Kejayaan tidak datang bergolek. Untuk mencapai kejayaan kita bukan sahaja perlu berusaha dan dalam masa yang sama turut berdoa dan bertawakal kepada Allah agar segala yang kita usahakan memperoleh kejayaan.
Kebanyakan orang-orang yang berjaya memiliki gaya hidup yang teratur. Pendek kata hari mereka dimulakan dengan sesuatu yang positif. Ini secara tidak langsung membakar semangat untuk terus berusaha dengan gigih dan hasilnya kejayaannya yang dituai.
Photo by pixabay from Pexels.
Menurut pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah ada beberapa perkara yang perlu kita elakkan jika kita mahu berjaya dalam kehidupan.
Jangan lakukan hal ini, jika kamu nak berjaya dalam hidup:
BANGUN LAMBAT
Elakkan dari budaya bangun lewat. Orang berjaya sentiasa bangun awal. Waktu pagi diisi dengan penuh produktif dan boleh melakukan tugasan yang banyak ketika orang lain sedang tidur.
Ads
TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN
Kebersihan adalah asas kehidupan. Kita nak bersolat pun, mulakan dengan berwuduk. Sama juga dengan hidup kita ini, jika tidak selalu tampil bersih dan kemas, maka penyakit mudah hinggap dan kita sentiasa terlarut dalam suasana negatif.
Photo by burst from Pexels.
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEGAGALAN
Kamu memilih untuk putus asa. Walhal ia tidak boleh ada dalam kamus hidup. Kamu kena segera bangkit dan jangan salahkan nasib. Kegagalan adalah guru untuk kamu belajar mendapat kejayaan.
FIKIRKAN APA ORANG LAIN KATA
Bahasa mudahnya, lantak pi. Mereka yang banyak mulut itu, tak tahu apa kamu lalui. Mereka tak bayar bil kamu. Dan mereka tiada hak untuk kawal kehidupan kamu.
Abaikan saja mulut jahat mereka dan balas semua kata-kata mereka dengan kejayaan serta kebaikan dalam hidup kamu.
Ads
TIADA SIMPANAN
Semakin hari, kos hidup meningkat. Dan orang kita pula gagal mengawal nafsu dari berbelanja yang tak perlu. Mulalah menyimpan sekurang-kurangnya 30% dari total income kamu supaya dapat back up jika ada apa-apa kesusahan di masa depan.
Photo by polina-tankilevitch from Pexels.
Moga kita semua boleh berjaya dan mencapai kejayaan dalam seperti yang diinginkan.
Semoga kejayaan mengiringi kita semua.
Anda semua pernah dengar tak mengenai bayam brazil? Selalunya kalau sebut mengenai bayam, ingatkan bayam tu hanya mempunyai satu jenis. Tetapi tidak.. Kalau anda nak tahu, banyak rupanya khasiat bayam brazil ni!
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae. Suku bayam-bayaman atau Amaranthaceae merupakan salah satu suku tumbuhan berbunga. Ianya turut dikenali sebagai ‘bayam sambu’ dan ‘kobis samba’.
Sayuran ini begitu meluas di negara Brazil sehingga dinamakan bayam Brazil. Sejak tahun 2015, rakyat Malaysia mula menanam bayam ini secara landskap dan sebagai sumber sayur-sayuran. Bayam Brazil adalah salah satu tumbuhan yang paling cepat tumbuh dan mudah ditanam. Tumbuhan ini tumbuh sehingga 30 cm tinggi dan mempunyai saiz daun kira-kira 2 hingga 3.5 cm lebar.
Meninjau perkongsian daripada Root Of Science, kandungan nutrisi bagi 100 grams Bayam Brazil mentah adalah seperti berikut:
Mesti anda terfikir, bayam ini zahirnya kelihatan sama sahaja seperti bayam lain…jadi mungkin keistimewaannya juga sama. Tidak sama sekali! Keunikan bayam Brazil ini berbanding bayam yang lain adalah bayam ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan sebagai salad. Masyarakat di Brazil sering makan sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain dimakan secara mentah, ia juga sesuai untuk ditumis, direbus atau dikukus. Contoh masakan yang menggunakan bayam Brazil ialah:
Manfaat bayam Brazil adalah lebih kurang sama seperti sayur-sayuran hijau lain. Ianya mendatangkan banyak kebaikan dan bagus untuk kesihatan anda. Secara ringkasnya, dalam setiap 100 g bayam, terdapat 4-8 mg beta karotena, 60-120 mg vitamin C, serat, garam galian (kalsium, zat besi) dan asid folik. Berikut ialah manfaat kesihatan bayam Brazil yang boleh anda gunakan sebagai sebahagian daripada diet harian anda:
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) dan monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser. Manakala bayam Brazil pula mengandungi sebatian flavonoid yang tinggi yang mempunyai sifat anti kanser yang sangat baik. Menurut kajian lepas, kandungan flavonoid dalam bayam boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 34%. Walaupun peratusannya tidaklah begitu tinggi, namun sekurang-kurangnya ia menjadi satu cara dan ikhtiar untuk mencegah pertumbuhan sel kanser dalam tubuh badan. Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati.’
Selain tu, terdapat beberapa kajian menyatakan bahawa sebatian flavonoid bertindak sebagai agen anti-kanser termasuk kanser prostat, kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks, kanser rahim dan banyak lagi. Kandungan asid folik dalam bayam juga membantu mencegah mutasi sel yang boleh merosakkan DNA dan menyebabkan kanser.
2.Bagus untuk kesihatan mata
Bayam bazil mengandungi karotenoid iaitu zeaxanthin dan lutein, serta vitamin A. Zeaxanthin dan lutein membantu mengurangkan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Tambahan itu, bayam brazil ini membantu meningkatkan penjagaan mata dengan melindungi saraf optik dan menjadikan penglihatan lebih jelas. Malah, kandungan vitamin A ini dapat membantu meningkatkan pertahanan badan dengan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih.
3. Menguatkan tulang
Bayam merupakan antara bahan yang boleh menyumbang vitamin K untuk kesihatan kita dengan kandungannya yang agak tinggi. Seperti yang dinyatakan di bahagian kandungan nutrisi diatas, bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah. Kalau anda nak tahu,tidak banyak makanan yang mengandungi vitamin K. Vitamin K ini membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K ini juga dapat membantu menguatkan otot dan mengurangkan gejala sakit sendi dan otot.
4. Mengekalkan kesihatan sistem pencernaan
Apabila anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan ‘bedal’ sahaja makanan yang tidak sihat, ianya akan membawa kepada masalah berat badan. Disebabkan itulah, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat seperti bayam brazil ini sangat penting. Pengambilan serat seperti ini sangat penting kerana ianya membuatkan anda berasa lebih kenyang lebih lama.
Bayam brazil ini memberikan anda sumber bekalan serat yang mencukupi dan mengawal portion makanan anda. Sekiranya anda mempunyai serat yang cukup dalam badan anda, anda boleh mengatasi masalah sembelit juga. Ha.. banyakkan khasiatnya. Tambahan itu, kandungan seratnya yang tinggi ini dapat membantu pergerakan makanan melalui usus dan memperbaiki sistem penghadaman anda.
5. Membantu masalah penuaan
Siapa je taknak menghentikan masalah penuaan dan terlihat muda kan? Terutamanya wanita, mestilah mahu terlihat muda sentiasa. Selain vitamin A, vitamin K, sebatian flavonoid dan karotenoid, bayam brazil juga mempunyai sebatian antioksidan. SebatianantioksidandaripadavitaminC ini pula membantu melawanradikalbebasdalamsistemselmanusia.
Radikal bebas ini terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis. Pengeluaranradikalbebas ini jugabolehdisebabkanolehpemakananyangtidaksihat,persekitaranyangtidaksihat,dangayahidupyangtidakseimbang. Disebabkan itulah, badankitabertindakbalasdenganmenunjukkanpenuaankulitdanfungsiorgan. Sebagai solusi kepada masalah penuaan ini, anda boleh lah mengamalkan pemakanan bayam brazil kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.
Ternyata, bayam brazil memiliki banyak khasiat dalam kesihatan. Mungkin, ini merupakan perkara baru juga buat anda. Antara khasiat kesihatan bayam Brazil ialah mampu melawan kanser, membantu penjagaan kesihatan mata, sumber vitamin K untuk tulang dan sendi yang lebih sihat, penjagaan sistem pencernaan, dan mencegah penuaan. Walau bagaimanapun anda perlu ingat bahawa bayam Brazil mempunyai kandungan asid oksalik yang agak tinggi, yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, pengambilan bayam brazil ini perlulah secara sederhana dan disertai sayur-sayuran dan makanan lain yang sama-sama berkhasiat.
Berhenti membuang kulit pisang anda ke tong sampah! Terdapat banyak cara untuk menggunakan semula kulit pisang untuk menjadikan hidup anda lebih menyeronokkan.
Jom semak petua ini, dan mungkin ada beberapa sebenarnya boleh digunakan setiap hari!
Dengan kekuatan anti-radang dan penyembuhan tisu yang kuat, kulit pisang dapat digunakan untuk menyembuhkan jerawat anda dengan cepat dan semula jadi. Potong sekeping kecilnya dan gosokkan pada bahagian zit anda dengan bahagian dalam dua kali sehari. Jerawat akan hilang tanpa parut selepas beberapa hari. Tetapi ingat untuk memilih warna kuning atau coklat dan bukannya hijau, kerana hanya yang matang yang mempunyai kekuatan jerawat.
Mengalami kesukaran untuk menghilangkan bau kimia pengilap kasut? Cuba kulit pisang! Ini dapat memberikan kalium dan kelembutan ringan untuk kasut kulit anda tanpa bau yang menjengkelkan dan membantu mengurangkan tanda-tanda parut dan kerosakan air. Gunakan bahagian dalam kulit pisang dan gosokkan pada kasut kulit anda. Lap dengan kain lembut, kemudian anda akan mendapati ia seperti kasut yang baru!
Melekat menggunakan bahagian dalam kulit pisang untuk menggosok gigi boleh menjadi kaedah yang murah dan berkesan untuk menggilap gigi. Oleh kerana asid salisilik dan asid sitrik yang tersimpan di dalamnya dapat menghilangkan noda permukaan gigi tanpa memakai enamel anda. Lebih baik daripada menggunakan bahan kimia yang menjadikan gigi anda sensitif dan juga menjimatkan wang berbanding dengan membersihkan gigi secara profesional.
Jerawat bukan sahaja dapat disembuhkan dengan kulit pisang, tetapi juga ketuat! Kulit pisang adalah pelembut semula jadi terbaik untuk ketuat kerana bahagian dalamnya bertanggungjawab untuk melembutkan ketuat. Sapukan pada ketuat anda selama 1-2 minit setiap hari. Beberapa hari kemudian, anda secara mengejut akan mendapati ketuat anda jatuh atau semakin kecil.
Apabila musim panas tiba, kemungkinan besar kita mendapat gigitan serangga atau calar dari racun herba. Salah satu ubat semula jadi terbaik adalah kulit pisang. Gosokkan bahagian dalam kulit pisang ke kawasan yang meradang, dan ia dapat membantu mengurangkan sensasi yang menyakitkan. Tetapi ingat itu hanya dapat mengurangkan sedikit kemerahan atau gatal. Sekiranya anda mengalami masalah serius, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan profesional.
Kulit pisang juga dapat melembapkan kulit kering anda. Bagi kebanyakan wanita, mengekalkan kulit bercahaya terhidrat memerlukan usaha berterusan. Nasib baik, kulit pisang dapat membantu! Gosok bahagian dalam kulit pisang dan ratakan ke seluruh wajah atau badan anda selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kedutan akan terangkat dan kulit anda akan lebih halus jika anda jadikan ritual kecantikan.
Menurut pakar, kulit pisang segar dengan sisi putih menenangkan lebam dan dapat mempercepat proses penyembuhan. Ini kerana kekuatan anti-inflamasi sebatian polisakarida di dalam kulit. Letakkan kulit pisang di atas lebam dan biarkan di sana sekurang-kurangnya 20 minit untuk hasil terbaik.
Sukar untuk mengeluarkan serpihan, atau cuba mengeluarkannya. Nah, berikut adalah muslihat yang mudah dan tidak menyakitkan untuk menyelesaikan masalah ini dengan kulit pisang. Lekatkan sekeping kulit kecil secara langsung di atas kawasan di mana serpihan diletakkan. Membiarkannya di sana selama kira-kira 30 minit, enzim dan minyak lain dari kulit akan menyerap ke dalam kulit dan membantu mendorong serpihan ke permukaan, menjadikannya lebih mudah dikeluarkan.
Bolehkah anda percaya bahawa kulit pisang dapat menstabilkan dan meningkatkan mood anda? Sekiranya anda kecewa kerana beberapa sebab, rebus kulitnya kemudian minum, anda mungkin akan berasa lebih baik selepas minum. Ini kerana dopamin dan serotonin di dalam kulit pisang mempunyai kesan meningkatkan mood pada otak anda. Jangan sekali-kali memandang rendah kulit pisang!
Mengalami buasir agak memalukan, dan juga boleh menyakitkan. Jadikan kulit pisang seperti pes dengan mengisarnya dan campurkan dengan satu sudu teh witch hazel. Kemudian rendam jalur kain kasa yang bersih dalam campuran dan sapukan ke kawasan yang terkena selama kira-kira setengah jam. Komponen astringen semula jadi witch hazel kulit yang dapat membantu membersihkan kawasan itu, mengurangkan bengkak dan menghilangkan rasa sakit.
Pernahkah anda berfikir bahawa kulit pisang boleh membantu mengelakkan daging kering atau terlalu matang? Satu-satunya perkara yang perlu anda lakukan ialah meletakkan sekeping kulit pisang di atas daging panggang atau ayam dan kemudian minyak dan kelembapan di dalamnya akan diserap ke dalam daging dan membantu menjaga makanan anda kekalkan rasanya yang berair.
Pisang adalah salah satu alat bantu pematangan buah hijau yang terbaik, kerana dapat mengeluarkan gas etilena, yang penting untuk mempercepat pematangan buah. Memandangkan gas etilena dihasilkan terutamanya dari kulit pisang, biarkan sisa kulit bersama buah hijau lain selama berjam-jam setelah memakan pisang, kemudian, tunggu untuk melihat hasilnya.
Walaupun kulit pisang tidak boleh dimakan, ia tetap dapat digunakan untuk menambahkan beberapa kebaikan sihat dan enak pada resipi masakan anda! Masukkan kulit pisang dengan sedikit nasi, diikat dengan benang, kemudian masak di dalam pengukus. Kira-kira 30 minit kemudian, anda akan mendapat makanan yang sedap dan berperisa.
Mengapa tidak menjadikan anak-anak anda dekadensi api unggun yang sederhana dan enak dengan kulit pisang? Dengan kulitnya, potong sebahagian pisang secara memanjang. Masukkan sedikit coklat, marshmallow dan kacang ke dalam, lalu bungkus keseluruhan pisang ke dalam timah, kemudian bakar di atas api terbuka selama kira-kira lima hingga lapan minit. Kini anda mendapat perahu pisang panggang yang hangat dan cair!
Setiap orang tahu betapa sakitnya hati jika ada kesan dakwat pada kulit. Sama ada pena pecah atau anda hanya mendapat dakwat ke seluruh jari anda, sapu bahagian dalam kulit pisang ke kulit anda. Minyak dari kulit akan melekat dengan pigmen di dalam dakwat, sehingga lebih mudah dikeluarkan dan dicuci.
Salah satu cara yang paling biasa untuk mengatasi kulit pisang adalah dengan baja. Sisa sayuran adalah baja semula jadi yang terbaik untuk tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran anda, terutama kulit pisang kaya dengan khasiat yang diinginkan oleh tanaman anda. Cara lain untuk membuat baja kulit pisang adalah dengan mengeringkan kulit di bawah sinar matahari dan menambahkannya langsung ke dalam tanah.
Kutu daun yang menjengkelkan boleh bergerak ke kebun anda tanpa jemput. Cara yang baik untuk menyingkirkannya tanpa memerlukan kaedah tidak berperikemanusiaan atau bahan kimia beracun. Letakkan sebilangan kulit pisang ke dalam beberapa lubang 1 inci berhampiran pangkal tanaman yang dipenuhi kutu daun akan dimatikan oleh semua kalium.
Kulit pisang kaya dengan vitamin dan mineral berkhasiat, termasuk kalsium, sulfur, magnesium dan unsur surih yang secara semula jadi menyuburkan dan menghidupkan semula bunga. Kambuskan beberapa kulit pisang di sekitar pangkal bunga mawar anda dan hasilnya bunga-bunga cantik anda berkembang.
Semua orang membenci lalat, terutama apabila berkeliaran di dapur dan memilih tempat untuk menikmati makanan kegemaran anda. Mengapa anda tidak cuba membina perangkap dengan kulit pisang? Dapatkan balang besar dengan penutup dan tusuk beberapa lubang di bahagian atas. Kemudian masukkan kulit pisang anda ke dalam dan tutup kembali. Letakkan perangkap di dapur anda, dan lalat akan tertarik dan masuk ke dalam balang tanpa jalan kembali.
Menghilangkan karat pada barang perak bukan perkara mudah, perlukan usaha. Mungkin mengejutkan anda bahawa kulit pisang juga dapat membantu. Masukkan sebilangan kulit pisang dan air bersama-sama ke dalam pengisar untuk dijadikan pes. Gosok barang perak anda dengan berus gigi atau kain dengan lembut, kemudian gunakan kain lain untuk mengelap sehingga kering. Perak anda akan bersinar lagi selepas itu!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru sahaja beberapa hari lepas bintang youtuber Maryam You Narae mengumumkan yang dia kini sudah berhijab sepenuhnya, ramai yang memintanya untuk membuat tutorial hijab.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan berkahwin Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim ini pernah digelar sebagai selebriti media sosial dengan nama media sosialnya Durian Kimchi. Penghijrahan Maryam mendapat pelbagai respond dari pengikut-pengikutnya di media sosial.
Meninjau akaun instagramnya Maryam You Narae berkongsi tutorial tudung tarik perhatian ramai. Pernah dikencam ketika on dan off memakai hijab, sebagai seorang mualaf pastinya Maryam memerlukan masa untuk menjadi muslimah yang sempurna. Melalui video terbaharunya ramai yang memuji. Cantik dan simple!
Tak melawak tak sah! Pasangan ini pastinya membuat ramai yang terusik dengan gurauan dan cara penyampaian Maryam untuk menerangkan cara dia memakai hijab hanya 3 saat dah siap.
“Hanya perlukan 3 saat untuk siap tudung begitu, pegang bucu tudung kanan dan kiri, yang bucu pendek macam Ryzal, yang bucu panjang macam Ryzal,” selorohnya di dalam video itu.
Perkongsian Maryam raih tanda suka daripada wargamaya, rata-ratanya terhibur sambil memberi tanda sokongan untuk dia terus kekal istiqomah.
“suko dengar mariyam kecek..
You look fine Maryam. For a start you’re doing good. Slowly but surely.
Kak Maryam lucunya, insyaallah istiqomah 😍 #from Indonesian
Tak kurangnya kata-kata semangat sebagai seorang mualaf yang mahu belajar dan memberi inspirasi pada yang lain.
Cantik bertudung. Semoga Allah SWT permudahkan Maryam untuk terus istiqamah bertudung dan melakukan segala kebaikan. Aamiin ya rabbal’aalamiin. ❤️
Comelnya Maryam 😍 takpe Maryam slow2 berubah… Allah sentiasa permudahkan urusan mereka yang berusaha ke arah kebaikan. Semoga istiqomah ye. 😍😍
Mashaa Allah Maryam cantik. Semoga sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah
Diberi kepercayaan sebagai model mengayakan koleksi terbaharu jenama hijab tempatan, perubahan Maryam memberi kesan positif dan diterima ramai. Pada permulaannya dia hanya dilihat sebagai model tetapi fikiran ramai meleset kerana bintang media sosial ini benar-benar mencuba menjadi muslimah sejati.
Terdahulu pasangan media sosial ini Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ryna.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.