Memiliki kulit bersih, sihat dan cantik lazimnya memberikan kepuasan kepada seorang wanita. Walau bagaimanapun, dalam usaha mendapatkan kulit idaman, ramai wanita mudah tersalah langkah.

Padah menanti bagi mereka yang bersikap ala kadar dalam membuat pilihan produk penjagaan wajah atau diri. Keadaan ini mungkin terjadi kerana kurangnya pendedahan berkenaan jenis produk, keperluan dan kesesuaian dengan kulit.

Photo by Cottonbro from Pexels

Dalam pemilihan mask/masker wajah, ramai wanita sering keliru. Mungkin ada yang beranggapan bahawa mask/masker wajah boleh dipakai untuk semua kulit wajah. Hakikatnya mask/masker wajah juga perlu dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit wajah dan juga masalah yang kulit yang sedang dialami.

TIP PILIH TOPENG MUKA

Langkah penjagaan kulit wajah bukan sekadar hanya membersihkan kulit wajah dan menyapu pelembap sahaja. Sebenarnya jika hendak diikutkan ada 10 langkah yang wajib dijadikan rutin penjagaan wajah, supaya kulit kita lebih sihat, bersih dan cantik.

Rutin penjagaan wajah yang jarang-jarang kita lakukan ialah penggunaan masker. Kalau zaman tok nenek kita dahulu, mereka biasanya pakai bedak sejuk. Tapi zaman sekarang, lebih dikenali sebagai masker muka atau topeng muka.

Bukan sekadar di platform online, di kedai drugstore pun ada jual macam-macam masker wajah dari bahan-bahan yang berbeza-beza. Sampai pening hendak pilih yang mana satu. Ada yang mask sheet tinggal tampal sahaja. Memang memudahkan.

Photo by cottonbro from Pexels

Ada jenis serbuk, perlu bancuh sendiri. Ada yang sudah siap dibancuh. Hanya tinggal sapu sahaja pada kulit wajah. Ada juga yang berbentuk gel. Mana satu nak pilih? Tepuk dada, tanya selera.

Harus diingatkan, tolong jangan pakai mask ikut suka hati. Hal ini kerana setiap mask ada fungsi yang tersendiri dalam merawat wajah. Jadi, sebelum membeli masker pilihan hati, pastikan kita tahu jenis dan masalah kulit yang kita hadapi dahulu.

IKLAN

Berikut dikongsikan pilih mask/masker yang sesuai dengan jenis kulit wajah. Jadi selepas ini, pastikan anda beli mask yang sesuai dengan kulit anda sahaja. Jangan ikut trend. Orang lain pakai, kita pun hendak pakai. Akibatnya kulit jadi breakout, alahan dan sebagainya.

1. Kulit jenis normal dan kering

Bagi kulit jenis ini, pilihlah masker muka yang bergel. Ianya bagus untuk membantu melembapkan kulit wajah. Elakkan pakai mask yang jenis mud atau clay. Ia akan membuatkan kulit wajah bertambah kering disebabkan sifatnya yang menyerap minyak.

2. Kulit jenis normal dan berminyak

Bagi mereka yang memiliki kulit jenis ini, adalah lebih baik pakai peel off mask. Biasanya mask jenis ini datang dalam bentuk serbuk dan perlu dibancuh sendiri. Tapi dengan pack lebih moden, ada yang sudah tersedia dibancuh. Hanya tinggal sapu sahaja pada kulit wajah.

IKLAN

Tekstur mask jenis ini biasanya lebih tebal. Ia membantu membuang sel kulit mati dan mengurangkan minyak pada kulit wajah. Jika kulit berjerawat, elakkan pakai peel off mask. Alasannya kerana apabila mask ditarik, jerawat boleh pecah dan menyebabkan kulit wajah berlubang.

 

3. Kulit jenis berminyak dan berjerawat

 

Bagi jenis kulit begini biasanya sangat sensitif. Pakai mask jenis clay atau mud mask sebab ia boleh membantu mengecilkan pori-pori dan mengurangkan pengeluaran sebum. Kulit berjerawat sangat sensitif dengan pelbagai kandungan produk kecantikan. Elakkan daripada penggunaan produk yang berasaskan minyak dan yang boleh menyumbat pori pada kulit wajah.

IKLAN

 

4. Anti penuaan

Untuk meremajakan kulit, adalah lebih baik pakai sleeping mask iaitu mask yang dipakai ketika tidur. Proses pemulihan kulit biasanya terjadi pada waktu malam. Ketika kita tidur, metabolisme meningkat dan sel kulit akan mengalami proses penggantian. Sel kulit baru pun terhasil. Pakai sleeping mask sebelum tidur dan bangunlah dengan kulit yang lebih segar dan anjal!

4. Kulit breakout

Kulit breakout atau kulit dengan tanda-tanda dan bekas jerawat adalah lebih baik pakai mask jenis exfoliate. Mask jenis ini dapat membantu membuang sel-sel kulit mati dan boleh membantu memudarkan bekas-bekas hitam pada kulit wajah.

Urut kulit wajah dengan mask scrub dan biarkan seketika sebelum membilas. Biasanya mask jenis ini bertindak lebih kurang seperti pembersih wajah. Selepas skrub, kulit wajah akan terasa lebih halus dan mulus.

HIJABISTA: Ketika memilih sebarang produk perawatan wajah, pastikan anda mengkaji serba sedikit tentang produk tersebut sebelum membeli dan menggunakannya. Tidak semua produk sesuai dengan semua jenis kulit wajah.

Sumber kredit: Zulaikha Harun Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels         Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI