
Pengambilan vitamin C memang penting untuk kecantikan kulit. Ramai yang lupa, asas penjagaan kulit bermula daripada pemakanan. Selain itu penjagaan luaran juga penting namun kita harus pastikan produk yang digunakan bebas bahan terlarang untuk mengelakkan mudarat.
Melalui entri wanita ini, dia berkongsi kesan pengambilan Vitamin C dalam kehidupan hariannya.
VITAMIN C : BENDA WAJIB AKU MAKAN SETIAP HARI
Sis cakap wajib tapi untuk sis la wajib sebab sis dah rasa berkesannya Vitamin C ini. Benda kecik molekk jee tapi berkesan tahap hyper..selain petua-petua sis yang sememangnya jadi amalan harian sis turut amalkan pemakanan sihat..sis makan Vitamin C setiap hari 1000MG okay..WAJIB SIS MAKAN..ni sis share kebaikan Vitamin C yang jadi pada sis:
1.Kulit muka makin lama makin elok
2.Pori-pori dulu besar kini semakin mengecil
3.Jerawat makin tiada
4.Parut makin pudar
5.Kulit jadi makin cerah
6.Susah demam
7.Gusi tidak berdarah ketika menggosok gigi
8.Langsung tiada stretch mark di perut ketika mengandung.
9.Kulit anak ccantik bersih.
10.Tiada masalah kulit kering..
11.Kuku jadi berkilat dan tidak mudah patah.
12.Kulit hilang kusam dan rasa anjal..
13.Anak lahir susah hendak ada parut (kena gigit nyamuk, ruam susu)
14.Tiada masalah tumit pecah.
15.Luka cepat baik
Vitamin C yang diambil ialah ialah 1000MG. Di samping itu turut mengamalkan amalan kecantikan untuk memelihara kulit. Apabila kedua-duanya digabungkan tentulah hasilnya memuaskan hati.
Sumber kredit: Ika Mat Bakhir
Tiada Lagi Masalah Bibir Kering & Gelap, Skrub Bibir DIY Guna Kunyit, Lemon, Susu & Air Mawar Solusinya!

Bibir yang merah, mekar dan berseri sememangnya menaikkan seri wajah seseorang wanita berhijab. Apabila bibir sihat, sapuan lipstik pun jadi kemas dan rata. Tidak dapat dinafikan bahawa bibir yang sihat juga menjadikan senyuman nampak sempurna.
Namun bibir hitam, lebam dan kering sehingga adakalanya mengelupas antara masalah yang sering dialami oleh ramai wanita. Tentunya keadaan begini akan mencacatkan penampilan.
Berikut perkongsian SuzyHoney bagi mengtasi bibir yang hitam, gelap dan mengelupas.
Bibir kering dan kadang jadi gelap dan lebam. Akak nak kongsikan satu resepi seperti biasa dengan bahan mudah dapat dirumah. Bagi yang ada masalah bibir gelap dan sensitif boleh guna cara ini secara alami.
ARTIKEL BERKAITAN: Hebat Betul Bahan Alami. Ini Cara Menghilangkan Bibir Gelap Secara Semulajadi, Merah Jambu Serta-merta!
Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.
BAHAN-BAHAN:
• Satu sudu serbuk kunyit
• Satu sudu susu
• ½ sudu jus lemon
• Satu sudu air mawar
*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.
1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Ini Jelaskan Sebab Bibir Jadi Gelap Salah Satunya Tabiat Gigit Bibir
3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.

HIJABISTA: Petua semula jadi jika diamalkan secara konsisten pasti akan memberikan hasil seperti yang diharapkan. Kuncinya mesti rajin amalkan!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: SuzyHoney
Muka Pernah Breakout Teruk, Putih Telur & Kunyit Bantu Kulit Farah ‘Breep Breep’ Kembali Flawless

Lama kita tidak dengar khabar mengenai peserta Akademi Fantasia (AF) 2 yang sangat terkenal dahulu dengan tagline ‘breep breep’ iaitu Farah Diana Anuar. Sedang rancak mengikuti Pencarian Hos Mingguan Wanita, Farah ternyata masih aktif menyanyi walaupun kini sudah bergelar seorang isteri dan ibu.
Apa perkembangan terbaru Farah sekarang?
Alhamdulillah, skrg Farah banyak buat freelance. Farah baru sahaja mengacara rancangan 13 episod untuk RTM tapi masih belum tahu tarikh siarannya. Nanti apabila sudah tahu Farah akan war-warkan di Instagram. Aktiviti lain macam biasa hujung masih memenuhi undangan nyanyian dan juga pengacaraan. So far, yang itu dan juga Farah fulltime membesarkan anak-anak sendirian berhad.
Bagaimana cara Farah menjaga kecantikan?
Sangat susah kerana bidang ini memerlukan kita mengenakan mekap selalu dan perlu kelihatan sentiasa elok. Actually, masa baru-baru masuk AF dahulu, itulah kulit asli Farah. Bila sudah keluar kita udah mula sibuk hampir setiap hari dan kadang-kadang lebih 12 jam sehari muka kita dengan mekap. Itukan sebenarnya tidak bagus untuk kulit kita sebab tak boleh bernafas. Pakar kulit juga cakap barang yang digunakan untuk mekap seperti berus yang digunakan itu ada kuman yang kita tak nampak.
Muka Farah pun pernah sekali jadi teruk. Ianya terjadi selepas Farah buat satu rawatan muka ini. Asalnya hanya jerawat-jerawat kecil, biasalah manusia tak tahan kan tengok dan tak sangka pula apabila buat rawatan itu kesannya jadi teruk dan dahsyat. Tak pernah alami sebegitu dan orang lain juga terkejut. Mereka tanya apa sudah jadi dengan kulit? Sejak itu Farah insaf dan tidak pergi ke mana-mana pusat rawatan kecantikan selepas kes itu.
Farah mula mencari alternatif tradisional selepas itu. Kita Google dan tanya mak kerana mereka percayakan bahan tradisional seperti kunyit, putih telur, air beras dan sebagainya. Tinggal rajin atau tidak sahaja. Apa-apa pun Farah tetap akan rujuk pakar kulit yang bertauliah. Jangan pandai-pandai pergi ke pusat rawatan yang tidak tahu kesan dia bagaimana. Kita haruslah kenal dahulu jenis kulit kita. Mungkin ianya elok untuk orang lain tapi bukan untuk kita.
Sekarang ini Farah amalkan back to basic. Cuba tradisional dahulu. Bila sudah menginjak usia 30an ini, memang kita akan amalkan penjagaan lengkap seperti toner, esen, serum masker dan sebagainya. Minum air memang kena banyak.
Apa beza Farah yang sekarang dan dulu?
Masa itu Farah 19 tahun, semangat itu lain dan luar biasa sikit. Sekarang bukan sudah tiada Cuma kita kena tahu sekarang ini sudah jadi isteri kepada seseorang, ibu kepada anak jadi haruslah pandai membawa diri. Nak kawan pun kita kena memilih. Gila-gila itu masih ada. Bukannya tidak menjadi diri senditi, cuma kita tahu batas-batasnya.
Elak Letak Bahan-bahan Ini Pada Kulit Wajah Kalau Tak Nak Wajah Breakout

Perlu diketahui bahawa bukan semua bahan boleh kita aplikasi pada kulit wajah. Jika tidak sesuai, ia akan menyebabkan berlakunya masalah kulit atau ‘breakout’ yang teruk. Kulit wajah anda lebih mudah terjejas berbanding kulit bahagian lain pada badan anda.
Jadi apa sahaja yang anda letakkan ada kulit wajah, harus sesuai untuk penggunaan kulit wajah. Ini antara bahan yang tidak boleh anda letakkan pada kulit wajah.
1. Serum Rambut
Hati-hati ketika memakai serum rambut. Jangan sampai terkena kulit wajah. Bahan yang terkandung pada serum rambut hanya sesuai untuk merawat rambut yang sama sekali tidak membantu kulit wajah anda. Ia juga mengandungi wangian yang boleh merengsa kulit wajah anda.

2. Losen Badan
Ada di antara kita yang menggunakan losen badan dan kemudiannya menyapukan lebihan losen pada kulit wajah. Jangan sesekali berbuat demikian! Tahukah anda bahawa losen badan lebih pekat dan mengandungi wangian yang boleh merengsakan kulit wajah.

3. Mayonis
Bahan ini banyak terdapat dalam DIY untuk masker rambut kerana ianya memberi lembapan. Namun, ianya untuk RAMBUT! Ia terlalu berasid dan juga menutup liang-liang kulit wajah. Jika mayonis disapukan pada kulit wajah, ia tidak membenarkan kulit anda bernafas dan menyumbat liang pori. Jika anda mahu membuat sendiri masker untuk kulit wajah, ketahui resepi dan bahan yang betul terlebih dahulu.

Sekiranya anda mahu membuat sendiri produk untuk wajah, pastikan anda mengetahui keadaan kulit anda dan juga bahan yang sesuai untuk diletakkan pada wajah. Buruk padahnya jika anda meletakkan bahan-bahan yang boleh merosakkan kulit wajah anda.
BERIKUT DIKONGSIKAN LIMA LANGKAH MUDAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK MERAWAT KULIT WAJAH
1. Cuci Wajah 2 Kali Sehari
Jika anda sudah amalkan rutin ini, tahniah! Anda berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit anda merengsa.

Dengan cucian dua kali (pagi dan malam), ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui jenis kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
2. Sapu SPF
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen secara konsisten. Tahukah anda bahawa ia sangat penting untuk kesihatan kulit wajah? Jangan sesekali anda skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang mengakibatkan kemunculan tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.

3. Guna Produk Antioksidan
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.

4. Rawat Bintik Pada kulit Wajah
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.

5. Pakai Produk Mekap Yang Betul
Tidak bermakna produk mekap yang popular itu sesuai untuk kulit anda. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan pastikan anda memakai produk mekap yang sesuai dengan kondisi kulit wajah anda. Anda boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan tentang bahan yang boleh dan tidak boleh anda pakai.

HIJABISTA: Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang bersesuaian dengan kulit wajah akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja banyak untuk membuat rawatan di klinik atau spa.
Sumber kredit: Photo by Anna Shvets from Pexels