Ada pelbagai cara untuk tampil cantik, sihat dan penting dapat menambat hati insan kesayangan. Bukan sahaja luaran perlu cantik, dalaman juga penting. Maklumlah tubuh mahu pakai lama, jadi kesihatan dalaman itu yang perlu dititikberatkan. Kata orang nak kelihatan cantik dan kekal menawan sepanjang 365 hari.

Ada cara paling mudah dan selamat untuk dipraktikkan. Malah cara membuatkan juga tidak serumit proses kecantikan lain. Ayuh ikuti perkongsian dari Puan Nieda Kyrisa yang begitu menjaga kesihatan dalamannya dengan menghasilkan Jamu Asam Kunyit menggunakan bahan semula jadi.

via GIPHY

Beliau memilih kunyit, halia, air asam jawa untuk membantu merawat masalah angin dalam badan, menjadikan tubuh kembali bertenaga dan kembali langsing, menghilangkan keputihan dan juga membuatkan wajah lebih berseri. Pengambilan yang konsisten akan memberi hasil bukan dalam tempoh 10 atau 30 hari tetapi berkekalan selamanya.

Bahan-bahan:

IKLAN

Kunyit

Halia

Air asam jawa

Kurma

IKLAN

Sedikit manjakani – ikut keperluan

Campuran empat bahan ini hasilkan jamu asam kunyit.

Cara membuatnya:

  1. Potong semua bahan-bahan di atas kecil-kecil, kemudian rebus dan kisar. Atau boleh juga boleh kisar semua dan kemudian baru rebus.
  2. Tapis airnya dan bolehlah diminum. Baca selawat sebelum minum.

PERINGATAN:

IKLAN

*Boleh diamalkan pengambilan setiap hari dalam kadar sedikit atau boleh ambil dalam kuantiti banyak (1 cawan) tetapi seminggu sekali.

* Minum ketika masih suam.

ARTIKEL BERKAITAN: Homemade Krim Malam Elak Wajah Kedut & Awet Muda

SUMBER: NIEDA KYRISA

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI