Baru-baru tular di twitter mengenai seorang pemuda yang meminta tolong warganet untuk berkongsikan cara pemakaian tudung seperti yang digayakan oleh pelakon terkenal, Izara Aishah sewaktu sesi fotografinya.
Kongsi @luqman_kaka, dia buntu kerana isterinya mahukan tutorial tudung seperti yang dilakukan oleh pelakon Pilot Cafe tersebut namun tidak menjumpai cara yang tepat.
Perasan dengan ciapan tersebut, Izara terus membalasnya dan bertanya samada mahukah dia berkongsi tutorial hijab tersebut bersama semua.
Ads
Lantaran itu, ramai warganet yang teruja dan tidak sabar mahu melihat sendiri tutorial yang dilakukan Izara.
Ads
Tidak menghampakan hati para peminatnya, ibu kepada Irisa Alaia itu telah berkongsi sendiri cara penggayaan tudung tersebut di akaun TikToknya.
Berdurasi lebih tujuh minit,video tersebut hingga kini telah mendapat hampir empat juta tontonan sejak dimuat naik pada dua hari yang lalu.
Sebagai wanita, sudah pasti kita sentiasa mahu tampak kurus dan bergaya. Pada kita yang mungkin tidak memiliki saiz badan S dan M, terdapat helah untuk nampak kurus dengan gaya busana dan tip stail yang penting. Tip dan helah ini sedang hangat diamalkan oleh para selebriti Hollywood. Apa agaknya ‘rules’nya? Mari admin gariskan di bawah:
1) Busana lapisan luar yang labuh
Menurut penata gaya Hollywood, memakai busana lapisan luar yang labuh, “bakal menjadikan anda wanita yang paling ‘slim’ di dunia kerana ia menutup apa sahaja yang anda mahu sembunyikan dan juga menjadikan anda tampak lebih ‘cool’ daripada biasa.” Admin setuju dan memandangkan cuaca di Malaysia ini panas, jadi pastikan anda memilih lapisan luar dari fabrik yang ringan dan ‘bernafas’.
2) Skirt kembang (flared)
Jika anda memiliki pinggul dan paha yang agak besar, dres atau skirt kembang akan menjadi ‘ultra-flattering’ pada tubuh anda. Ia akan memberi definisi kepada pinggang anda (bahagian paling kecil), dan akan ‘flow’ dengan cantik sehingga ke hujung kaki anda.
3) Pinggang yang bertali pinggang
Memberi fokus kepada pinggang anda dengan memakai tali pinggang adalah helah ‘slimming’ yang sesuai untuk wanita apa sahaja saiz. Efeknya terbaik untuk mereka yang memiliki figura ‘hourglass’ kerana ia memberi fokus kepada bahagian tengah anda.
4) Monokrom
Menyarung busana satu warna dari kepala hingga ke kaki adalah secara visualnya ‘memanjangkan’, akan membuat anda tampak lebih tinggi dan ‘leaner’. Warna hitam adalah warna pilihan yang klasik, tetapi admin sarankan pilihan warna putih untuk cuaca yang lebih panas.
Nota Kaki : Moga tip di atas mampu memberi panduan kepada hijabi di luar untuk tampak lebih ‘slim’ dalam bergaya. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pastikan rekaan tudung yang anda pilih sesuai dengan bentuk muka anda. Ada sesetengah fesyen tudung hanya sesuai digayakan mengikut bentuk muka tertentu. Kenal pasti bentuk muka anda terlebih dahulu ya.
Rekaan corak tudung yang anda pilih hendaklah sesuai dengan busana yang anda gayakan. Tudung polos sesuai dipadakan dengan busana abstrak atau bercorak. Manakala baju polos pula sesuai digayakan dengan tudung bercorak.
Pemilihan warna tudung juga penting. Warna tudung yang gelap dan kusam akan menjadikan anda tampak lebih tua. Jadi, elakkan ya. Wanita berkulit putih pula sebaiknya elakkan daripada memakai tudung berwarna merah jambu kerana ia akan buat anda tampak lebih pucat.
Tahukah anda bahawa perwatakan anda juga boleh mempengaruhi gaya pemilihan tudung yang sesuai. Wanita yang berperwatakan ceria sebenarnya sesuai menggayakan tudung berwarna cerah dengan rekaan polos atau kurang bercorak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam Islam, memakai hijab merupakan tanda kesederhanaan dan kesopanan. Meskipun anda berhijab, anda masih boleh mengenakan solekan pada wajah asalkan ia tidak dipakai secara berlebihan. Solekan mampu membuatkan wajah anda tampak lebih indah dan menarik.
Selain solekan, aksesori yang dipakai serta perhiasan yang tepat juga dapat mengubah wajah menjadi lebih dramatik. Hijabista kongsikan idea solekan serta gaya hijab yang sesuai untuk anda. Dalam masa yang sama, ia boleh membantu anda tampil dengan lebih memukau.
Jangan kenakan solekan yang melampau. Cukup sekadar solekan yang minimal. Fokus anda adalah pada bahagian mata dan pipi. Paling penting, mulakan dengan solekan mata. Kemudian, pilih hijab yang sesuai dengan warna mata anda. Pilih pembayang mata yang terang dan sarungkan hijab rona gelap.
Mata adalah bahagian yang paling menonjol dan anda boleh menambah efek glamor dengan pemilihan warna yang betul. Cara yang lebih mudah, gunakan pensel mata, pembayang mata dan maskara.
Pilih warna yang sesuai dengan tudung. Anda harus elakkan perhiasan yang berwarna emas. Untuk tampil lebih natural, anda boleh menggunakan warna nude dan gunakan warna yang berkilat untuk solekan perkahwinan atau majlis malam.
Pilih jenis pemerah pipi yang sesuai dengan kulit anda. Pemerah pipi jenis serbuk sesuai untuk individu yang memiliki kulit berminyak. Angkat pipi anda ke atas dan gerakkan berus ke arah buah pipi anda. Ini akan memberikan tona semula jadi kepada wajah anda.
Solekan anda tidak lengkap tanpa calitan gincu yang terang. Kemasan yang sempurna pada bibir mampu menonjolkan wajah anda. Warna merah terang dan merah jambu antara rona yang cukup sempurna untuk bibir. Cubalah padankan gincu bibir dengan warna hijab. Pastikan solekan anda tidak berlebihan. Biarkan hijab dan calitan gincu di bibir anda sahaja yang menonjol.
Barang-barang kecantikan yang setiap hijabi harus disimpan dalam dompet ketika melangkah keluar rumah:
• Pensel mata
• Gincu
• Bedak muka
• Pemerah pipi
• Tisu basah
• Gloss
• Pembayang mata
Selain daripada solekan, anda juga perlu memilih gaya tudung yang paling sesuai dengan bentuk wajah anda. Berpakaian dengan sempurna supaya gaya anda tiada kurangnya.
Lihat gambar di bawah untuk melihat idea dan gaya solekan hijab:
Untuk solekan yang ringkas, cukup sekadar memakai penggaris mata dan maskara. Anda boleh menambah warna bibir yang natural untuk menyegarkan lagi rupa anda. Ini adalah salah satu rutin rias wajah yang paling mudah dan ia amat disyorkan untuk gadis-gadis muda yang sedang dalam perjalanan dan tidak mempunyai masa untuk melakukan asas dan kontur pada wajah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.