Serum adalah salah satu skin care yang perlu dipakai selepas anda mencuci muka, menyapu toner dan juga pemakaian pelembab. Serum mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk terus meresap masuk hingga ke dalam kulit disebabkan molekul-molekul serum yang kecil. Jadi, serum berfungsi merawat kulit dari dalam. Tidak kisah kalau ada masalah kulit sekalipun, jangan lupa untuk memakai toner.

Di sini Hijabista kongsikan 17 serum yang boleh didapati di drugstores seperti Watsons, Guardian dan Mycare.

1.  Eucerin Dermo Purifyer Concentrate Serum

Harga RM75

Produk buatan Jerman ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang besar-besar dan kulit yang berminyak. Juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Dermatologically tested.

2. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum

Harga RM55

Produk buatan Taiwan ini sesuai untuk muka berminyak dan berjerawat serta kusam. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.

3. Naruko Raw Job’S Tears Pore Minimizing & Brightening Essence

Harga RM55

Lagi satu produk buatan Taiwan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pori yg terbuka, kulit kusam.

4. Pure Beauty Pink Pore Perfection Essence

Harga RM72.90

Produk buatan Korea Selatan ini sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit berminyak dan pori terbuka. Untuk kombinasi jenis kulit pun boleh. Macam dalam kulit kering, tetapi kering ataupun berminyak pada permukaan.

5. Hada Labo Airbutin Whitening Essence

Harga RM80.00

Sesuai untuk mereka yg fokus untuk kulit cerah sekata bak dinding. Sesuai untuk semua jenis kulit.

6. Eucerin White Therapy Concentrated Serum

Harga RM165.00

Sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk siapa-siapa yang mahukan kulit muka cerah berseri dan untuk kurangkan pigmentation (bintik hitam)

IKLAN

7. Bio-Essence Tanaka Bio White Advance Whitening Serum

Harga RM99.90

Sesuai untuk mereka yg mengalami kulit kusam dan mempunyai bintik-bintik hitam.

8. Loreal White Perfect Laser Derm White Essence

Harga RM90.56

Sesuai untuk mereka yang mahukan putihkan kulit muka walaupun tangan lebih gelap daripada kulit muka. Sesuai untuk semua jenis kulit.

9. Clinelle Whiten Up Brightening Serum

Harga RM89.90

Tidak mengeringkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

10. Clinelle Pure Swiss Hydracalm Serum

Harga RM79.90

IKLAN

Produk buatan Perancis ini sesuai untuk kulit normal dan kering.

11. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Essence

Harga RM80.00

Produk buatan Jepun ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan kulit yang lembab macam artis Korea. Basah-basah berkilat begitu. Sesuai untuk semua jenis kulit.

12. Avene Hydrance Optimale Hydrating Serum

Harga RM115.00

Produk buatan Perancis ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan sensitif yang melampau.

13. Bio-Essence Bio-Bounce Bird’S Nest Collagen Essence

RM79.90

IKLAN

Berfungsi untuk merawat dan melindungi kulit dari awal. Sesuai untuk semua jenis kulit. Sesuai untuk umur 25 ke atas. Produk ini ada fungsi anti penuaan juga.

14. Bio-Essence Radiant Youth Essence

  • RM105.90

Teksturnya agak berminyak sebab dia dapat mengelakkan kulit darpada kering. Sesuai untuk sesiapa yang ada masalah jerawat juga. Sebab dia ada Royal Jelly yang sangat berkhasiat untuk memulihkan permukaan kulit.

15. Nutox Renewing Treatment Essence

RM75.90

Sesuai untuk umur 25 ke atas yang ingin tampak kekal muda. Sesuai untuk kulit kusam juga. Untuk tampak lebih berseri. Seperti dutanya pelakon Fazura.

16. Clinelle Caviar Gold Firming Serum

Harga : RM101.70

Sesuai untuk mereka yang berumur 30 ke atas untuk tujuan mengurangkan atau mengelakkan kedutan pada wajah. Ataupun mereka yang mempunyai bintik-bintik hitam akibat melanin dalam kulit.

17. Loreal Revitalift Laser X3

RM98.24

Sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit seperti bintik hitam, garisan halus ataupun kedutan pada wajah. Sesuai untuk wanita yang berumur 30 ke atas. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Mungkin ada sesetengah orang sensitif dengan bahan-bahan tertentu. Jadi, jangan salahkan produk dan jangan salahkan kulit anda juga.

Sumber: Facebook Azreena Azmi

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI