Setiap individu memiliki tona dan warna kulit yang berbeza, maka penggunaan bedak asas boleh dianggap sebagai penyelamat bagi menutup cela pada wajah.

Sangat penting untuk mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehkan sapuan tepat dilakukan pada wajah selain mengelakkan penampilan kelihatan janggal, terlalu gelap atau terlalu cerah.

Berikut perkongsian Azreena Azmi

Kali ni nak share foundation yg agak pemes @ best seller kat Drug Stores. Semua yang ena share harga dia normal price kat Watsons. Sebab harga lain-lain ikut kedai.

Apa-apa pun foundation ni ikut kulit jugak. Kalau nak tahan lagi lama benda yang penting adalah makeup base, nnti ena share pasal makeup base pulak nohhh.

Cara nak apply pun penting. Guna beauty blender untuk best result. Guna cara dab dab dan dab! Sbb pondesen lagi senang lekat dan tahan lama.

Kalau kulit berminyak pakai la loose powder atau oil control powder.

INI SENARAI FOUNDATION YANG SESUAI UNTUK ANDA JADIKAN PILIHAN:

BOURJOIS HEALTHY MIX FOUNDATION

Hat ni mmg ramai cari kat Watsons. Sbb dia juai kat watsons ja. brand ni dari Paris. So kaler semua cerah2, mintak maap la kepada yg kulit tanned ni, nnti hampa pakai jadi kelabu sbb mostly dia base warna pink

Texture yg tak brp ringan dan tak berat. Haha. Dia tengah2. Sesuai untuk mereka yg fokus kepada moisture, ataupun tak mau nampak kering. Nak nampak dewy or glossy ala2 korean look.

Sesuai untuk oily skin tak? Ermmm boleh ja nak pakai tapi hampa kena pakai oil control powder untuk elakkan dari berminyak yg over. Iols suka yg ni walaupun kulit berminyak, sbb kulit iols combination, which is kering inside oily outside. Hahaha. Tapi susah sikit la nak tahan lama paling kurang sampai 6 jam ja.

Sesuai untuk normal to dry skin dan sensitive skin.
Coverage : medium to full (masih boleh cover redness, jerawat kecil, parut yg tak hitam, hati yg hitam kena pi bertaubat)

Harga : RM59.90

BOURJOIS HEALTHY MIX SERUM

Yg ni fungsi dia sama mcm healthy mix tapi texture dia lebih ringan. Sesuai untuk mereka yg tak suka mekap tebai. Nak lite2 gituu. So untuk kulit berjerawat tu mintak maap sbb yg ni dia tak boleh cover pimples or parut 100%, boleh takat 50% ja. Selebihnya kena pakai concealer.

Untuk effect nampak healthy and radiance.

Sesuai untuk kulit normal to dry dan sensitive skin
Coverage : medium

Harga : RM61.35 (mahai sikit sbb dia ada serum dari buah-buahan)

MAYBELLINE FIT ME!

Yg ni femes lama dah kat luaq negara, cuma baru masuk pasaran Malaysia last year. Ramai jugak org beli sbb senang nak cari kaler yg sesuai. Ha la sampai 12 kaler kot amek hangggg, tak jumpa kaler lagi tak tau la nak habaq.

Sangat sesuai untuk mereka yg tak suka mekap nampak shining or glossy, sbb pondesen ni bg effect matte (kering).
Dapat ‘blur’kan pores anda dan sangat sesuai untuk kulit yg berminyak! Tapi kulit iols tak boleh accept sbb kulit iols combination which is oily outside dry inside. So bila pakai kulit jadi lagi kering. Iols kena pakai yg ada sikit moisture.

Sesuai untuk normal to oily skin
Coverage : medium to full

Harga : RM49.90

IKLAN

MAYBELLINE DREAM SATIN SKIN

Bila pakak pondesen ni terus muka nampak satin effect! Yaaa pores semua tak nampak dah sbb texture dia yg senang blend masuk dalam kulit tanpa membuatkan pores anda tersumbat! . Hahaha. Tapi ada yg kata pondesen ni tak sesuai untuk oily skin sesuai untuk dry skin, sbb sangat sesuai pakai dlm winter. Tapi malaysia ni panaih lit2. Mcm mana tu? Hahahahaha

Sesuai untuk normal to dry skin
Coverage : medium to buildable (apply banyak layer untuk cover any imperfections)

Harga : RM54.90

LOREAL INFALLIBLE STAY FRESH

Yg ni fav iols! Sometimes iols suka pakai pondesen ni kat customer mekap, and the results is amazing. Depa ckp mekap tahan sampai malam! Senang gila nak blend. Tak payah boh minyak apa2 dah. Sbb dia tak kering. Boleh cover semua jenis jerawat atau parut.

Yg ni mmg iols rekemen kat hampa. 24hours tau.

Sesuai untuk all skin type
Coverage : full coverage

Harga : RM99.90

LOREAL TRUE MATCH

Hat ni nama dia true match sbb dia ada banyak pilihan warna sama mcm maybelline fit me. Cuma yg ni dia tebai sikit dan dia moisture. Tak keringkan kulit walaupun pakai selama 16 jam. Mmg iols suggest yg ni untuk customer yg fokus untuk kulit tak kering. Hat ni pun tahan 24 jam katanya . So mekap hari ni teruih lena sampai esok pagi nah.

Sesuai untuk all skin type
Coverage : medium to full

Harga : RM58.90

IKLAN

REVLON COLORSTAY

Yg ni iols suggest untuk depa yg kulit berminyak dan berjerawat serta banyak parut2 atau kawasan2 gelap yg harus dilindungi daripada penglihatan manusia sekeliling.
Dulu packaging dia tak dak pump, lani ada pump, so boleh la habiskan pondesen tanpa pembaziran. Tanpa perlu tuang2 atas tangan. Hat ni pun tahan 24 jam.

Sesuai untuk combination/oily skin. Normal to oily skin
Coverage : Full coverage

Harga : RM75.90

REVLON PHOTOREADY AIRBRUSH EFFECT

Sapa suka glitters2 atau shining2 boleh la pakai pondesen ni. Sbb dlm pondesen ada gitters yg sgt halus. Texture yg sangat ringan mcm nars weightless pondesen. Nak pakai pi dinner pon sgt sesuai. Nampak flawless gituuu.

Sesuai untuk all skin type
Coverage : medium to full

Harga : RM78.90

 

 

REVLON COLORSTAY 2in1 COMPACT MAKEUP & CONCEALER

Awat 2in1? Haa sbb dia ada concealer skali. Nampak dak bulat kecil tu? Haa yg tu la concealer dia. So dah jimat dah tang situ. Tak yah beli concealer. Hahahaha

Pondesen ni sesuai untuk mereka yg suka berpeluh. Sbb dia sweat resistant. Makeup yg tahan lama dan senang nak blend.

Sesuai untuk all skin type terutama oily skin sbb dia matte finish. So tak nampak shining.
Coverage : medium to buildable

Harga : RM79.90

IKLAN

SILKYGIRL SKIN PERFECT

Oil-free (sbb ada tulih kat packaging ) hahahaha. Dia ada anti-oxidants ingredients yg boleh protect kulit drpd free radicals (pencemaran udara yg boleh membuatkan kulit nampak kusam dan tua dgn lebih cepat)
Bagus jugak sbb dia ada skin care dlm pondesen. Merawat kulit dari dlm dan boleh membuatkan kulit nampak sihat.

Sesuai untuk all skin type
Coverage : Medium

Harga : RM26.90

KATE TOKYO SECRET SKIN MAKER ZERO

Yg ni masih baru dipasaran malaysia. Iols dah beli satu sbb dah tertarik pada texture dia yg senang blend dan lepas pakai tak perlu sapu powder. Mmg dia blend into skin. Rasa mcm tak pakai pondesen. Yaa effect dia sama mcm Foundation Fenti cuma fenti banyak pilihan warna.

Sesuai untuk all skin type terutama dry skin
Coverage : full coverage

Harga : RM78.00

KATE TOKYO POWDERLESS LIQUID

Pondesen ni bila pakai dia turn into powder. So tak payah pakai powder dah. Texture yg sgt moisture, ringan walaupun dia full coverage. Mostly produk luar negara mcm japan or korea mmg depa fokuskan untuk org yg kulit kering. So boleh la try yg ni. Tak payah sapu powder dah. Hahaha. Sapa yg tak dak masa nk pakai pondesen pehtu nk pakai powder lagi boleh la pakai hat ni. Hahahahaha

Sesuai untuk all skin type terutama dry skin
Coverage : full coverage

Harga : RM78.40

ESSENCE STAY ALL DAY

Yg ni ramai student beli sbb harga yg berbaloi. Teenagers also wear this one. Membuatkan kulit nampak halus dan lembut sampai malam! Gituuuu. Tahan sampai 16jam. Texture yg sgt ringan.

Sesuai untuk all skin type
Coverage : medium

Harga : RM22.90

ESSENCE SOFT TOUCH MOUSSE

Mousse (muse) nah bukan mouse (maos) yg ni depa kata best sbb dia matte finish. Tak nampak shining. Tahan sampai malam. Sbb mousse texture dia sgt sesuai untuk oily skin. Buat skin nampak flawless dan halus. So iols rasa mcm nak try la nnti. Hehehe

Sesuai untuk normal to oily skin
Coverage : medium to full coverage

Harga : RM22.90

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI