Gelagat anak-anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti sentiasa mencuri perhatian ramai.
Terbaharu, perkongsian Tok Ti mengenai anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah menghiburkan hati semua apabila dia sudah pandai membuat lirik lagunya sendiri. Wah, boleh jadi penulis liriklah Aafiyah lepas ni!
Ads
Bila aafiyah dah pandai nyanyi & cipta lirik sendiri .. ibu takleh cari makan macam nih! 😬🤣😂 ..
Dengarkanlah cover “kalau rasa gembira” Aafiyah dengan tajuk baru “Sakit ekor , Siapa Nak bagi Air “
Semoga Terhibur!!
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah si cilik ini. Benar-benar mewarisi bakat ibunyalah katakan. Luculah Aafiyah ini!
Ads
Sebagai info, hasil perkahwinan Tok Ti bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Khalid, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aaifyah,3 dan juga Muhammad Afwa yang telah dilahirkan pada bulan April yang lalu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral sekarang ini penggunaan Vanity Mirror atau cermin mempunyai lampu ala Hollywood terutama bagi mereka yang gemar bermekap. Harga pasaran Vanity Mirror ini memang agak mahal bergantung pada design dan saiz. Ramai yang teringin untuk memiliki kerana fungsinya dikatakan dapat membuat solekan di wajah menjadi lebih gorgeous dan menawan. Perkongsian di laman sosial facebook oleh gadis ini yang membuat Vanity Mirror bajet dan jimat hanya dengan menggunakan barangan dari kedai Eco RM2 sahaja. Hanya bermodalkan tidak sampai RM60, Vanity Mirror yang diidamkan siap sepenuhnya dan hasil memang cukup memuaskan hati.
Ayuh kita lihat perkongsian Siti Teha di laman sosial facebook yang mendapat butang share lebih 2 ribu.
VANITY MIRROR GUNA BARANG KEDAI ECO RM2 JE JIMAT!!!
Cantik tak vanity mirror kita? Hehe. Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, so kita buat vanity mirror la.
Jumlah kerugian :
Mentol 8pcs rm16
Tempat letak mentol warna putih 4plastik ada 8pcs rm8
Cermin 4pcs rm8
Plug 1pcs rm2
Wallpaper 3pcs rm6
Gam 1pcs rm2
Frame kayu letak vanity mirror 4pcs rm8
Bekas letak barang makeup 2pcs rm4
Total keseluruhan : RM54 sahaja
Tq kat group deco eco. Sebab duk tengok idea² dorang ni maka terjadinya vanity mirror diy bajet ni. Takpelah diy sendiri pun asal cantik dan puas hati. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekarang tengah viral lagu pendek video animasi ‘Bahenol’ yang melanda media sosial. Watak animasi bertajuk Si Nopal ini yang menceritakan dua beradik iaitu ‘Nopal’ dan ‘Cute Girl’ yang ingin pergi berkhemah dan sangat popular bukan sahaja di Indonesia tetapi juga Malaysia.
Namun ramai tertanya-tanya siapakah empunyai pemilik suara Si Nopal ini. Jika melihat maksud ‘bahenol’ itu dalam bahasa Indonesia bermaksud montok, mengghairahkan. jadi pastinya kita akan terfikir empunya suara seorang yang punya fizikal begitu.
Tetapi rupa-rupanya ia milik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikenali dengan Nadia Rifatummumtaz berasal dari Bagor Indonesia. Nadia dilihat sangat comel dan turut menutup aurat.
Walaupun sekadar mengenakan tudung bawal, tetapi tetap menyerlahkan sisi comel dirinya. Manakala animasi tersebut pula telah dihasilkan oleh abangnya, Naufal Faridurrazak.
Dia juga yang menjadi latar suara untuk watak Cute Girl. Watak animasi ini memang menjadi bahan jenaka kerana menyerupai bentuk seperti punggung, di mana watak kartun hanya mempunya mulut tanpa mata dan hidung.
Malah kerana penangan viral video lagu pendek ini juga menyebabkan follower Si Nopal sudah mencecah 1 juta pengikut di serata dunia terutamanya bagi negara Asia.
Segala urusan ajal maut, rezeki dan jodoh itu sememangnya terletak di tangan Allah. Begitu juga suratan yang berlaku kepada arwah Khairunnisa Jaffri yang meninggal dunia semalam setelah beberapa hari bertarung nyawa. Dia yang dilanggar lari oleh pemandu mabuk dikatakan mengalami kemalangan teruk.
Oleh kerana arwah berasal dari Labuan, jadi teman-temannya di sini yang banyak memberi kata-kata semangat untuknya sebelum itu.
Namun setelah beberapa hari bertarung nyawa Nisa akhirnya dijemput Illahi. Nisa juga merupakan pelajar jurusan Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Kehilangan gadis ini nyata beri kesan cukup besar pada teman-temannya. Malah status mengenai kehilangannya juga mendapat ribuan rewteet dari teman seperjuangan lain.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.