Wajah yang sedang breakout tentunya membuat seseorang itu berasa stres, tertekan dan rendah diri. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan hormon, tersalah pakai produk atau pun alahan.

Mungkin sudah banyak usaha telah dibuat untuk memulihkan wajah yang ditumbuhi jerawat namun tidak berhasil. Apa kata anda cuba langkah-langkah rawatan seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

TIP UNTUK RECOVER WAJAH YANG BREAKOUT

Alhamdulillah muka kak Mighah dah recover balik dari breakout yang teruk gila. Ingat lagi time tu bangun pagi nak cuci muka ehh apa ni muka kasaq, lepas tu tengok cermin, ya Allah pasaipa muka jadi mcm ni .

Yang dahi dia naik biji-biji yang ada air bisa tu.. memang geram rasa nak kikis ja dahi huhu.. kat pipi biji pasir, kena tahan diri dari picit sebab semua tu kuman nanti lagi merebak.


Langkah untuk merawat kulit yang sedang breakout.

1. Okay make up remover ni wajib kita guna, utk remove make up.. even pakai bedak sikit ja pon wajib remove dulu. sbb nk make sure muka kita bersih and remove guna kapas biasa yg kita guna tuu hihi.. Boleh dapat kat watson/guardian. Harga dalam Rm14+ kalau sale lg murah blh dpt. Tahan sebulan gitu. Ini botol ke 4 kakmighah pakai.

IKLAN


2.Lepas remove make up, kakmighah cuti pakai cetaphil ni.. dia ada dua jenis utk kulit normal dan utk kulit allergic. kakmighah guna yg ni ja, mmg best sgtt lepas cuci muka rasa lembut ja. Dia xberbuih taw, High recommended utk kulit breakout. Tapi jangan pkai sekejap jaa tgok muka xberubah trus tgal. its take time taw.. kena pkaii smpai muka okay taw.. lps tu muka akan licin ja fuh fuh. Yg ni lebih kurang Rm40+ kalau xsilap.. yang untuk kulit allergic RM60+


3.Safi gamat ni elok utk jerawat dan dia ada habbatus sauda. Contoh kalau cetaphil habis kita boleh cover yang ini.


4. Haa lepas dah cuci muka segak segak, lap muka bagi kering dengan tuala bersih taw xpon kapas muka tu.. lps tu ampa dap dapp muka dengan toner ni. Jerawat cepat kecut. dia protect muka kita dri jerawat.


5.Okay lepas toner dah kering, kita apply moisturizer ni.. sbb muka kita mmg wajib guna moisturizer sbb nk elakkn muka jd kering.. Alhmdulillah sepanjang pakai Mmg muka lembut ja rasa. Aloevera mmg elokkan.

IKLAN


6. Tidact ni ampa apply bila muka naik jerawat hormon gitu. Yang jerawat period, Jerawat allergic seafood .. pakai sikit ja calit kat jerawat tu shj jgn bnyk bnyk


7. Kita juga wajib detox badan kita, yang makanan bermnyak atau yg xelok utk penghadaman kita kena cuci bg usus bersih.. sbb dri usus kotor la macam macam naik kat muka Make sure yg ada collagen sbb collagen yg akn bg kulit kita gebu gebas putih. Jus slimming detox ni bgus sbb dri buahan juga dan ada vitamin C.


Nota kaki: Kalau muka breakout mesti ada parut bukan. Kalau ada parut, kita kena pakai skrub untuk buang kulit mati, atleast seminggu 2 kali pun sudah memadai. Banyak sekarang skrub yang ada di pasaran so boleh pilih ja taw. Tapi kakmighah selalu buat sendiri.Jimat.

Skrub buatan sendiri ini bukan sahaja lebih selamat tetapi juga tiada kesan sampingan. Bahan-bahan pun semula jadi.

IKLAN

BAHAN-BAHAN UNTUK SKRUB

1. Beras yang direndam semalam, segenggam pun cukup. Beras buat kulit kita lembut
2. Kunyit hidup/serbuk. Kunyit berfungsi matikan kuman dan kecutkn jerawat

CARA-CARA:
Blend kedua-dua bahan ini dan tempek pada wajah. Waktu nak blend, masukkan air beras sikit yang direndam tadi.

Pakai dalam setengah jam atau hingga kering daripada wajah. Kemudian cuci wajah dengan air suam dan usap-usap macam buat skrub. Nanti white head dan black head semua akan hilang. Sel kulit mati pun keluar. Air suam berfungsi untuk membuka pori pada wajah dan mencuci minyak yang tersumbat pada pori. Kemudian bilas wajah dengan air sejuk bagi menutup kembali pori-pori pada kulit wajah.

Kulit yang tiada masalah pun boleh amalkan, takkan kita nak tunggu kulit rosak baru nak start buat/pakai.

Sumber kredit: Amyrah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI