Urusan di dapur akan menjadi lebih mudah dengan bantuan gajet yang mempercepatkan lagi kerja-kerja mengemas, memasak dan sebagainya. Oleh itu perlulah rajin-rajin membelek gajet di dapur yang tentu memudahkan kerja-kerja di rumah.
Paling penting ia menjadikan kediaman nampak lebih tersusun. Lega rasanya apabila pulang dari kerja, kediaman nampak rapi. Ia umpaa satu terapi setelah penat bekerja di luar. Barulah sesuai dikatakan sebagai ‘Rumahku Syurgaku.’
Share barang-barang dalam troli shopee sebab rasa benda ni sangat berbaloi untuk dibeli. Peah memang suka kelebek shopee. Pastu add masuk troli.
Boleh kemaskan lagi rumah dan susun atur yang sangat menarik, memudahkan lagi kerja housewife kot. Boleh dah add dlm troli benda-benda yang hampa rasa berbaloi.
HIJABISTA: Bila urusan di dapur menjadi cepat dan mudah, kita pun ada banyak masa untuk bersama keluarga. Amat membantu sangat terutama buat wanita yang bekerjaya.
Dunia yang semakin canggih dengan peralihan zaman makin buat kita tersasar dan lupa untuk dekat denganNya. Namun dengan teknologi yang serba canggih ini juga buka peluang untuk hijabi seluruh dunia tidak alpa dengan masa.
Lagi tinggi kemajuan dunia digital seharusnya makin meningkat ilmu yang perlu kita ada, perlu ada usaha untuk mendekatkan diri denganNya.
Dunia permodenan seiring dengan gaya hidup islamik untuk hijabi, Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi TheNoor dengan rasminya dilancarkan pada 28 Januari dan rata-rata pengikut selebriti ini teruja memuat turun aplikasi ini sehari sebelum dilancarkan.
Menariknya, aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
Memilih untuk meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd. berkata, aplikasi TheNoor, merupakan aplikasi semua-dalam-satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup muslim di seluruh dunia.
“Kita tidak boleh nafikan tentang kerancakan pembangunan platform-platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelbagai peranti pintar dengan sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.
“Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik IT, pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kaum muslimin ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan cepat.
“Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang untuk menambah bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, setelah hampir lebih enam bulan, kami dengan bangganya melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn. Bhd., Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan servis yang menepati Syariah.
“Kami merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna untuk mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi TheNoor mengikut undang-undang Syariah.
“Selain itu, kami juga bakal melancarkan kad keistimewaan terhad yang membolehkan pengguna untuk membeli produk Takaful menerusi kerjasama dengan rakan kongsi seperti Zurich Takaful dan Etiqa Takaful.
“Sejajar dengan perkembangan jualan atas talian dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami turut akan memperkenalkan dompet digital (e-wallet) yang hadir dengan fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay, yang kini sedang menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia,” katanya.
Hijabista juga sudah meneliti aplikasi ini ringkas dan mudah untuk diakses. Apalagi hijabi muat turun aplikasi ini yang bakal memudahkan anda menjalani aktiviti harian. Paling penting ‘turn on’ laungan azan ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat secara berperingkat mulai Isnin ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM5.63 bilion.
“Sukacita saya memaklumkan bagi fasa pertama BPN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin).
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terbabit terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Zafrul berkata, sejumlah RM3.24 bilion diperuntukkan bagi pembayaran fasa pertama kepada golongan B40 iaitu isi rumah pendapatan di bawah RM4,000 manakala RM1.81 bilion kepada bujang berpendapatan di bawah RM2,000.
Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk golongan M40 isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000 dan RM140 juta kepada bujang (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).
Pembayaran BPN diawalkan dan akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April (Isnin) hingga 12 April bagi penerima B40.
Manakala bagi M40 pembayaran akan dibuat bermula 13 – 15 April 2020.
Jadual pembayaran seperti berikut:
Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammer yang semakin berani mengambil peluang menipu orang ramai dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.
Terdapat empat kategori penerima iaitu:
1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:
Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.
RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.
Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.
Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.
Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.
Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.
SEMAKAN STATUS BPN
Semakan status BPN boleh dibuat di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my
Kemaskini: Portal rasmi BPN kini boleh diakses di https://bpn.hasil.gov.my/
Segala maklumat atau pertanyaan lanjut ada di web BSH.
Pastikan anda tidak mengisi apa-apa borang online bagi mengelakkan sebarang kecurian data.
Untuk panduan menggunakan sistem BPN, anda boleh baca manual di sini.
SIAPA YANG LAYAK?
Berikut dikongsikan kategori penerima yang layak bagi setiap kategori.
Isi rumah B40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Bujang B40
*Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
*Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah
Isi rumah M40
*Kahwin; atau
*Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
*Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini
Bujang M40
*Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
*Had umur 21 tahun ke atas; dan
*Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP
KAEDAH PEMBAYARAN
Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, kaedah pembayaran bergantung kepada kategori penerima.
Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:
Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN
Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
Bayarana akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir
CARA MOHON BPN 2020
Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April menerusi laman web rasmi LHDN.
Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.
Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.
Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Prihatin berjumlah RM250 bilion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Sambutan Syawal yang lalu bukan sahaja disambut oleh seluruh umat Islam. Tetapi juga turut dirai oleh bangsa lain yang begitu teruja menyambutnya mengikut budaya kita.
Bagi LtKdr Ben Dalton dan keluarga, tidak kekok menggayakan baju kebangsaan kita ketika sambutan Syawal yang lalu. Beliau bersama tiga orang anak lelakinya cukup comel menggayakan baju Melayu lengkap dengan songkok, butang baju Melayu dan kain sampin.
Manakala isteri dan dua orang anak perempuannya pula begitu ayu mengenakan kurung moden. Nyata keluarga ini cukup sporting menggayakan baju sedondon berwarna peach.
LtKdr Ben Dalton merupakan Peg Tentera Laut Australia yg berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut di bawah program pertukaran pegawai TLDM-RAN.
Umum memang mengetahui beliau dan keluarga gemar memakai pakaian kebangsaan seperti baju Melayu bukan sahaja ketika Hari Raya, tetapi juga sewaktu menghadiri jemputan perkahwinan rakan-rakan sejawat.
LtKdr Ben Dalton mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak perempuan yang juga mengenakan pakaian kebangsaan yang serona ketika menghadiri majlis-majlis yang dihadirinya.
Sikap beliau memang wajar dipuji sementelah berbangsa asing yang begitu teruja menggayakan baju kebangsaan pada Hari Raya berbanding orang kita yang hanya memakainya tidak sampai satu hari.
Walhal sekarang baju kebangsaan telah banyak dipelbagaikan mengikut keselesaan pemakai sampai hilang keaslian baju kebangsaan itu sendiri.
Admin suka nak berpesan, kalau bangsa lain boleh mengangkat budaya kita, kenapa kita sendiri tidak mengangkat budaya sendiri walau di mana pun kita berada.
Tidak perlu melenting apabila ramai yang memuji bangsa lain mengangkat budaya kita sepatutnya kita harus berbangga dan menggalakkan mereka bukan sahaja baju kebangsaan Melayu malah baju kebangsaan agama lain.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.