Senaman yoga bukan sahaja bagus untuk minda, malah ia juga mampu mengurangkan masalah kesihatan yang lain. Menurut Feexa Nicoll, jurulatih yoga dan Ketua Eksekutif Richness & Wellness Group, masyarakat di barat sebenarnya sudah mengamalkan yoga atau meditasi sejak dahulu lagi.

“Yoga sangat baik untuk kesihatan minda kerana ia bukan sahaja dapat mengembalikan ketenangan minda dan jiwa, malah ia juga membantu kita untuk bernafas dengan baik. Apabila kita mampu bernafas dengan baik, maka kita dapat mengawal emosi kita dengan lebih teratur.”

Meditasi cara Islam yang menenangkan.

Sumber gambar: British Council

Tambah beliau, meditasi bukanlah sebuah amalan yang songsang, bahkan ia dapat dilakukan dengan mengikut cara Islam.

“Sepatutnya, kita sebagai Muslim, harus sentiasa melakukan meditasi kerana kita sudah ada asasnya. Asas yang saya maksudkan adalah seperti zikir, doa, selawat dan sebagainya.

IKLAN

Tambah beliau, meditasi adalah aktiviti yang menenangkan minda, jiwa dan tubuh.

Bagaimana untuk melakukan pernafasan yang betul?

Pernafasan melambangkan kawalan tubuh badan mengikut situasi. Jelas Feexa, per- nafasan kita akan berubah apabila emosi kita tidak dapat dikawal dengan baik, dan ini akan menyebabkan tekanan emosi dan jiwa yang teruk.

IKLAN

“Apabila kita marah, pernafasan kita akan laju. Jika kita takut atau gelisah, per- nafasan kita akan tersekat-sekat. Ini adalah antara contoh yang membuktikan bahawa pernafasan melambangkan emosi kita.

Sekiranya kita sedang marah, cuba tarik dan hembus nafas melalui hidung. Pasti perasaan marah akan hilang kerana badan secara automatik menghantar mesej kepada otak bahawa pernafasan kita sedang dalam keadaan tenang, dan perasaan marah itu akan hilang dengan sendirinya.

IKLAN

Kesimpulannya, pernafasan yang baik dapat meningkatkan kesihatan minda anda dan secara tidak langsung, dapat mengelakkan sebarang tekanan dalam tubuh anda.

Sumber gambar: New Indian Express

Tip jika stres di tempat kerja:

• Duduk dalam keadaan tegak.
• Angkat dua belah tangan ke atas.
• Tarik dan hembus nafas melalui hidung selama 30 saat.
• Jatuhkan kembali tangan anda.

5 kebaikan yoga yang perlu kamu tahu:

• Boleh mengurangkan berat badan • Meringankan migrain.
• Meningkatkan kesihatan jantung • Membantu untuk tidur nyenyak • Meredakan tekanan dan rasa cemas

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI