10 barangan ini paling dekat dengan hijabis, malahan menjadi barangan peribadi yang wajib ada. Namun hijabis harus lebih berhati-hati dengan 10 barang ini ada kesan negatif yang mungkin kita tidak sedar.

1. Sabun mandi jenis buku/ bar

Dalam satu kajian 2008 University of Florida pemain bola sepak, mereka yang berkongsi sabun lebih cenderung mempunyai jangkitan berulang Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), pelindungan antibiotik untuk jangkitan Staph. Ia mungkin kerana sabun jenis ini biasanya tidak kering sepanjang penggunaan, terutamanya pada bahagian bawah, yang membawa kepada pengumpulan bakteria, kulat dan yis yang boleh dipindahkan dari seorang ke seorang.

2. Deodoran

Deodaran dicipta untuk mencegah bau badan yang berpunca daripada bakteria. Ini bermakna ia mengandungi ciri-ciri antimikrob. Deodoran anda hanya berfungsi untuk memperlahankan penghasilan peluh dan bukannya membunuh bakteria, jadi bakteria tersebut masih berkemungkinan akan melekat pada roll atau stick deodoran. Pertama, berkongsi deodoran boleh memindahkan bakteria kepada orang lain dan kalaupun anda terlepas daripada perkara tersebut, sisa bulu bawah lengan dan sel kulit anda masih melekat di situ. Bukankah sangat menggelikan?

3. Topi, helmet, sikat rambut

Selain berisiko untuk mendapat jangkitan kutu, kuman yang terlekat pada rambut ketika anda baring di bantal atau kusyen juga boleh berpindah.

4. Pisau cukur

Kes kajian terdahulu menunjukkan pisau cukur berpotensi untuk memindahkan jangkitan hepatitis B, C, malah HIV, dan tentunya juga jangkitan bakteria dan kulat.

5. Tuala

Berkongsi tuala kotor boleh menyebarkan jangkitan penyakit mata (pink eye) kepada gonorea terutama tuala yang basah atau lembap.

6. Berus gigi

Tahukah anda, ketika anda memberus gigi, tahap bakteria dalam darah anda akan meningkat untuk sementara waktu. Tambahan pula, ia boleh menyebarkan jangkitan darah yang terlekat pada berus gigi termasuklah jangkitan HIV.

7. Pengetip kuku

Jangkitan kulat kuku, bakteria, yis ,virus dan Hepatitis C juga boleh berpunca daripda perkongsian alatan ini.

8. Gincu bibir

Kalau tak nak bibir anda dijangkiti penyakit seperti virus herpes simplex yang menyebabkan kulit bibir kering dan berpecah-pecah serta selsema, elakkan dari berkongsi gincu bibir. Boleh kata ramai juga wanita yang tak kisah berkongsi lipstik dengan sahabat karib sedangkan banyak bakteria yang terkumpul pada bibir.

9. Berus solekan

Bayangkan bakteria yang terkumpul di dalam berus solekan, tak akan anda mahu kongsi? Senang kata, kalau sahabat anda mempunyai masalah kulit berjerawat, kebarangkalian anda akan mempunyai masalah yang sama juga tinggi.

10. Earphone

Penggunaan earphone terlampau lama juga boleh mengumpul dan menyimpan bakteria di situ. Jadi hati-hati dan fikir semula untuk meminjam earphone orang lain jika tidak mahu terkena jangkitan pada telinga. Menggunakan headphone terlalu lama mungkin akan menyebabkan blackhead dalam telinga.

Blackhead boleh terhasil kesan daripada penghasilan minyak daripada kelenjar sebaceous yang juga ada dalam telinga.

Headphone yang kotor dan tidak bersih boleh menjadi punca kepada penghasilan blackhead ini.

Tinggalkan Komen