Jiwa rasa terbeban dan resah, seorang mak atau isteri bukan mudah mendukung tanggungjawab. Tanggungjawabnya yang cukup besar demi menjaga kesempurnaan rumahtangga suami di layan dengan sebaiknya.
Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan kesempitan hidup, dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang.
Gambar sekadar hiasan
Namun, janganlah berterusan begini. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan bebanan hutang yang ada mudah untuk diselesaikan.
Pujuk hati atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan doa yang diajar oleh Rasullah SAW ini untuk Abu Umammah ini. Hijabi boleh amalkan doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat. Mahupun dibaca ketika dalam solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir sebelum Salam.
Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya:
“Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Ads
Beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?”
Abu Umamah menjawab:“Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”
Rasulullah menjawab:
Ads
“Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab:“Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
MAKSUDNYA: “YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI KEDUKAAN DAN KESEDIHAN. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT LEMAH DAN MALAS. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT PENGECUT DAN BAKHIL. DAN AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI BEBANAN HUTANG DAN PENINDASAN MANUSIA.”
Abu Umamah RA berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Mulai 1 April laman sesawang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibanjiri dengan pencarum-pencarum. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan tiada siapa dibenarkan keluar untuk membuat permohonan, Namun, pemilk akaun boleh memohon secara online tanpa perlu menghadirkan diri di kaunter KWSP.
Mohon pengeluaran I-Lestari dengan mudah dengan ikuti perkongsian lelaki ini Luqman Hariz di facebook mudah dan cepat faham. Jom ikuti langkah ini!
Semoga dengan perkongsian ini memudahkan semua pencarum selamat mencuba dengan tenang yang penting anda patuhi arahan kerajaan duduk di rumah. Sebarang pertanyaan dan kemusyikilan sila layari www.kwsp.gov.my
Setiap kali tibanya musim persekolahan memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Dan setiap kali ke sana, pastinya setiap jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk berswafoto terutama di Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Maklumlah kita tidak tahu entah bila lagi akan ke sana dan inilah peluang yang ada untuk mengabadikan memori sepanjang melakukan ibadah di sana.
Namun baru-baru ini tular di media memberitahu terdapat larangan buat jemaah untuk berswafoto di Masjidi Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi Di Madinah. Larangan mengambil gambar atau video bagi melindungi dan memelihara kesucian tempat itu, selain supaya tidak mengganggu kelancaran jemaah lain beribadah. Apakah memang benar larangan dari kerajaan Arab Saudi itu dan jika ia dilaksanakan memang sangat menyedihkan buat jemaah kerana tidak dapat bergambar di sana.
Namun seorang kolumnis di akhbar online Mstar, Raihanah Abdullah yang menulis di situ memberitahu seorang temannya yang berada di sana tidak mendengar mengenai larangan untuk berswafoto di Makkah dan Madinah.
Menurutnya minggu lalu rakan yang pernah bersama-samanya menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan tidak mendengar atau dikuat kuasan larangan berkenaan. Temannya itu berada di tanah suci selama sebulan dan memang tidak mendengar sebarang larangan.
Menerusi perbualan dalam Whatsapp, temannya memberitahu tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau berswafoto dalam atau luar kawasan masjid.
Malah temannya itu sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah dalam Hijir Ismail dan perbuata itu turut dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat kawasan di Hijir Ismail.
Begitu juga di Madinah, tiada larangan bergambar dan jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun dalam masjid. Menurutnya lagi jika larangan dikuatkuasa sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Jom baca perkongsiannya ini dan pasti selepas ini setiap jemaah yang pergi pasti tidak akan rasa ragu-ragu untuki mengabadikan kenangan bersama jemaah di kawasan tanah haram ini.
ASSALAMUALAIKUM.
Cerita mengenai larangan swafoto di Tanah Suci Makkah dan Madinah tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini. Ramai rakan dan kenalan yang bertanya mengenai kesahihan cerita itu apatah lagi bukti larangan itu turut dimuatkan di dalam akhbar negara jiran.
Ada juga yang bersetuju dengan larangan itu demi kebaikan dan kelancaran ibadat jemaah. Tidak kurang juga berpendapat apabila bergambar, ia boleh menimbulkan riak pada seseorang dan boleh menjejaskan tumpuan jemaah lain.
Suatu ketika dahulu, sememangnya jemaah dilarang membawa kamera di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Justeru, memang tiada peluang mengabadikan gambar dan kenangan menunaikan umrah mahupun haji.
