Untuk tampil kurus dan ramping bukanlah satu proses yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada seseorang individu itu. Jika iman tidak kuat, impian untuk kurus itu hanya tinggal impian dan tidak akan ke mana. Ramai wanita hanya hangat-hangat tahi ayam.

Namun berbeza bagi gadis bernama Syauqina Akmar ini. Dengan tekad dan azam yang kuat, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15kg iaitu daripada 63kg kepada 48kg dalam masa lebih kurang 3 bulan. Hebat kan?

Hijabista paparkan tip yang dikongsi oleh gadis ini di akaun Twitternya.

Foto: Twitter Syauqina Akmar

Since aku ni macam tak dak kerja sangat. Ermmm boleh lah nak share sikit macam mana aku boleh lost weight 63kg-48kg dalam masa 2-3 bulan.

Berat aku naik sejak aku practical. Kerja aku makan ja. Tak tau lah apa syok sangat dengan makan. Time tu berat 55kg naik sampai 63kg.

Foto: Twitter Syauqina Akmar

So after aku habis practical aku. Aku nekad nak turun balik berat badan aku. So aku start jogging. Tiap2 hari jogging tapi weekend aku rest.

Mula2 kawal jugak makan. Konon nak cut off sugar minyak bagai. But boleh tahan seminggu ja. Hahaha. Pastu makan balik.

IKLAN

Susah jugak lah nak turun. Penat wooo. Bukan senang. Tapi sebab nak kurus punya pasal sanggup jogging hari2 padahal before ni tak bersukan.

Foto: Twitter Syauqina Akmar

Aku ni dari sekolah tak pernah bersukan. Tiba-tiba nak start sukan. Memang pancit teruk. Pagi aku jogging, petang aku main gym malam aku workout.

Tapi yang gym tu kejap ja . Sebab pulus tak dak weyh, hahaha. So aku run ja start mula-mula lari 1km pastu slow-slow naik 2km pastuh naik sikit.

Aku install apss nike ni ja. Sebab aku boleh tahu berapa km aku run sekali berapa kalori dia burn.

IKLAN
Foto: Twitter Syauqina Akmar

And aku always pantau berat badan aku. Berapa banyak turun atau naik kalau aku makan makanan ni or ni. But atkins diet or supplements.

Disebabkan aku bersukan, so aku tak amalkan diet sebab nanti aku penat. Tak boleh nak lari. So aku still makan but aku balance dengan lari.

Satu ja lah nak pesan. Kalau diet tu nak kurus but sampai bila en nak diet. Kita mesti teringin jugak nak makan.

Foto: Twitter Syauqina Akmar

But once kita makan balik. Of course berat kita naik balik en. So kita kena exercise lah so after this nak makan apa pon boleh.

IKLAN

Aku ni dari sekolah tak pernah berlari2 disebabkan nak kurus aku boleh lari 10km. Selama 22 tahun hidup ni 1st pingat sukan aku dapat.

So banyak en benefit boleh kurus. Selain dari body yang cantik peweeiit. Anda jugak dapat active bersukan.

Foto: Twitter Syauqina Akmar

Goodluck pada siapa yang nak turunkan berat badan tu. Yang penting semangat kena kuat.

Semoga menjadi panduan untuk anda di luar sana yang masih di dalam proses menguruskan badan.

Sumber: Twitter Syauqina Akmar

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI