Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan2 yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Ahzab : 59]
Ads
Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
Ads
Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah auratmu dengan sempurna.. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya keranaMU, untuk diriku juga kerana aku ada anak-anak perempuan yang sedang membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu seperti ku. Jauhkan mereka dari perkara-perkara mungkar.
.
Aku juga pernah lalai dan jahil, kerana itu aku tidak mahu perkara yang sama berlaku pada wanita-wanita lain. Aku berpesan kerana aku sayangkan semua. Berikan kami kekuatan untuk menjadi wanita solehah yang taat padaMU kerana kami takut azabMU yang amat dasyhat..
Rasulullah S.A.W merupakan contoh terbaik yang harus kita ikuti untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Umat Islam disarankan untuk sentiasa membaca tentang sunnah Rasulullah dan mempraktikkan segala amalan beliau dalam segala aspek.
Permulaan hari yang baik serta berkualiti antara perkara penting bagi kita semua untuk mendapat tenaga yang positif dan melancarkan segala aktiviti harian kita. Pun begitu, kita sebagai umat Islam, sering alpa tentang amalan-amalan yang seharusnya dilakukan untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Oleh itu, berikut adalah contoh amalan Rasulullah S.A.W yang boleh kamu ikuti supaya hari kamu menjadi lebih baik dari semalam.
Sucikan wajah dengan mengamalkan amalan mencuci muka dengan air yang sejuk. Ia bukan sahaja dapat menyegarkan kulit wajah namun ia merupakan antara amalan Rasulullah SAW ketika bangun pagi. Ada satu hadith yang berkaitan dengan amalan ini yang bermaksud;
“RASULULLAH BANGUN TIDUR, KEMUDIAN DUDUK SAMBIL MENGUSAP WAJAHNYA DENGAN TANGANNYA.”(RIWAYAT MUSLIM).
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Antara doa yang boleh kamu amalkan ialah:
Sudah menjadi amalan biasa bagi kita semua untuk menggosok gigi. Selain daripada aspek kesihatan ia juga adalah antara sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk kita ikuti. Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“APABILA RASULULLAH S.A.W BANGUN DARIPADA TIDUR, BAGINDA AKAN MEMBERSIHKAN MULUTNYA DENGAN BERSUGI.” (MUTTAFAQ ‘ALAIH)
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“APABILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BANGUN DARIPADA TIDUR, MAKA BASUHLAH TANGAN KAMU TERLEBIH DAHULU TIGA KALI SEBELUM MEMASUKKAN KEDUA-DUA TANGAN KE DALAM BEKAS, KERANA KAMU TIDAK TAHU DI MANA TANGAN KAMU BERADA KETIKA SEDANG TIDUR.” (MUTAFFAQ ‘ALAIH).
Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali.
Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
RASULULLAH S A W BERSABDA YANG BERMAKSUD : “APABILA SEORANG ANTARA KALIAN BANGUN TIDUR, MAKA BERWUDUKLAH DAN KEMUDIAN BERISTINTHARLAH SEBANYAK TIGA KALI KERANA SYAITAN BERMALAM DI BATANG HIDUNGNYA.” (RIWAYAT AL-BUKHARI)
Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari. Setiap kebaikan yang kita lakukan tidak kira sekecil zarah sekalipun pasti akan dikira dan diberikan ganjaran pahala dari-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Jangan lupa amalkan ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pendosa ingin ke Mekah. Bismillahirrahmanirahim. Begitulah kapsyen yang tertulis dilaman Instagram Amar Baharin. Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah adalah satu pengalaman yang cukup indah dan menjadi memori yang bakal dikenang buat selama-lamanya.
Tergambar wajah terharu dan syukur pada air muka Amar Baharin di samping isterinya, Amyra Rosli dan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 196 yang bermaksud: “Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.
Bertuah Aqeef Anaqi. Kecil-kecil sudah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah. Di doakan moga-moga Amar sekeluarga mendapat umrah yang mabrur.
Hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Maka banyak-banyaklah berselawat dan berdoa pada hari Jumaat yang mulia ini.
Doa diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.
Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’”
Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tiada khilaf dalam kalangan orang Islam.
Dalam agama Islam, doa bukanlah sesuatu perkara yang remeh tetapi mempunyai peranannya yang besar. Oleh sebab itu, ia sendiri dianggap sebagai ibadah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada al-Nu‘man bin Basyir bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya: “Doa itu merupakan ibadah.”
Selain itu, kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan bimbingan sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Tambahan lagi, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan. Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam sendiri.
Perbuatan berdoa adalah suatu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Terdapat banyak nas yang sahih daripada al-Quran dan juga al-Sunnah yang menerangkan tentang kepentingan berdoa kepada Allah SWT. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Nu’man bin Basyir R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ
Maksudnya: “Berdoa itu adalah suatu ibadah.”
Kemudian baginda membaca firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: Dan telah berkata Tuhan kamu: “Berdoalah kamu semua kepada-Ku nescaya Aku akan memustajabkan buat kamu.”
Berdasarkan hadis dan ayat di atas, berdoa itu bukan sekadar suatu ibadah, bahkan ia merupakan suatu perintah dari Allah SWT buat sekalian para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya. Bukan sekadar itu, Allah SWT turut memberikan jaminan bahawa Dia akan memustajabkan sebarang permintaan hamba-Nya. Hal ini secara jelas menggambarkan peri pentingnya ibadah doa, sehingga menjadi suatu arahan dan tuntutan kepada seseorang hamba untuk melakukannya.
Ibnu Kathir menyebut bahawa ayat ini menzahirkan kemuliaan dan sifat Maha Pemurah Allah SWT di mana Dia menggalakkan hambanya untuk berdoa dan memberi jaminan untuk mengabulkan doa-doa tersebut.
Maksudnya: “Wahai hamba yang paling di sukai-Nya adalah hamba yang banyak meminta kepada-Nya. Dan hamba yang paling tidak disukai adalah siapa yang tidak meminta kepada-Nya. Tiada siapa seperti Engkau wahai Tuhan.”
Selain itu, Allah SWT sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sebagaimana yang disebut di dalam nas-nas ilahi.
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Ramai daripada kalangan kita tidak mengetahui cara Allah SWT menerima doa para hamba-Nya sehingga mereka menyangka bahawa Allah SWT tidak menerima doa mereka. Di sana terdapat sebuah hadith yang membicarakan berkaitan hal ini sebagaimana riwayat Abu Sa‘id al-Khudri R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim itu berdoa (dengan doa) yang tidak mengandungi dosa dan bukan bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah SWT akan memakbulkannya (doa itu) dengan tiga cara; sama ada Allah SWT akan memakbulkan doanya sesegera mungkin, atau Allah SWT menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, atau Allah SWT akan menjauhkan daripadanya kejelekan.”
Justeru, difahami daripada hadis ini bahawa terdapat EMPAT cara Allah SWT menerima doa para hamba-Nya iaitu:
*Allah SWT akan memberikan kepada hamba-Nya di dunia seperti mana yang diingini oleh hamba tersebut. Adapun bagi cara ini terbahagi kepada dua iaitu sama ada terus dimakbulkan permintaan tersebut atau ditangguhkan kepada tempoh waktu tertentu sebelum dikabulkan.
*Allah SWT akan menyimpan doa tersebut di hari akhirat kelak kerana Allah Maha Mengetahui bahawa hamba tersebut lebih memerlukannya di sana.
*Allah SWT akan menjauhkan hamba tersebut daripada perkara-perkara yang buruk atau musibah yang berlaku kepadanya.
*Allah tidak memperkenankan doa tersebut kerana lebih baik beliau dalam keadaan begitu, berdasarkan ilmu Allah, maka itu lebih baik baginya. Justeru, tidak memperkenankan itu, adalah memperkenankan ke arah yang lebih baik.
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”
Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”
Melihat kepada hadis di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.
Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya:
Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
Di sana terdapat beberapa lagi pendapat yang lain sebagaimana yang dinyatakan Ibn al-Qayyim di dalam karyanya iaitu sebanyak 11 pendapat.
Setelah melihat pendapat di atas, suka bagi kami untuk mendatangkan sedikit perbahasan yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad dalam menentukan waktu yang mustajab ini:
Dalam masalah ini, terdapat dua pendapat yang kuat dan keduanya bersandar pada hadith Nabi SAW.
Pendapat Pertama: Waktu yang dimaksudkan adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesainya solat, berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda apabila beliau ditanya oleh Ibn Umar tentang waktu yang mustajab tersebut:
Maksudnya: “Adakah kamu pernah mendengar ayahmu meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SW berkenaan satu waktu (mustajab) pada hari Jumaat?”. “Ya, aku pernah mendengarnya”. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ia adalah di antara duduknya imam sehingga selesainya solat didirikan.”
Pendapat ini juga mempunyai beberapa lagi hadith yang menyokong pendapat bahawa waktu mustajab tersebut adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesainya solat.
Pendapat Kedua: Waktunya adalah selepas asar. Ini adalah pendapat yang lebih kuat berbanding dua pendapat yang kuat ini. Hujah bagi orang yang berpegang dengan pendapat ini adalah berdasarkan riwayat imam Ahmad, daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar”.
Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar.”
Terdapat beberapa lagi hadith yang menunjukkan bahawa waktu yang mustajab pada hari Jumaat tersebut adalah selepas daripada Asar. Tambahan pula, diriwayatkan Said bin Jubair daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Waktu yang dimaksudkan pada hari Jumaat adalah antara solat asar sehingga terbenam matahari. Adapun Said bin Jubair apabila beliau menunaikan solat asar, beliau tidak akan bercakap dengan sesiapa sehingga terbenamnya matahari. Ini adalah pendapat sebahagian besar salaf dan pada pendapat ini mempunyai hadith yang banyak berbanding pendapat-pendapat yang lain.
Setelah melihat perbahasan dan dalil-dalil yang dikemukan maka kami cenderung untuk memilih pendapat yang kedua iaitu waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas asar sehinggalah terbenamnya matahari.
Ini kerana, dalil-dalil yang dikemukan oleh pihak ini lebih banyak dan kuat. Selain itu juga, amalan para sahabat dan salaf juga menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan waktu ini sepertimana yang dilakukan oleh Said bin Jubair RA.
Akhir kalam, hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim sama ada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.