Siapa yang tidak mahu kulit wajah yang lembut dan flawless bukan? Maka sebab itulah amat penting untuk kita merawat kulit wajah dengan cara yang konsisten. Pilihan untuk perawatan kulit wajah terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan cara semula jadi mahu pun cara moden atau gabungan keduanya.

Petua cantik menggunakan ais kiub gula pasir yang ditambah dengan buah-buahan kesukaan anda ini memang menarik. Potongan ais kiub yang diisi dengan buah-buahan yang disapukan pada kulit wajah membuatkan kulit wajah rasa lembap, lembut dan berseri.

Jom baca perkongsian Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini. Moga ia membantu anda untuk memilki kulit idaman.

Foto: Facebook Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Tieja suka beli buah potong banyak banyak. Yang 5 paket RM8 gitu sebab boleh merasa banyak jenis buah. Tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih. Tu kadang sayang buah-buah potong ni cepat buruk. Tak sempat nak makan banyak-banyak gitu.

Jadi, daripada membazir Tieja buat cube ice. Siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja. Memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.

IKLAN

Tapi kali ni ubah sikit citarasa, buat lebih ‘aummmmm’ khasiat die.

Bahan yang korang perlu ada:

IKLAN
GULA PASIR (Jadikan seperti air gula)

⁃ melembapkan kulit
⁃ kulit sihat dan cerah
⁃ kecilkan pori
⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah
⁃ singkirkan kulit kering

BUAH-BUAHAN

Buah-buahan yang korang ada, atau suka. Tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. So apa salahnya potong buat warna warni. Kelebihan setiap buah ni banyak. Boleh google. Tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni.

IKLAN

  • OREN: mencerahkan
  • ANGGUR HIJAU: kulit lebih berkilau
  • EPAL MERAH: membantutkan pertumbuhan jerawat
  • LEMON: kurangkan minyak muka
  • KENTANG: ini tieja buat khas untuk mata
  • TOMATO: melembapkan
  • PEACH: anti penuaan/anjal kan kulit
  • TIMUN: kecilkan pori
  • KUNYIT HIDUP: kecutkan jerawat

Andai korang pakai buah lain, sila la google ye. Macam labu boleh, lobak, bayam dan banyak la boleh korang cuba.

Jom pakai. Syok gila weh. Hari-hari mesti nak pakai.
Hasil selepas bilas. Nampak macam kemerahan kan. Yela sejuk kauuu.
Hasil selepas bilas. Nampak macam kemerahan kan. Yela sejuk kauuu. Kulit tak berminyak walaupun selepas 3 – 4 jam.

Boleh rujuk video untuk lebih terperinci. Sehari satu AIS KIUB. Memang tegang habis muka.

Sumber: Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI