Umum sedia maklum berhubung musibah yang melanda negara Syria, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada 6 Februari 2023 (Isnin).
Meski menerima berita menyayat hati ekoran ramai mangsa dilaporkan terkorban, namun masih ada berita gembira dilaporkan media tempatan, apabila seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui masih hidup di sisi ibunya yang sudah tidak bernyawa, di bawah timbunan bongkah batu.
Sekumpulan Keluarga Ditemui Masih Bernyawa Berjaya Diselamatkan Pihak Berkuasa!
Hari ini satu lagi keajaiban berlaku, apabila sebuah keluarga akhirnya telah berjaya diselamatkan setelah hampir 40 jam terperangkap dalam timbunan bangunan sejak gempa bumi itu berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh media antarabangsa, Al-Jazeera dalam satu muatnaik video di laman Youtube rasmi milik mereka beberapa jam lepas.
Dalam hantaran video pendek berdurasi 58 saat itu, dapat dilihat pihak berkuasa sedang bertungkus lumus melakukan misi mengeluarkan setiap ahli keluarga yang terselamat dari musibah berkenaan, dari bawah timbunan bongkah batu.
Sepanjang misi menyelamat dilakukan kedengaran orang ramai yang tidak henti-henti melaungkan kalimat ‘Allahuakhbar’.
Malah, sebaik sahaja mangsa pertama berjaya dikeluarkan iaitu seorang kanak-kanak perempuan, gema laungan berkenaan semakin gamat.
Jelas, terpapar riak wajah gembira dan bersyukur, apabila mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Mangsa kedua merupakan kanak-kanak lelaki, serta mangsa seterusnya adalah kanak-kanak perempuan yang dipercayai mempunyai pertalian adik-beradik.
IKLAN
Kemudian, Seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu merupakan mangsa terakhir yang berjaya dikeluarkan dengan bantuan alat pengusung (Stretcher) kerana mengalami kecederaan yang masih belum dapat dikenalpasti.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya seluruh dunia membanjiri hantaran berkenaan dengan doa dan rasa syukur apabila mangsa-mangsa yang masih bernyawa dapat dikeluarkan dari kawasan gempa.
Selain itu, tidak kurang juga umat Islam yang membuat hantaran khas dilaman Instagram masing-masing mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara se-Islam yang ditimpa musibah di sana.
Sekadar info, pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria hari ini meneruskan lagi misi menyelamat mangsa dalam keadaan cuaca sejuk, gegaran susulan dan bangunan runtuh demi mengeluarkan mangsa tertimbus yang terselamat akibat gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 5,000 nyawa sejak ia berlaku.
Bayi yang masih bertali pusat dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun merupakan antara mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Untuk sentiasa cantik kita kena mengikut rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Namun lambakan pelembap atau moisturizer di pasaran menyebabkan kita keliru pilihan mana terbaik.
Perkongsian gadis ini di laman sosial facebook Izu Akma menyenaraikan pilihan pelembap muka yang jadi kegemaran ramai dengan harga dijual bawah RM60. Produk ini dijual di farmasi atau drugstore di Malaysia untuk tahun lalu.
Dia turut memberitahu rutin pemakaiannya setiap hari pada siang dan malam dan sangat penting sebagai pelembap muka terbaik.
Rutin harian pemakaiannya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih baik, lembap dan cerah. Bukan itu saja, juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan juga rekahan kulit.
PELEMBAP MUKA TERKENAL KEGEMARAN RAMAI DI BAWAH HARGA RM60 DARI DRUGSTORE MALAYSIA UNTUK 2018.
Siapa kat sini masih fening lalat nak pilih pelembap a.k.a moisturizer yang sesuai? Tahun 2019 cecepat pilih pelembap muka yang sesuai taw.
Pelembap muka selalunya bertekstur krim lembut yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Rutin pakai pelembap ni terdapat dalam BASIC skincare setiap hari kitew siang dan malam kena ada. Disebabkan cuaca kat Malaysia tak menentu kejap panasss kejap hujan. So…apa pon terjadi amat penting untuk pakai pelembap muka.
Pasti kitew pilih pelembap yang sesuai dengan ” skin type ” dan ” skin concern ” memasing taw. Ni kakak manis sharing dengan ualss jenis pelembap terbaik sepanjang tahun 2018 yang terdapat kat drugestore Malaysia. Insha Allah harga pon superb mampu milik kan. Mana tahu terkenan dengan skin ualss .
1. Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil
Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Harga : RM 8.83
2. Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit berminyak. Harga : 59.75
3. Pelembap terbaik dengan SPF 24
Krim pelembap muka ini mempunyai sistem nutrisi yang berkesan tiga kali ganda kebaikan untuk kulit. Dengan gabungan vitamin B3, pro B5 dan vitamin E, ia melembapkan kulit wajah, menghilangkan bintik hitam, dan turut mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV yang merbahaya. Kulit kelihatan sempurna cerah dan dilindungi dengan pemakaian pelembap muka ini. Harga : RM 25
4. Moisturizer bahan dasar air (water based) untuk kulit berminyak
Pelembap yang menggunakan bahan dasar air ini baik untuk kulit kerana ia memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memberikan rasa kelegaan pada kulit yang kering. Selain itu, ia turut membantu dalam mengatasi masalah kulit yang berjerawat kerana ia tidak menjadikan muka anda berminyak apabila memakainya. Teksturnya yang ringan dan lembut pastinya memberikan keselesaan pada wajah. Harga : RM 38.80
5. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol.
Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik ( HA) yang mampu menembusi lapisan kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan kelembapan dan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin.
Krim pelembap muka ini bebas dari bahan wangian (no fragrance) , minyak mineral (mineral oil) dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini. Harga : RM 47.20
6. Moisturizer terbaik untuk memutihkan wajah dan kulit kusam serta dark spot.
Pelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu menyuburkan wajah dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan wajah akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya. Kulit akan terasa lebih lembut dan gebu kerana ekstraknya yang diperkaya dengan bunga sakura. Harga : RM 26.60
7. Pelembap dengan SPF terbaik
Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA / UVB yang membahayakan kulit dengan SPF 15. Formula yang tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.
Secara beransur, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda. Ini pelembap terbaik yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih remaja dan bebas dari tanda-tanda penuaan.
Harga : RM 48.29
8. Pelembap terbaik untuk kulit jerawat (acne prone)
Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim pelembap yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.
Harga : RM15.50
9. Moisturizer water-based terbaik untuk remaja
Jenama Safi Balqis terkenal di kalangan pengguna wanita Malaysia yang inginkan penjagaan kulit wajah sempurna dengan harganya mampu milik. Tekstur gel krim Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah water-based, sesuai untuk remaja aktif yang memiliki kulit berminyak.
Dengan kandungan asid Hyaluronik (HA), Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi, krim pelembap ini berkesan untuk mencerahkan kulit kusam serta kulit akan kekal segar sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi sekata. Harga : RM 17.80
10. Moisturizer organik yang terbaik untuk kulit kering
Krim pelembap Vitamin E adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, ia juga menyegarkan kulit kering serta melindunginya daripada matahari. Dengan tekstur krim yang tidak berminyak dan cepat diserap, ia sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit dapat dipertingkatkan. Harga : RM 15.47
11. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah yang sering berminyak. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit akan tampil lembut dan bersinar sepanjang hari. Harga : RM 27.80
KREDIT FOTO: SUMBER GOOGLE (Untuk top image – sekadar hiasan)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biasanya kerjaya pilot atau juruterbang dimonopoli oleh kaum lelaki. Tetapi tidak mustahil wanita juga mampu untuk mengemudi dan menjadi ‘nakhoda’ sebuah kapal terbang. Begitu juga yang dialami oleh pilot wanita ini Khaysha Mohd Faizal yang dikatakan sangat trending di seluruh dunia. Bukan sahaja bijak, tetapi juga memiliki seraut wajah yang sangat cantik hingga menjadi viral dan sebutan ramai.
Khaysha Faizal yang mempunyaai follower 200K di laman instagram dilihat seperti seorang model. Dengan ketinggian yang memang diimpiikan oleh setiap gadis yang mahu terjun ke dunia modeling.
Malah dia juga boleh digelar seperti instafamous kerana setiap kali foto dimuat turun lagaknya bak model popular. Apa yang menarik perhatian adalah foto dimuat turut di laman sosial Instagram yang mempunyai follower 224K dengan cantik berhijab.
Inilah yang dikatakan beauty with brain. bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan paling penting bertugas dalam kerjaya yang memerlukan seseorang itu kuat dari ketahanan mental dan fizikal.
Maklum sahaja bukan calang-calang kenderaan dibawa, tetapi kapal terbang besar dengan membawa penumpang ke destinasi dituju. Dalam satu temubual bersama Harian Metro, gadis manis berusia 24 tahun ini bangga menjadi sebahagian warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan mengakui bukan mudah untuk mencapai impian bergelar Kapten, namun latihan berterusan yang diterapkan MAB mampu menjadikan mereka juruterbang kelas dunia kelak.
Menurutnya yang berasal dari Muar, Johor sejak usianya 15 tahun memang dia memasang niat untuk jadi pilot. Dan akhirnya impian terlaksana dengan menimba pengalaman terlebih dahulu dengan Malindo Air sebelum bekerja dengan MAB.
Bercerita tentang cabarannya, Kaysha berkata oleh kerana perempuan tidak ramai, jadi ketika training mereka akan fikir perempuan pandai. Namun segala cabaran dapat diharungi sebaik mungkin dan dia sangat mencintai kerjaya yang disandangnya kini.
Semoga kejayaan Khaysha ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana untuk mencapai apa yang diimpikan. Tidak ada yang mustahil kerana jika kita berusaha pasti akan dapat yang dihajati.
Berhijab tidak menghalang seorang wanita untuk berjaya dalam apa jua lapangan kehidupan. Pilihan yang dilakukan asal membawa kebaikan kepada diri seharusnya diraikan dengan positif.
Merupakan gadis muslim berhijab kedua yang menyertai pertandingan ratu cantik berprestij ini, Hawra menganggap peluang untuk menjadi salah seorang peserta sebagai peluang untuk membuktikan yang hijab tidak menghalang dan apa sahaja pilihan tatacara pemakaian seseorang harus diraikan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Terbaru dalam satu hantaran di Instagram, gadis yang mewakili negeri Victoria ini berkata sejak menyertai pertandingan ini pelbagai reaksi yang dia terima, baik yang menyokong dan yang menentang penyertaannya dalam pertandingan ini. Dia mahu mendidik mereka yang merasakan bahawa hijab yang dipakainya sebagai wanita Muslim tidak seharusnya ‘melayakkan’ dirinya dari mewakili negara kanggaru itu di pentas dunia.
Katanya, “Dengan bikini atau burkini, seseorang harus memiliki kebebasan untuk berpakaian dengan apa saja pakaian yang mereka inginkan tanpa menjadi alasan yang menyekat berpotensi menjadi pemimpin untuk menunjukkan impak baik atau mencetuskan perubahan.
“Ya ibu bapa saya berhijrah dari Iraq, Ya saya dilahirkan di sebuah kem pelarian di padang pasir Saudia Arabia. Namun Australia adalah negara yang memberi keluarga saya rumah yang selamat dan tanpa menghiraukan perjuangan perkauman dan diskriminasi yang masih saya hadapi.
“Saya dengan bangga dan bersyukur sebagai seorang hijabi Australia yang mewakili Victoria, Australia yang telah melangkaui stereotaip dan memberi saya peluang ini. Tidak kira apa jua hasilnya, saya akan terus teguh dengan pendirian saya dan semoga ia menjadi inspirasi untuk anda juga berbuat demikian.”
Sumber & Gambar: Instagram Hawra Khalil
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.