat.
Walaupun tembikai honeydew bukanlah salah satu buah yang paling padat kalori, ia boleh membantu anda menurunkan berat badan jika diambil secara sederhana. Berbanding dengan buah-buahan lain, buah ini mengandungi jumlah gula semulajadi yang tidak seimbang setiap hidangan (78 kalori setiap hidangan). Disebabkan fakta bahawa ia mengandungi separuh daripada keperluan Vitamin C harian anda, tembikai madu bermanfaat untuk kulit dan sistem imun anda apabila ditelan dalam kuantiti yang sedikit sepanjang hari. Ia merupakan alternatif yang hebat kepada coklat atau biskut apabila anda mencari sesuatu yang manis.
Ubi bit adalah hidangan rendah kalori, berkhasiat tinggi, rendah lemak. Oleh kerana kandungan kalori dan tenaga yang rendah, hidangan ini boleh dimakan dalam jumlah yang banyak tanpa menghasilkan ketidakseimbangan kalori. Ubi bit telah ditunjukkan untuk membantu mengurangkan lemak badan. Selain berfaedah dalam pengawalan paras gula dalam darah dan pembentukan jisim badan tanpa lemak, ubi bit juga merupakan sumber antioksidan yang baik dan mempunyai rasa yang manis. Ubi bit mempunyai beberapa kelebihan kesihatan, dan ia amat bermanfaat untuk kesejahteraan fizikal dan emosi anda apabila dimakan secara sederhana.
Kerana kepekatan tinggi bioflavonoid, yang merupakan antioksidan yang membantu menggalakkan fungsi pencernaan dan peredaran darah, beri hitam adalah buah yang popular. Faedah tambahan ini adalah tambahan kepada kelebihan asas.
Kale adalah sayuran yang terkenal kerana kecenderungannya untuk membantu penurunan berat badan. Kale rendah kalori dan tinggi protein, jadi ia boleh membantu anda berasa lebih kenyang lebih lama. Secawan kangkung termasuk 33 kalori, 2.5 gram serat, dan 3 gram protein (sumber). Kale tidak dinafikan baik untuk kesihatan anda. Penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini menunjukkan bahawa makan kangkung dan sayur-sayuran hijau lain boleh membantu dalam pembasmian lemak perut serta jenis lemak lain yang terdapat di seluruh badan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!