Larangan mengambil gambar lebih ketat di Masjid Nabawi kerana setiap kali memasuki pintu masjid, setiap jemaah akan diperiksa oleh pengawal keselamatan dan jika didapati membawa kamera atau telefon bimbit, jemaah tidak dibenarkan masuk atau telefon mereka akan disimpan di tempat lain.
Untuk mengetahui di mana telefon bimbit disimpan, saya dengan sengaja membawa telefon bimbit ke dalam Masjid Nabawi ketika hendak menunaikan solat Asar berjemaah. Jika tidak silap pada 2005.
Sejurus memeriksa beg galas saya, pengawal keselamatan wanita menyuruh saya masuk ke dalam sebuah bilik di sebelah kanan saya.
Di situ, seorang wanita bertubuh gempal meminta saya meletakkan telefon bimbit jika mahu bersolat di dalam masjid. Saya menyerahkan telefon bimbit saya dan selepas itu menulis nama saya di dalam sebuah buku.
Wanita itu mengatakan, hanya setelah solat, saya boleh mengambil telefon itu. Saya memerhatikan sekeliling bilik yang seumpama sebuah perpustakaan mini. Selepas solat, saya mengambil semula telefon bimbit itu.
Masih saya ingat lagi, ketika membuat liputan pada 2012, jurugambar saya dikejar oleh pengawal keselamatan lelaki di perkarangan Masjidil Haram sekitar jam 10 pagi. Disebabkan kebimbangan kamera dirampas, jurugambar itu berlari lintang pukang berkaki ayam untuk menyelamatkan diri.
Namun, jurugambar itu tidak serik kerana apabila saya hendak menemuramah petugas wanita di dalam Masjidil Haram, sekali lagi dia perlu merakamkan gambar tetapi pada kali itu dia membawa kamera kecil.
Di Makkah lebih mudah mengambil gambar kerana bukan semua pintu masuk ke masjid ada pengawal keselamatan dan jika jemaah wanita memasuki pintu yang dijaga pengawal lelaki, sudah tentu mereka tidak akan diperiksa.
Berbalik semula kepada cerita larangan swafoto di Makkah dan Madinah. Saya bertanya kepada seorang kenalan yang mengikut suaminya bertugas di Makkah. Bagaimanapun, beliau sendiri tidak mendengar sebarang berita mengenainya.
Alhamdulillah, minggu lalu, rakan yang pernah sama-sama bertugas menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan mengenainya menerusi aplikasi Whatsapp.
Secara kebetulan, kawan saya itu, Haji Rashid, berada di Tanah Suci selama sebulan dan beliau maklumkan bahawa larangan itu tidak dikuatkuasakan sebagaimana digembar-gemburkan.
“Saya perhatikan tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau swafoto di dalam ataupun di luar masjid,” ujarnya dalam Whatsapp.
Malah, beliau sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah di dalam Hijir Ismail dan perbuatan mereka itu dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat di kawasan Hijir Ismail.
Di Madinah begitu juga tiada larangan bergambar. Jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun di dalam masjid. Jika larangan itu dikuatkuasa, sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, jemaah bebas mengambil gambar di dalam masjid, di dataran Kaabah atau di mana-mana ruang sekali pun. Amat sukar untuk melarang jemaah bergambar kerana ketika ini, telefon bimbit lengkap berkamera umpama keperluan dan kemestian kepada sesiapa saja untuk dibawa ke mana-mana.
Justeru, sangat sukar jika larangan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, jemaah perlu memastikan setiap perlakuan mereka terutama apabila swafoto tidak menjejaskan konsentrasi jemaah lain atau mereka hilang fokus pada ibadat.
Adab, perlakuan dan tindakan jemaah perlu dipelihara lebih-lebih lagi di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Setiap hari pasti ada perkara mengenai hidup yang kita akan fikirkan. Soal pelajaran, jodoh, pekerjaan dan lain-lain lagi hingga tak lena tidur dibuatnya. Namun, bagaimana pula dengan soal kematian? Adakah kita sudah bersedia disaat ajal datang menjemput?
Semakin bertambah umur, bermakna semakin dekatlah kita dengan kematian. Tidak perlu tunggu bila sudah lanjut usia baru hendak bertaubat kerana kita tidak tahu sampai bila kita akan hidup. Untuk itu, marilah sama-sama kita mengubah kehidupan ke arah sesuatu yang lebih baik.
Di akhir zaman ini, seharusnya kita melakukan amalan yang menjadi pembeteng dan pelindung diri daripada perkara yang tidak sepatutnya. Kalau tak dapat lakukan semua, sedikit pun jadilah.
InsyaAllah, Tuhan akan nampak usaha kita walaupun hanya sekecil zarah. Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Tuhan dan dijauhkan daripada fitnah akhir zaman.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.