Selain penampilan menarik, senyuman manis di bibir juga adalah satu tarikan buat hijabi. Lebih-lebih lagi bagi yang berbibir tebal dan terasa sedikit seksi walaupun dicalit dengan sedikit gincu bibir. Tetapi bagaimana dengan yang berbibir nipis? Bagaimana untuk mencapai kecantikan maksimum dengan calitan yang lebih sempurna.

Maka, bagi anda yang berbibir nipis terutamanya dan mahu sedaya-upaya untuk menggapai ilusi visual bibir penuh dan lebih tebal, ia bukanlah sesuatu yang sukar lagi. Teknik pro solekan ini bakal menyempurnakan permasalahan si bibir nipis.

Si bibir nipis…apa tunggu lagi? Ayuh, cuba teknik ini.

Langkah 1

Ratakan bibir dengan pelembap bagi memudahkan anda mengukir bibir.

Langkah 2

Lukiskan bahagian luaran garisan bibir untuk impak nan lebih memukau.

Langkah 3

Warnakan bahagian dalam dengan rona cerah bagi memberikan bibir anda kelihatan lebih dempak.

IKLAN

Langkah 4

Ratakan warna bibir dengan satu rona pilihan idaman hati dan lengkapkan bibir barangkali dengan sedikit pelembap bibir.

Secara kasarnya ia hanyalah satu lakaran pada bibir iaitu di bahagian atas garis bibir. Namun, awas! Jika tersalah aplikasi, pastinya bibir anda bakal terlihat  sedikit ‘off’ dan pelik.

EKSTRA INFO:

Tip memilih rona gincu berdasarkan tona kulit:

IKLAN

Sebelum membeli sebentuk gincu, lihat warna kulit anda. Wanita berkulit gelap lebih ideal menggayakan kroma dramatik, terang dan gelap. Manakala. Berlainan pula bagi mereka yang mempunyai bayangan kulit kekuningan, warna-warna panas adalah lebih secocok.

Warna plum, wain dan merah tua pula amat ‘dekat’ bagi mereka yang berkulit gelap, sementara warna-warna perang lembut, kuning air dengan bayangan warna merah jambu dan oren sesuai dengan mereka yang mempunyai ton kulit cerah. Kulit sawo matang dilihat afdal bersama dengan warna-warna merah perang, perang muda dan julat warna keunguan.

Jika nakkan kelainan, cuba gincu pelbagai warna dan jenis dari NITA Cosmetics. Pasti bibir kelihatan lebih menyerlah. Klik sini untuk dapatkan gincu bibir idaman anda.

Wajib tahu!

IKLAN

Pertimbangkan gaya hidup yang diamalkan dan situasi di mana warna itu disarungkan ke tubuh. Adakah ia untuk ke ofis? Jika demikian, warna burgundi ungu gelap mungkin kelihatan sedikit menakutkan dan tidak sesuai sama sekali. Seperti juga jika anda memakai warna neutral yang dilihat cantik pada sebelah siangnya, namun ia tidak mungkin akan memberikan efek dramatik yang sama untuk sebelah malamnya.

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI