Bagi seorang ibu tentulah ia pengalaman yang cukup manis, ini tidak terkecuali buat selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor.
Ternyata Neelofa benar-benar menikmati setiap detik yang dikurniakan Yang Maha Esa dengan statusnya kini sebagai seorang ibu.
Perjalanan sebagai ibu bapa baru sesungguhnya amat mencabar selain menuntut kesabaran. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang ibu ialah menidurkan anak. Akui Neelofa, sepanjang lima bulan bergelar seorang ibu, banyak perkara baru yang dipelajarinya.
Neelofa sanggup mengikuti kelas demi memantapkan lagi kemahirannya sebagai seorang ibu. Neelofa juga sempat berkongsi pengalamannya tentang perlatihan tidur (Sleeping Training) buat anak lelakinya, Muhammad Bilal.
Berikut perkongsian Baby Language tentang bagaimana Neelofa bersungguh belajar ilmu ‘parenting’ bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak.
NEELOFA, its my pleasure
Izinkan saya kongsi pengalaman menjadi guru sleep training kepada Neelofa dan anaknya Bilal dengan ayat-ayat yang santai.
Jujur, saya bukan peminat beliau. Dapat tahu Lofa dah melahirkan pun bila kenalan inform.
Lagi ‘wow’, Lofa follow saya di ig tapi saya pula entah kenapa tak ter tekan pula button follow back tu sehingga kini.
Cemas tak nak jumpa dan deal dengan Lofa?
Yes tentu! But, saya juga cemas setiap kali menguruskan kes ibu bapa ’biasa’ yang lain. Tak pernah tak cemas sebab I care a lot about my work.
Kalau ada client yang struggle dengan kes masing-masing, saya pun sama serabut fikir sampai sakit-sakit kepala ni kerana saya selalu rasa tak puas hati dengan diri sendiri jika kes di tangan saya tak selesai.
Whatsapp dan inbox yang berpuluh-puluh malah amat biasa cecah ratus setiap hari saya TETAP USAHA jawab. Malah, saya follow up staf saya andai saya nampak ada lagi inbox yang tak di layan. Macam tu lah perangai saya bila berkerja.
Mungkin dah background pun bidang sales and marketing dulu , jadi saya expect engagement dengan individu yang ‘datang sendiri’ kepada kita ini, di jaga.
Ads
Juga, kerana saya juga faham perasaan bila kita benar-benar nak tanya atau minta pendapat tentang sesuatu yang ganggu fikiran kita kepada seseorang yang kita rasa ada jawapannya tetapi tak terlayankan.
So, busy macam mana pun saya akan jawab, walau kadang-kala ambil masa 2-3 hari malah seminggu.
Dan ya, SELALU SANGAT parents membalas: “MasyaAllah, saya tak sangka puan nak
balas” or “Terima kasih banyak puan sebab sudi reply mesej saya” or “ Its Ok puan lambat balas. Puan akhirnya balas ni pun buat saya lega dah “.
Berbalik kepada kisah Lofa, apa isu tidur Bilal yang cuba beliau selesaikan? Bilal mahu berdukung dan berdodoi setiap kali untuk tidur dan tuntutan ini semakin sukar untuk dipenuhi jika mahu di teruskan tambahan pula Bilal semakin hari semakin gebu gebas comel Ya amat!.
TAPI, kerana Lofa telah meminta custom made service di mana beliau membayar harga yang lebih mahal dari standard price dan beliau pula telah allocate masa untuk sesi yang extra dari standard servis, maka Ya, cemas dan pressure kendalikan kes beliau ini lebih lagi.
Saya cuma nak sahkan bahawa beliau MEMANG PELAJAR YANG BERDEDIKASI. Tak pernah lagi beliau dalam keadaan tak sedia ketika saya tiba untuk mula mengajar.
Saya ingat lagi pada satu sesi di mana beliau nampak jelas letih namun tak sekali pun semasa sesi tersebut beliau cakap apa-apa atau minta tamatkan sesi lebih awal.
Ads
Saya yang akhirnya buka mulut bertanya tentang keadaannya dan barulah beliau beritahu beliau pulang agak lewat malam semalam atas urusan kerja dan kemudian bangun malam menyusukan dan menukar lampin Bilal seperti mana ibu-ibu lain.
Lofa bukan saja fokus beri perhatian semasa sesi konsultasi, tetapi beliau ambil masa baca nota ( hands out dan nota rumusan setiap sesi yang saya hantar di Whatsapp beliau), aktif bertanya dan sentiasa bersemangat.
NEVER ONCE keluar ayat-ayat: “ Saya tak sempat”, “ Saya tak ada masa“ dan “ Saya busy”. Pernah beliau whatsapp saya pada lewat malam demi bertanyakan sesuatu yang beliau kurang faham.
Beliau juga rendah hati minta izin masuk ke FB Close Group Basic Sleep Training Konsultan Tangisan Bayi kendalian saya untuk dapat study lebih lanjut.
Dalam salah satu sesi konsultasi kami, Bilal mula menangis keletihan nak tidur, Lofa terus sebut “Jom kita cuba sleep training kat Bilal sekarang” dan ajak saya masuk ke bilik Bilal. Laju beliau tukar lampin dan baju Bilal walau pembantunya ada disitu.
Kemudian kami bertiga: saya, Lofa dan pembantunya ‘berkurung’ di dalam bilik tidur Bilal lebih kurang setengah jam.
Kami menyorok dari di lihat Bilal demi tak nak ganggu proses Bilal cuba masuk sendiri namun dalam masa yang sama Lofa cuba nak fahamkan jenis-jenis tangisan Bilal dan waktu sesuai untuk beliau mula masuk campur.
Ads
Dah macam pencuri dah kami bertiga ni menyorok dan berbisik-bisik sesama sendiri. Tahan gelak bila tengok aksi masing-masing dalam keadaan begitu. Ini pastinya jadi momen yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila.
Beliau juga sangat sempoi dan langsung tak menyusahkan. Beliau isi borang tempahan servis dan tunggu quotation sama seperti orang lain.Beberapa kali beliau perlu menunggu saya untuk dapat balas mesej beliau dan setiap kali beliau OK saja menunggu reply saya.
Jangan tak tahu ye di luar sana ada ibubapa yang bersikap kurang sivik bila lewat di layan. Mesej bertubi-tubi, habis diserang segala nombor, komen dan inbox yang ada dengan soalan dan permintaan yang tak sempat dilayan, ganggu staf saya termasuk pada waktu malam dan pada hujung minggu marah-marah pula.
Haihhh,kalau orang-orang begini ada 8 million followers macam Lofa ni tak tau lah jadi apa pula gayanya.
Untuk tarikh sesi kedua tempoh hari dimana tarikh asal yang beliau mahukan tak sesuai dengan jadual saya, beliau OK saja tunggu kelapangan saya.
Itulah serba sedikit catatan saya dalam pengalaman jadi cikgu sleep training kepada Neelofa dan Bilal.
Terima kasih atas kepercayaan dan layanan baik yang diberikan. Semoga urusan Neelofa membesarkan Bilal selalu dipermudahkanNya asbab usahanya mencari ilmu yang tak pernah jemu.
Maksudnya: Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir. Riwayat al-Bukhari (6251), Muslim (397)
Maksudnya: Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al-Haram (Kaabah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Surah al-Baqarah: 150
Maksud Masjid al-Haram dalam ayat al-Quran dan lafaz kiblat dalam hadis di atas bermaksud ka’bah.
Orang yang berhampiran dengan Kaabah wajib menghadap Kaabah tersebut dengan yakin manakala yang jauh dari Kaabah wajib menghadapnya dengan berpandukan petunjuk-petunjuk yang kukuh sekiranya tidak terdapat petunjuk yang pasti dan tepat.
Maka, seseorang itu jika ingin menunaikan solat, hendaklah dirinya memastikan terlebih dahulu bahawa dia telah menghadap ke arah kiblat dengan yakin, dan jika dia terpaksa berijtihad disebabkan jauhnya kaabah dari penglihatannya maka perlulah ijtihadnya itu berpandukan petunjuk-petunjuk yang kukuh dan telah berusaha mencarinya dan seterusnya yakin dengannya.
Pada hari ini, 16 Julai 2022 , Sabtu bersamaan 16 Zulhijjah 1443H – 5:28 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A’dzam. Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah.
Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.
Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my)
Haiwan sembelihan yang boleh dijadikan korban ialah lembu, kambing, biri-biri dan unta. Haiwan tersebut sama ada jantan atau betina atau yang telah dikasi.
Haiwan korban mestilah dipilih daripada yang terbaik dan tiada cacat cela berdasarkan hadis sahih daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أربعٌ لا تجوزُ في الأضاحي العوراءُ البيِّنُ عَوَرُها والمريضةُ البيِّنُ مرَضُها والعرجاءُ البيِّنُ ظَلَعُها والكسيرةُ التي لا تُنقِي
Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban ialah yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya”. Riwayat Abu Daud (2802)
Para ulama bersepakat bahawa digalakkan mencari yang terbaik dan sempurna dalam pemilhan haiwan korban. Mereka juga bersepakat bahawa kecacatan yang disebut di dalam hadis di atas atau lebih teruk dari keempat-empat kecacatan tersebut tidak sah untuk dijadikan binatang korban (Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/120)
Jika di Malaysia, ramai yang sudah tahu bagaimana proses sembelihan korban dilakukan. Lalu bagaimana pula di negara-negara lain? Melalui coretan Zunita Ramli dilaman facebooknya, yang kini menetap di Jepun, wanita ini berkongsi prosedur proses korban di sana.
Pernah terfikir tak macam mana ibadah korban sembelihan dilakukan di Jepun? Di Jepun, sembelihan binatang tak boleh dibuat sembarangan ya. Ada prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sebab di Jepun ada satu undang-undang yang dinamakan “The Slaughterhouse Law“ atau Undang-undang Rumah Sembelih.
Undang-undang ini memperuntukkan bahawa setiap haiwan yang ingin disembelih mesti dilakukan di rumah sembelihan yang diiktiraf. Penyembelihan haruslah dilakukan oleh penyembelih yang diiktiraf Muslim dan kompeten dalam tugasan. Bermakna, penyembelih harus ada lesen sembelihan yang diperakui oleh badan bertauliah.
Undang-undang ini penting untuk pastikan kawasan sembelihan itu bersih dan dapat kurangkan risiko punca penyebaran penyakit. Ini juga dapat menjamin daging haiwan yang disembelih tidak tercemar dan sekaligus menjaga kesihatan orang yang menerima daging haiwan sembelihan tersebut. Penyembelih yang kompeten dan berlesen juga dapat pastikan penyembelihan dapat dilakukan dengan betul dan cermat.
Di Jepun, ada beberapa rumah sembelihan seperti di Kumamoto dan Tokushima. Di Miyazaki pula, pembinaan rumah sembelihan 100% untuk daging halal dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jepun. Manakala tiga syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM untuk lakukan sembelihan halal di Jepun adalah seperti Sanda, Zenkai Meat dan Nishiawa.
Untuk ibadah Qurban di Jepun pula, pihak pengurusan masjid atau Islamic Centre biasanya akan menguruskan dari segi urusan legal dan kelulusan dari pihak berkuasa. Di Sanda sendiri, ada lebih kurang 8 ekor lembu disembelih untuk Hari Raya Qurban tahun ini. Selain waktu korban, daging halal untuk pasaran juga melalui proses yang sama.
Di Jepun, banyak juga dilakukan ibadah korban. Ini salah satu juga oleh CICC (Chiba Islamic Culture Center).
1 bahagian – RM1.7k
Seekor lembu – RM12k
Ini bermakna, untuk sembelih sendiri binatang Qurban di parking lot atau kawasan masjid contohnya, adalah sesuatu yang salah di sisi undang-undang Jepun dan pelaku boleh didakwa.
Kemuncak ibadah haji itu merupakan waktu bagi jemaah haji melaksanakan wukuf di Arafah, bermula dari terbenamnya matahari (waktu zuhur) pada tanggal 9 Zulhijjah sehingga terbitnya fajar pada 10 Zulhijah.
Dimaklumkan bahawa hampir semua jemaah dari seluruh dunia telah berada di Tanah Suci Mekah bagi melakukan ibadah haji dengan bersiap sedia untuk berwukuf di Arafah esok.
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji akan menjadi sia-sia kerana Rasulullah SAW yang ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).
Banyak kelebihan hari Arafah antaranya:
Sepertimana mana telah dikatakan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab dan Ibnu Abbas, telah diturunkan nikmat pada dua hari raya iaitu hari Jumaat dan hari Arafah. Diriwayatkan daripada Umar katanya, ”Kedua-duanya bagi kami adalah hari raya.” ( Direkodkan oleh al-Tabari dan tafsirnya.)
Ini dibuktikan dengan hadis daripada Uqbah bin Amir, tetapi ianya hari yang khusus untuk orang yang berwukuf di padang Arafah sahaja. Disyariatkan untuk berpuasa bagi penduduk negeri lain pada pandangan majoriti ulama,sekali pun ada sedikit perselisihan dalam kalangan salaf.
Dikatakan juga sebagaimana yang Allah nyatakan tentang sumpah-Nya dalam al-Quran bahawa Hari Arafah merupakan yang genap (as-Shafa’) dalam surah al-Fajr, manakala yang ganjl (al-Watr) pula adalah Hari Raya Korban. Ia diriwayatkan juga dengan disandarkan kepada Rasulullah SAW daripada Jabir RA. Turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasa’i dalam tafsirnya. Dikatakan ,”Inilah asy-Syahid yang Allah bersumpah dengannya sebagaimana fiman Allah,
وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ
Maksudnya :” Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu,serta segala keaadan yang disaksikan.” (Surah al-Buruj: 3)
Dalam kitab al-Musnad daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu’ dan mawquf:
Maknanya:”Saksi adalah hari Arafah manakala hari yang dijanjikan itu ialah hari kiamat.”
Riwayat Imam Ahmad (7972) di dalam Musnad,al-Hakim (3915) di dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi (5773) di dalam Sunan al-Kubra
Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dengan periwayatan secara marfu’. Diriwayatkan juga oleh Ali dengan kata-katanya. Al-Tabarani meriwayatkan hadis daripada Abi Malik al-‘Asya’ri yang diriwayatkan secara marfu’,
Maknanya :”Saksinya ialah hari Jumaat manakala penyaksian ialah hari Arafah.”
Oleh itu, apabila berlaku hari Arafah pada hari Jumaat, maka akan berkumpullah antara saksi dengan penyaksian.
Diriwayatkan juga bahawa ia adalah sebaik-baik hari. Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
أفضلُ الأيام يومُ عرفة
Maksudnya : ”Sebaik-baik hari ialah hari Arafah.
Perkara ini disepakati oleh sebahagian para ulama. Ada juga dalam kalangan mereka yang berpandangan bahawa Hari Raya Korban adalah sebaik-baik hari bersumberkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Qurth, daripada Nabi SAW, bahawa Baginda telah bersabda,
Maknanya : ”Hari yang agung di sisi Allah ialah Hari Raya Korban, kemudian hari menetap di Mina iaitu pada hari kesebelas dalam bulan Zulhijjah.”
Riwayat Ibnu Khuzaimah (2917) di dalam Sohihnya, al-Baihaqi (10538) di dalam Sunan al-Kubra
Telah diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Hibban dalam sahihnya dengan lafaznya, ”Sebaik-baik hari.”
Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000. Daripada Anas bin Malik, beliau telah berkata , ”Kelebihan hari Arafah menyamai 10 000.” Telah disebutkan dalam kitab kelebihan ‘ Atha’, beliau bahawa berkata,
Ia merupakan haji yang agung pada pandangan para salaf antaranya ialah Umar dan lain-lain, manakala yanag lain tidak menyokong pandangan ini. Mereka berkata, ”Hari haji yang paling agung ialah pada Hari Raya Korban.” Ini diriwayatkan daripada Baginda Nabi Muhammad SAW.
Seperti mana terdapat dalam Sahih Muslim daripada Sayidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya : ”Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, ‘Apa yang diinginkan oleh mereka?”’ Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah (3014)
Dalam kitab al-Musnad daripada Abdullah bin ‘Amru, Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah berbangga dihadapan malaikat bagi mereka yang bermalam di Arafah. Allah berkata, ‘ Lihatlah kamu semua kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang berhimpun kepada-Ku dengan keadaan yang berdebu dan kusut .”’ Riwayat Imam Ahmad (7089), al-Tabarani (1504) di dalam Mu’jam al-Kabir
Telah diriwayatkan juga oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: ”Sesungguhnya Allah membanggakan ahli-ahli Arafah, dengan berkata, ‘Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka telah berhimpun dan berkumpul di hadapan-Ku dalam keadaan berdebu dan kusut.” Riwayat Ibnu Hibban (3852) di dalam Sohihnya
Diriwayatkan lagi daripada hadis Jabir, Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: ”Tiada ada hari yang paling baik di sisi Allah melainkan hari Arafah. Allah turun ke langit dunia dan bermegah-megah dengan penduduk langit untuk penduduk dunia, Lantas berkata,’Lihatlah kepada hamba-Ku, mereka berkumpul di hadapan dengan penuh debu, mereka datang dari semua penjuru yang jauh, mereka mengharapkan rahmat-Ku, dan tidak mengharapkan azab, Maka tidak dilihat hari yang lebih banyak pelepasan daripada api nerak-Ku daripada hari Arafah.”’ Riwayat Ibnu Hibban (3853),Abu Ya’la (2036) di dalam Musnad
Ibnu Mandah meriwayatkan dalam Kitab at-Tauhid dengan lafaznya, ”Apabila tiba hari Arafah, Allah akan turun dari langit ke bumi, maka Dia bermegah-megah dengan malaikat, seraya berkata, ‘Lihatlah kamu kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dengan berdebu dan dari seluruh penjuru yang jauh, saksikanlah oleh kamu semua (malaikat) kepada mereka, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa mereka.”
Malaikat berkata, ‘Wahai Tuhanku, si fulan ini berada dalam keadaan yang teruk.’ Allah berkata, ‘Aku telah memberi keampunan kepada mereka. Tiada hari yang kebanyakkan mereka terlepas daripada seksaan api neraka melainkan pada hari Arafah.” Beliau menyambung, sanadnya bersambung dan statusnya adalah hasan. Kami meriwayatkan dari sudut yang lain dengan sedikit penambahan dalamnya, iaitu,
Saksikanlah kamu wahai hamba-Ku sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada orang yang membuat baik, dan memaafkan orang yang berbuat jahat.”
Kami meriwayatkannya daripada Ismail bin Rafi’e (perawi lemah), dalamnya terdapat ucapan Anas, Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya: ”Allah turun ke langit dunia untuk melihat penduduk Arafah, kemudian bermegah-megah dengan kalian di hadapan malaikat, lantas berkata, ‘Mereka semua hamba-Ku, mereka telah datang kepada-Ku dalam keadaan berdebu dari seluruh pelosok yang jauh, mereka mengharapkan keampunan dan rahmat-Ku, jika dosa mereka sebanyak bilangan pasir, Aku akan hapuskan segala dosa mereka, dan Aku beri syafaat kepada mereka.” Rujuk Ithaf al-khiyarah al-al-maharah ( 2540)
Diriwayatkan juga oleh al-Bazzar dalam kitab al-Musnad dengan maknanya, daripada hadis Mujahid daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersbda, ”Tidak aku ketahui sanad yang terbaik melainkan sanad ini.” Telah diriwayatkan oleh al-Tabarani dan lain-lain, daripada hadis Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash daripada Nabi SAW secara ringkas.
Kami meriwayatkan dari jalur al-Walid bin Muslim bahawa beliau telah berkata, ”Abu bakar bin Abi Mariam telah memberitahu kepadaku, daripada gurunya, ‘sesungguhnya Nabi SAW bersabda, ”Sesungguhnya Allah telah turun ke langit dunia pada malam Arafah, seraya berjumpa dengan malaikat-Nya dan berkata, ‘Setiap tetamu berhak mendapat hadiah, mereka semua ini adalah tetamu-Ku yang datang penuh berdebu, Aku berikan kepada mereka apa yang mereka mohonkan, dan Aku gantikan apa yang telah mereka infakkan. Apabila tenggelamnya matahari Allah berfirman: Aku mengampuni mereka yang melakukan kejahatan disebabkan mereka yang melakukan kebaikan, dan Aku kurniakan kepada mereka yang melakukan kebaikan apa yang mereka mohon, bergeraklah (Mudzdalifah) dengan nama Tuhan.”
Ibrahim bin Al-Hakam bin Abban telah meriwayatkan, bapaku telah memberitahu, bahawa Farqad telah memberitahu, ”Sesungguhnya pintu langit telah terbuka pada setiap malam sebanyak tiga kali, manakala pada malam Jumaat sebanyak tujuh kali, dan pada malam Arafah sebanyak sembilan kali.” Kami telah meriwayatkan secara marfu’ dan mauquf, daripada jalan Nufai’ bin Abi Daud, daripada Ibnu Umar,
‘Apabila umat Islam berkumpul pada malam Arafah, setiap orang yang di dalam hatinya sebesar zarah daripada iman di beri keampunan,” Di tanya kepadanya, ”yang dimaksudkan di sini khusus bagi yang berada di sini atau umum untuk semua umat Islam?” Aku menjawab, ”Untuk semua umat Islam.”
Imam Malik meriwayatkan dalam kitab al-Muwaththa’ daripada riwayat-riwayat mursal Thalhah bin Ubaidillah bin Kariz bahawa Rasulullah SAW bersabda,
ما رؤيَ الشيطانُ يوما هو فيه أصْغَرُ ، ولا أدْحَرُ ولا أحْقَرُ ، ولا أغْيَظُ منه في يوم عرفة ، وما ذاك إلا لما يرى من تَنَزُّل الرحمة ، وتجاوز الله عن الذُّنوبِ العِظامِ ، إلا ما أُرِيَ يومَ بَدْر ، فإنَّه قَدْ رأى جبريل يَزَعُ الملائكة
Maksudnya: ”Tiada hari syaitan tidak di lihat dirinya paling kerdil, paling jauh, paling hina dan paling marah pada mana-mana hari melainkan pada hari Arafah. Itu hanya kerana ia melihat turunnya rahmat dan Allah mengampunkan segala dosa besar. Itulah kecuali daripada apay ang telah ditunjukkan pada hari Badar.” Ditanya kepadanya, ”Apa yang ditunjukkan kepadanya pada hari Badar?” Baginda bersabda, ”Bukan kah dia melihat Jibrail mengatur barisan pada malikat.” Riwayat Imam Malik (6866) di dalam al-Muwatta’,al-Baihaqi (4069) di dalam Syu’ab al-Iman
Telah diriwayatkan oleh Abu ‘Uthman al-Shabuni disandarkan pada seorang lelaki yang merupakan tawanan di negara Rom, dia berjaya melarikan diri daripada kubu pertahanan, dan beliau telah berkata, ”Aku berjalan pada waktu malam, manakala pada waktu pagi aku bersembunyi. Aku berjalan pada waktu malam yang antara aku dikelilingi bukit dan pokok, tiba-tiba aku perasan seseorang, dia seolah-olah berada dalam kerisauan juga.
Aku melihatnya menunggang unta. Ia menjadikan aku takut, mana mungkin unta ada di negara Rom. Lantas aku berkata, ‘Maha Suci Allah! Di negara Rom, ada penunggang unta, ini sangat aneh.’ Apabila dia melewati ku, lantas aku bertanya, ‘Wahai hamba Allah, siapa kamu?’ Dia menjawab,’jangan kau tanya.’ Aku berkata, ‘aku rasa sangat pelik, maka kau beritahulah aku.’
Dia menjawab juga, ‘jangan kau tanya.’ Aku tidak peduli dan mengasaknya dengan pertanyaan yang sama. Maka dia pun mejawab, ‘Aku ialah iblis, aku datang dari Arafah, Aku bersama mereka pada permulaan sepertiga malam hari ini, dan aku memerhati mereka. Maka turunlah rahmat dan keampunan, dan dikurnuiakan kepada sebahagian mereka dengan hal yang lain. Hal itu menyebabkan aku gelisah, sedih dan sayu.
Sekarang aku menghala ke Konstantinopel. Aku senang mendengar perkara-perkara yang mensyirikan Allah dan dakwaan sesungguhnya bagi-Nya ada anak. ‘Aku berkata,’ Aku berlindung dengan nama Allah daripadamu. ‘Ketika aku menyebut perkataan ini, orang itu ghaib daripada pandanganku.”
Cerita ini dikuatkan dengan hadis oleh Abbas bin Mirdas sepertimana yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dalam doa Nabi SAW untuk orang yang menunaikan ibadah haji yang bermalam di Arafah, kemudian di Muzdalifah.
Doa itu diperkenankan Allah dan Baginda SAW dalam keadaan ketawa telah bersabda,
Maksudnya: ” Sesungguhnya iblis ketika mengetahui bahawa Allah mengampunkan segala dosa umatku dan mengabulkan doaku buat mereka, iblis menaburkan tanah di atas kepalanya, seraya menyerukan kecelakaan dan kemusnahan. Ia membuatkan aku ketawakan syaitan yang dalam kegelisahan itu.” Riwayat Ibnu Majah (3127),al-Baihaqi (9753) di dalam Syu’ab al-Iman
Diriwayatkan daripada Ali bin al-Muwaffaq bahawa dia berada di Arafah untuk menunaikan haji, dan dia melihat di sana ramai manusia,lantas berkata, ”Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau tidak menerima haji mereka semua maka aku hadiahkannya dengan hajiku.” Dia bermimpi bahawa Allah berkata kepadanya, ”Wahai anak al-Muwaffaq! Adakah kamu lebih dermawan daripada-Ku? Sesungguhnya Aku mengampunkan orang yang berwukuf di Arafah, dan Aku memberi syafaat kepada setiap seorang daripada mereka yang merangkumi ahli keluarganya, anak-anaknya dan sanak-saudaranya, dan Akulah yang patut kalian bertakwa kepada-Nya dan yang berhak memberi keampunan.”
Ada juga diriwayatkan seumpama ini daripada para ulama yang lain. Oleh itu, sesiapa yang sangat menginginkan pelepasan daripada azab nereka dan pengampunan daripada dosanya di hari Arafah, jagalah perilaku dan ibadah yang membolehkannya memperoleh keampunan tersebut.
Daripada Abu Qatadah bahawasanya Nabi saw bersabda
صِيَامُ يَومِ عرفة أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي بَعْدَهُ
Maksudnya:” Puasa pada hari Arafah, Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.” Riwayat Muslim (1162)
KESIMPULAN:
Begitulah sebahagian dari daripada kelebihan Hari Arafah yang telah disebutkan oleh Baginda Nabi SAW. Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur, pulang dengan penuh keinsafan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini, perbanyakanlah amalan pada hari tersebut. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!