Demam kempen Piala Dunia Russia bukan sahaja dirasai oleh kaum lelaki, tetapi juga wanita. Biarpun berbilang bangsa, agama dan kaum namun Piala Dunia yang datang hanya empat tahun sekali ini memang sangat dekat di hati pelbagai lapisan masyarakat. Viral di media sosial baru-baru ini foto seorang gadis Melayu yang kini berada di Russia untuk menyaksikan Piala Dunia. Lebih membanggakan dia turut mengibarkan Jalur Gemilang di stadium.
Oleh kerana kecomelan wajah gadis ini menyebabkan beberapa keping foto dia di sana yang dimuatkan dalam akaun facebook menjadi viral.
Ramai mengandaikan bahawa gadis manis ini memang melanjutkan pelajaran di Russia. Walau siapa pun dia, pastinya kita terasa bangga melihat kibaran Jalur Gemilang di rantau orang ketika kerancakan Piala Dunia sekarang.
Apatah lagi gadis manis ini juga berhijab dan tiada kekok berada di tengah-tengah bersama penonton lain untuk merasai kerancakan sukan paling berprestij ini.
Ads
Netizen juga turut memberi komen menyokong tindakan gadis ini menyebarkan bendera Malaysia di sana.
Aruna Exora Yg ini br lh terbaik…kibarkn bendera malaysia dan mafla team yg dia sokong…yg sblm nie entah ape2 lh kibarkan bendera parti politik..mngarut politik di cmpur aduk ngan sukan…taksub sgt ngan politik..bahlol…hahaha
Tidak kurang juga yang mengusik supaya gadis ini belajar elok-elok dan diingatkan untuk membayar hutang nanti.
Tarmizi Ahmad Mizi Student kot awek ni..belajo elok² ayang yer, balik Msia sok jgn lupa bayo utang masa belajo tu yer.
Betul-betul awek bola
Haffandi Khairi ni baru btl awek bola..bukan mcm awek kt malaysia acah2 sembang bola padahal yg kenal jdt je pun..
Ads
Mahal lesung pipit dia
Faizul Md Said mahal lesung pipit dia…lesung batu pun x mahal cmni
Ada yang nak mintak restu mak
Abu Hurairah Makk…saya rasa saya dah jumpa menantu utk mak..harap mak restu
Ads
Mungkin juga dia gadis ini student Medic di Russia
Selebriti ini antara artis wanita yang terawal berhijrah dengan memakai tudung. Ketika itu, gelombang dunia seni menyaksikan ramai selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sebagaimana tuntutan agama yang mewajibkan seorang wanita itu menutup auratnya.
Bagi Erra Fazira, keputusannya berhijab bukan dipaksa orang lain, tetapi dengan kerelaan hatinya sendiri. Ternyata sejak berhijab pada 2015, rezeki pelakon dan penyanyi tinggi lampai ini semakin murah.
Terbaru dia muncul dalam drama bersiri popular Gerak Khas yang menggabungkan dia bersama pelakon asal drama berkenaan, seperti Abby Abadi dan juga Norman Hakim.
Menurut Erra, hijab itu bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa tetapi kena fahamkan anak perempuannya itu maksud sebenar berhijab dan berdoa untuknya bersedia.
“Saya memang ada tanya Aleesya nak tak pakai tudung. Lepas tu dia kata sekarang ke? Aleesya ada menjawab yes i want but not now, so kita menghormatilah tapi tak apa lama-lama kita bagi dorongan kepada dia.
“Saya bukanlah jenis ibu yang suka memaksa. Namun dalam masa sama perlahan-lahan saya bagi dorongan dan bagi injection kepadanya dalam mendidik perkara yang betul.
“Saya tak nak lah maacam paksa, okey lepas ni you kena pakai tudung tak bolehlah nanti lain jadinya,” ujar Erra. Malah caranya mendidik ini turut dipuji netizen.
Menurut pelakon filem Pasrah ini, dugaan Allah lain-lain dan sebagai hambanya kita kena menerima dengan reda.
“Sebagai hambanya kita kena faham dan mintak petunjuk dari-Nya. Kita tahu dugaan itu macam roller coaster. Jadi kita kena minta doa pada-Nya agar sentiasa kuatkan iman kita. Mohon pada-Nya untuk jadi insan yang lebih baik,” nasihatnya ketika ditemui di majlis pelancaran Koleksi Hijab Eksklusif The Primadona Series Erra Fazira di Puchong baru-baru ini.
Kolobarasi ini adalah yang pertama kali oleh syarikat tudung terkenal, SOFEAROSE hasil idea bersama pelakon yang terkenal dengan jolokan Primadona Malaysia ini. Koleksi istimewa ini menghimpunkan 12 warna dengan rangkaian Long Shawl dan Square Scarf daripada fabrik matte satin yang sinonim dengan citarasa mewah.
Lebih menarik koleksi yang ada merupakan penceritaan seorang Primadona Malaysia berkisar tentang kehidupan, karakter dan juga simbolik yang dikanvaskan melalui hijab eksklusif The Primadona Series.
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak popular sekitar tahun 80 an dan 90 an, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Os. Lawaknya yang bersahaja tetapi cukup mencuit hati. Biarpun bergelar pelawak, namun Allahyarham semasa hayat tidak pernah mengabaikan pelajaran buat anak-anaknya. Kini, segala pengorbanan dicurah berbaloi kerana anaknya Syafiqa Hayra, 26 tahun telah berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Menurut laporan dalam Harian Metro, Syafiqa Hayra memberitahu kejayaan yang dikecapi ini didedikasikan kepada arwah ayahnya kerana banyak menyokong dia Untuk menceburi bidang perubatan.
Namun begitu, Syafiqa Hayra bersedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya. Biarpun begitu dia menganggap kejayaan itu sebagai pemangkin untuk terus maju dalam bidang terbabit.
“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.
“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” katanya yang menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.
Tambah doktor muda ini lagi, penganugerahan yang diterima adalah bayaran kepada pengorbanan kepada kedua-dua orang tuanya.
“Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.
“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).
Sementara itu dalam posting di twitter, Syafiqa Hayra juga turut mengucapkan syukur alhamdulillah kerana secara akhirnya telah graduasi dan secara rasmi bergelar seorang doktor.
Dia juga turut menerima ucapan tahniah dari teman-temannya atas kejayaan yang sangat bererti dalam hidupnya itu.
Hijabista ucapkan tahniah atas kejayaan Dr Syafiqa Hayra dan semoga dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Macam mana nak tahu dia itu jodoh kita? Soal jodoh memang satu topik yang penuh dengan rahsia dan misteri. Kongsi Heliza Helmi, formula tentang jodoh itu dia dapat dari perkongsian Ustaz Salahuddin Harun. Moga ia bermanfaat kepada semua.
Berikut perkongsian Heliza Helmi.
Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.
Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.
Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.
Heliza Helmi ada kongsikan formula yang dia dapat dari seorang ustaz. Nak tahu, kena tengok…Video asal dari Online Majlis Ilmu di YouTube (https://youtu.be/gbRIJycehdc)
Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.
Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.