Yana Samsudin bukan sahaja punya paras rupa yang menawan namun berbakat besar dalam dunia lakonan. Memang sweet sangat apatahlagi bila sudah berhijab. Jom kita cungkil rahsia kecantikan Yana Samsudin.

7 CARA WANITA DAHULU JAGA KECANTIKAN

1. PERIA KATAK RAHSIA AWET MUDA

Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dalaman wanita. Amalkan, anda pasti gembira dengan hasilnya . Nak peria katak goreng crunchy? Tengok post yana yang sebelum ni.

 

2. BAWANG MERAH PUDARKAN JERAGAT

Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang pada bahagian yang bermasalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar.

IKLAN

3. LIDAH BUAYA ATASI JERAWAT

Bagi anda yang berdepan dengan masalah jerawat. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.

4. ASAM JAWA HILANGKAN PARUT

Ramas asam jawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar.

IKLAN

Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam campak.

 

7 CARA WANITA DAHULU JAGA KECANTIKAN .1. Peria Katak Rahsia Awet Muda.Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dalaman wanita. Amalkan, anda pasti gembira dengan hasilnya . Nak peria katak goreng crunchy? Tengok post yana yang sebelum ni… .2. Bawang Merah Pudarkan Jeragat.Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang pada bahagian yang bermasalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar..3. Lidah Buaya Atasi Jerawat.Bagi anda yang berdepan dengan masalah jerawat. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut..4. Asam Jawa Hilangkan Parut.Ramas asam jawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar. Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam campak..5. Air Limau Nipis Kuruskan Badan:Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Minum jus limau nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat akan turun secara perlahan-lahan..6. Kapur Sirih Kempiskan Perut.Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur..7. Bayam Haluskan Kulit.Segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Campurkan dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan hingga rata. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut..Last sekali takda dalam senarai tapi ni wajib buat! Hati kena bersih untuk kekal cantik dalam dan luaran! Jaga solat ya 😘Ada petua yang lain lagi tak? .#YanaBeautyhack#tipscantikyanasamsudin

Posted by Yana Samsudin on Thursday, 8 August 2019

 

5. AIR LIMAU NIPIS KURUSKAN BADAN

IKLAN

Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Minum jus limau nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat akan turun secara perlahan-lahan.

6. KAPUR SIRIH KEMPISKAN PERUT
Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur.

7. BAYAM HALUSKAN KULIT
Segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Campurkan dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan hingga rata. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut.

Last sekali takda dalam senarai tapi ni wajib buat! Hati kena bersih untuk kekal cantik dalam dan luaran! Jaga solat ya.

Hijabista: Yang penting kena konsisten sis bukan kejap buat kejap tak ya sis!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI