Ketika pandemik Covid 19 melanda seluruh dunia, pemakaian pelitup muka adalah ‘wajib’ sebagai benteng pertahanan daripada serangan virus ini. Namun sejak kita diwajibkan untuk memakai pelitup muka, ramai yang mengeluh apabila mengalami masalah jerawat.

Keadaan jadi lebih teruk bila seseorang itu perlu memakai pelitup muka sepanjang hari. Jerawat yang tumbuh akibat panggunaan pelitup muka yang kerap dipanggil maskne. Terma ini adalah hasil gabungan Mask dengan Acne.

Penyanyi terkenal Wany Hasrita juga pernah mengalami ‘Maskne’ atau jerawat dimuka disebabkan oleh pemakaian pelitup muka. Kongsi Wany, apa yang dilakukannya ialah
dia cuba memilih pelbagai jenis pelitup muka sehingga berjumpa yang sesuai.

“Sebenarnya ia bergantung kepada individu. Mungkin ada yang sesuai memakai pelitup muka jenis fabrik dan ada juga yang hanya sesuai pakai pelitup muka jenis pakai buang. Bagi saya pula, saya tidak boleh pakai pelitup muka jenis fabrik. Mungkin sebab saya bukanlah jenis rajin untuk memasukkan ‘filter’ setiap kali memakai pelitup muka jenis fabrik. Lagi pun bila pakai pelitup muka jenis fabrik, kita perlu rajin membasuhnya pula.”

“Jangan sesekali pakai pelitup muka terlalu lama dan pakai pelitup muka yang sama dari pagi sampai ke malam. Tukar pelitup muka mengikut keadaan dan suasana. Kadang-kadang geseran daripada pelitup muka pada kulit wajah juga akan menyebabkan berlakunya masalah jerawat.

“Saya sendiri pernah mengalami masalah jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka. Jerawat itu tumbuh pada muka saya pada bahagian-bahagian tertentu. Sebab itulah saya selalu bertukar-tukar jenis pelitup muka sehingga berjumpa pelitup muka yang sesuai. Bagi saya yang penting kita kena rajin bereksperimen,” ujar Wany.

IKLAN

Berlainan pula dengan Erra Fazira. Akui primadona jelita ini, walau pun memakai pelitup muka, dia tetap juga gemar bermekap. Memakai pelitup muka bukanlah alasan untuk wanita tidak bersolek.

“Bagi saya pemilihan pelitup muka yang tepat amat penting terutama wanita. Hal ini kerana wanita sememangnya gemar bercantik-cantik dan tentu solekan menjadi agenda yang tidak boleh ditinggalkan.

“Untuk mengekalkan solekan meskipun memakai pelitup muka, pastikan kurang bercakap. Ini bagi mengelakkan solekan (lipstik) melekat pada pelitup muka (sambil ketawa).”

IKLAN

Wany Hasrita dan Erra Fazira ditemui ketika pelancaran pelitup muka Himaya. Wany Hasrita dan Erra Fazira juga telah dilantik sebagai duta terbaru Himaya bersesuaian dengan penampilan kedua-dua selebriti ini yang berhijab. Terdapat dua warna menarik pelitup muka iaitu Aprikot Dream oleh Wany Hasrita dan Blue Lagoon oleh Erra Fazira.

KENAPA DAN BAGAIMANA MASKNE BERLAKU?
Ringkasnya, pelitup muka yang dipakai bergesel dengan kulit kita dan menyebabkan luka halus atau “micro tears” pada kulit. Jadi bakteria yang ada pada pelitup muka dan pada permukaan kulit akan tertolak masuk ke dalam luka-luka halus tersebut dan mencetuskan breakout.

BAGAIMANA HENDAK ELAK MASKNE?

IKLAN

Memakai pelitup muka memang sudah termasuk dalam norma baru. Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan maskne.

1. Tukar pelitup muka
Kalau rasa macam pelitup itu sudah kotor dengan air liur sebab kerap bercakap, batuk dan bersin, tukarlah pelitup muka yang lain pula.

2. Cuci muka
Pastikan cuci muka guna pencuci muka yang bersesuaian selepas menanggalkan pelitup muka. Untuk kulit berminyak yang cenderung naik jerawat, pakai pencuci muka yang ada Salicylic Acid. Sekali sekala buatlah double cleanse guna Cleansing Oil atau Micellar Water.

3. Elakkan produk skincare yang tebal/mekap tebal
Apabila kita pakai krim tebal atau mekap tebal, kulit kita yang sedia berminyak (peluh dari haba pakai mask) akan jadi lebih berminyak dan menyebabkan kotoran dan bakteria lagi mudah terkumpul pada kulit.

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI