Pelbagai cara digunakan untuk menghilangkan jerawat dan kesan parut pada wajah. Tidak perlu berbelanja mahal kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah.
Perkongsian dari laman sosial gadis bernama Mem Myrah yang hanya menggunakan bahan-bahan dapur untuk membuat masker.
Caranya sungguh mudah dan dijamin selamat. Bajet tak sampai RM10 mampu membuatkan kulit jadi ‘flawless’ dan lebih berseri.
Ads
Pori terbuka susah nak nampak kulit flawless dan glowing. Kadang2 nampak macam kulit muka berlubang. Selalunya terjadi dekat area pipi, dagu dan hidung. Banyak faktor pori terbuka ni salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka.
Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar. Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut #tipscantikmyfa ni. Guna bahan didapur je awakkkk! .
Ads
Bahan : pisang, yogurt dan madu asli.
Ads
Asid laktik dalam yogurt membantu dalam penghidratan kulit. Untuk menghilangkan kulit yang kusam dan kering, sapukan yogurt kosong ke seluruh muka, tangan atau kaki dan biarkan selama 20-25 minit. Basuh dengan air suam dan kita akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan lembut. Jika kita mempunyai kulit yang sangat kering, tambahkan sesudu madu dalam yogurt . Madu akan memberikan kelembapan tambahan yang diperlukan oleh kulit.
Kebaikan tepung beras ?Menyerap minyak berlebihan di muka ?Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten ?Tiada bahan kimia ?Mengurangkan jerawat ?Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata ?Menanggalkan sel-sel kulit mati ?Menyerikan kulit muka
1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata. 2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka. 3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih. 4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Ketiga tiga bahan ni banyak sgt manfaat untuk kulit muka. Lepas buat masker ni, jangan lupa apply Argan oil n honey bee macam biasa sebelum tidur. Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa makeup tebal untuk tutup pori ituww � #tipscantikMyra
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik dan bijak orangnya.
Berusia 37 tahun, pelakon cantik bertubuh tinggi lampai ini merupakan anak kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan. Fathia juga anak sulung daripada empat beradik iaitu Nur Farhana, Muhammad Ilham dan Dr Nur Fasiha.
Selain berbakat sebagai pelakon, wanita cantik ini pernah bergelar model dan ada bakat menyanyi.
Masih ingat lagi waktu Fathia dilantik menjadi Duta Haruman Avon sekitar tahun 2015. Dia mengejutkan hadirin dengan kelunakan suaranya pada majlis berkenaan. Talented sungguh!
Sekadar infor artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Kebelakangan ini nama Fathia menjadi bualan warga maya dek kerana perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan estetik.
Bagaimana pun, figura popular tersebut berbangga dan yakin dengan wajahnya hari ini selain enggan mengendahkan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.
Graduan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini sudah hampir 14 tahun menjadi anak seni. Drama sulung lakonan Fathia ialah Nur Kasih dan dia turut pernah membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas.
Adik Fathia iaitu Dr Fasiha mendedahkan kepada Nona, kakak tersayang seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga.
Tidak hanya itu, aktres berkenaan juga cukup mengambil berat mengenai adik-beradik, suka makan dan boleh bermain piano walau tidak pernah mengikuti kelas muzik.
Bersandarkan bakat yang ada, Fathia berjaya merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.
Fathia juga pengasas jenama Manis by Fathia Latiff.
Sekadar infor artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Rendah diri, peramah serta berintektual tinggi. Itu yang dapat penulis huraikan mengenai keperibadian anak muda ini yang sememangnya sudah dikenali ramai dalam dunia solekan tempatan. Nabilah Binti Mohamed Nordin atau panggilan popularnya, Warnabilla, 31, merupakan seorang jurusolek terkenal negara yang sentiasa memberi sentuhan magis dalam tatariasnya.
Malah, dia juga seorang pelajar lepasan ijazah dalam bidang seni bina. Kini, dia juga merupakan seorang pengasas bagi jenama produk cermin matanya, COOL AUNTY. Warnabilla punya cerita menarik sebagai ‘Mighty Hijabi’ yang mencurah inspirasi serta menghembus aspirasi buat semua mata yang membaca.
Bagi anda yang ingin mencari rekaan cermin mata yang serba moden, unik, meriah dan menarik, pastinya jenama COOL AUNTY ini memenuhi citarasa anda!
Jenama COOL AUNTY ini adalah sebuah idea Warnabilla bersama sahabatnya yang juga merupakan seorang jurusolek terkemuka, Bella Hudd. Menurut Warnabilla, idea hadir tatkala pandemik Covid-19 berleluasa di Malaysia. Oleh kerana ia membataskan pergerakan untuk berjumpa dengan pelanggan bagi menata rias wajah, maka sedikit-sebanyak ia menjejaskan aspek kewangan mereka berdua.
“Bila kami tidak boleh menjalankan perkhidmatan kami sebagai jurusolek, ia memberi kesan kepada pendapatan kami. Oleh itu, saya dan juga Bella hadir dengan idea untuk mengeluarkan produk cermin mata yang begitu unik, berbeza dan berani dari segi rekaannya.”
Jenama COOL AUNTY mula beroperasi semenjak Disember 2020. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap rekaan cermin mata serta mereka berdua juga memakai cermin mata, lantas langkah diatur dengan menjadikan ia sebagai produk asas jenama ini.
Memfokuskan kepada mereka yang memakai cermin mata, tidak kira lelaki ataupun wanita yang sukakan gaya yang ceria, warna-warni, bersemangat dan kuat, jenama ini menyediakan pelbagai jenis rekaan yang begitu menarik dari segi warna dan konsep rekaan. Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
“Biarpun jenama ini bermula saat Covid-19 melanda dunia, namun Alhamdulillah sambutannya begitu baik dan jualannya juga laris. Kami percaya bahawa cermin mata merupakan sebuah aksesori yang mampu mengubah keseluruhan gaya si pemakai. Tambahan pula, hari ini, kita semua harus memakai topeng muka. Jadi, untuk menjadikan gaya fesyen tidak bosan, rekaan cermin mata yang menarik menjadi sebuah kenyataan fesyen bagi setiap individu,” ujarnya.
Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
Memasang niat dan impian untuk berkolaborasi bersama selebriti ataupun artis serta mengembangkan sayap jenama ini di pasaran luar, Warnabilla menegaskan bahawa segala pelan harus dibentuk dengan struktur yang terperinci memandangkan dunia harini berubah disebabkan pandemik. Maka, dia dan Bella sentiasa memastikan strategi yang dipasang kekal relevan dan logik dengan apa yang berlaku pada masa kini.
Sempat berbicara sebelum mengakhiri kalam warkah ini, Warnabilla berkongsi perspektinya tentang pendapat mengenai kaum wanita dan dunia perniagaan.
“Sesungguhnya dunia hari ini sudah berubah. Tiada istilah kaum wanita itu lemah dan sebagainya. Di dalam Islam sekalipun tidak ada menyatakan bahawa kaum wanita itu lemah. Maka, kaum wanita harini bebas bergerak melakukan apa-apa sahaja, sama seperti kaum lelaki. Memegang kuasa, berstatus, berprofil tinggi malah menjadi ketua, kaum wanita bisa melakukan semua itu. Malah, ada kajian juga mengatakan bahawa kaum wanita lebih sesuai menjadi ketua berbanding lelaki. Kami kaum wanita sudah terbiasa dengan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Kami seorang isteri, kami juga seorang ibu, kami juga penjaga, kami juga seorang usahawanita dan kami seorang pendidik kerana kami adalah seorang wanita.”
Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan keluaran eksklusif Majalah Hijabista Edisi Jawi di pasaran sekarang!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
‘Tak perlu JADI yang sempurna untuk bahagia, cukuplah dengan menyempurnakan orang lain’. Ungkapan ini bersesuaian buat insan yang mendirikan rumah tangga di mana mereka saling melengkapi kelebihan dan kekurangan masing masing.
Lazimnya dalam berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang menjadi ‘asam garam’ kehidupan. Ada yang sanggup hidup susah senang bersama-sama, tetapi apabila sudah mula berharta, ada pasangan akan mula lupa jasa dan pengorbanan pasangan mereka.
Kata orang, kesetiaan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya. Hakikatnya, tidak ramai pasangan yang sanggup susah dan senang bersama.
Namun berbeza buat wanita ini yang sanggup menjaga suaminya, seorang kelainan upaya (OKU). Pengorbanan serta kegigihan wanita ini ketika menjaga suaminya telah mengundang perhatian dan sebak orang ramai.
Kisah wanita yang dikenali sebagai Cikgu June itu dimuat naik di laman TikTok oleh seorang aktivis kemanusiaan iaitu Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru ini.
Menerusi perkongsian melalui TikTok tersebut, dilihat Cikgu June sedang menggendong suaminya, Mazlan Othman turun dan naik dari tingkat empat. Difahamkan, Cikgu June sering menggendong suaminya dan telah menjadi rutin setiap kali suaminya perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.
“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, dia akan menggendong suaminya yang sakit dari tingkat empat kediaman mereka sehingga ke bawah.
“Tanpa jemu sentiasa berada disamping suami tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulis Hamsatul Hamzah.
Hamsatul Hamzah yang memuat naik video tersebut telah mendapatkan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat untuk meringankan beban pasangan tersebut.
“Kini, beban itu dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu dia membawa suaminya ke hospital.
“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami dia,” katanya.
Hasil pemerhatian Hijabista, tidak diceritakan dengan terperinci mengenai keadaan dan masalah kesihatan suami Cikgu June ini. Namun Hijabista menjumpai TikTok Cikgu June sendiri, dan wanita tersebut dilihat aktif memuat naik hantaran dan sekali sekala dia berkongsi keadaan suaminya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita tersebut terus kuat menghadapi ujian dan mendoakan agar suaminya sentiasa sihat. Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 305.5K tontonan, 21.7 kesukaan, 2733 perkongsian dan 3164 komen.
“Ya Allah berilah kekuatan berterusan kepada isterinya untuk menjaga
“MasyaAllah Allahuakbar… Moga Allah ganjarkan syurga buat makcik.. Dan moga makcik dan pakcik juga sabar atas ujian ini… 😢😢” suaminya…” 😭😭😭😭
“Hebat cikgu ni. Sebelah kaki dah dalam syurga Inn shaa ALLAH..”
“Sungguh mengharukan pengorbanan seorang isteri”
“Ya Allah kurniakan lah kebahagiaan berpanjangan utk kedua mereka..aamiin”
MasyaAllah, sesungguhnya besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini. Apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi atas dasar cinta dan kasih, dia tidak pernah mengeluh. Semoga pengorbanannya dibalas di syurga kelak.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.