Tidak dapat dinafikan kulit yang cantik dan sihat menjadi idaman ramai wanita. Melihat kulit selebriti Korea yang halus dan mulus tentunya mengundang rasa cemburu. Kalau nak cantik, kenalah rajin-rajin membelai wajah.

Sebenarnya jika kena dengan rutin yang betul, impian untuk memiliki kulit secantik selebriti Korea boleh menjadi kenyataan. Syaratnya mestilah konsisten, disiplin dan kena dengan caranya.

Seperti perkongsian wanita ini, ZinniRah Zulaikha berkongsi step Korean skincare routine.

TIPS MACAM MANA NAK BINA 10 STEPS KOREAN SKINCARE ROUTINE?

Sebenarnya hendak build our skincare routine bukanlah perkara yang susah kalau kita tahu apa jenis kulit dan masalah atau target kulit kita. Jadi di sini, dikongsikan beberapa tip yang mungkin anda boleh jadi panduan untuk sesiapa yang masih kurang jelas tentang bagimana untuk membina rutin penjagaan kulit supaya teratur dan sesuai dengan situasi kulit masing-masing.

1. BASIC SKINCARE ROUTINE vs SKIN TYPE
Sebenarnya ada beberapa pendapat mengenai langkah-langkah asas rutin penjagaan kulit. Namun untuk saya, secara asasnya ada 3 langkah asas utama:
i) Pencuci
ii) Pelembap
iii) Pelindung suria

Ketiga-tiga ini pilih ikut jenis kulit. Apa jenis kulit? Berminyak, kering, normal atau kombinasi. Saya dahulu jenis kulit kering tetapi sekarang kembali normal.

i). Pencuci
Ada 2 jenis cleanser; oil based & water based cleanser. Macam mana nak pilih?
Oil based cleanser selalunya dicipta sesuai untuk semua jenis kulit. Selebihnya bergantung kepada kulit masing-masing sama ada boleh “terima” atau tidak bahan-bahan yang terdapat dalam sesuatu pencuci muka berasaskan minyak tersebut. Contoh, ada yang boleh guna mineral oil, tapi ada sesetengah kulit tidak boleh terima. Atau ada yang alergik dengan grape seed oil tapi bila anda, sesuai pula. Pendek kata ia bergantung pada kesesuaian dengan kulit anda.

Water based cleanser. Yang ini senang cakap, pencuci muka yang selalu kita pakai. Macam mana hendak pilih? Pilih ikut jenis kulit. Ada banyak jenis tekstur pencuci muka yang terdapat di pasaran. Contoh; foam, milk, lotion. Semua ini perlu dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit. Misalnya, kulit kering mesti elak heavy foam type cleanser sebab berpotensi mengeringkan kulit, atau kulit berminyak mesti elak lotion type cleanser sebab berpotensi akan menyumbatkan lagi pori. Elemen paling penting untuk pemilihan pencuci muka ada dua sahaja. LOW PH dan GENTLE. Tak kira jenis kulit, kalau anda hendak selamat, fokus dua benda ini sahaja semasa memilih pencuci muka anda.

ii). Pelembap
Kenapa kita mesti pilih pelembap ikut jenis kulit? Jawapan dia senang, supaya pelembap yg dipakai akan memberikan manfaat, bukan semakin merosakkan kulit! Sama mcm pencuci muka tadi, pelembap pun ada banyak tesktur kan? Ada krim, gel, emulsion, watery cream atau losyen. Mula2 dulu disebabkan kulit i kering teruk, i just boleh pakai pelembap bertekstur berat mcm krim. Pakai losyen & gel type moisturizer mmg ‘tak jalan’. Kulit tetap menggelupas & merekah. So, after kulit i dah normal (so far my skin is tak terlalu kering & tak terlalu berminyak), i boleh pakai apa2 jenis pelembap termasuk jenis gel. Tapi pelembap jenis gel nih i pakai masa keluar rumah je supaya tak rasa too heavy bila tempek macam-maca benda di muka. Kalau nak pilih pelembap, make sure pilih ikut jenis kulit.

IKLAN

iii). Pelindung suria (sunblock/sunscreen (SS))
Yg nih pun sama jgk tau. SS direka dgn pelbagai tekstur utk disesuaikan mengikut jenis kulit masing2. Basically SS ada 3 jenis, which is physical, chemical & hybrid sunscreen. Mcm mana nak pilih ikut jenis kulit? Tengok tekstur. Kalau tengok dari tekstur dorang, dari berat ke ringan mostly akan start with physical, chemical & paling ringan hybrid! Ok, kalau tanya i, i lebih prefer guna hybrid! I pernah cuba chemical sunscreen, tp still rasa heavy disebabkan faktor muka i jenis cepat berpeluh. Bila i try hybrid type, my skin tak rasa berlengas mana. So, kesimpulan dia, nak pilih SS ikut jenis kulit, yg mana kulit korg rasa boleh tolerate, tak heavy atau tak mengeringkan.

2. OPTIONAL ROUTINE vs SKIN CONCERN(s)/TARGET(s)

Dah lengkap basic skincare step, i akan fokus kpd masalah (skin concern) atau target kulit yg i nak. Let say, i ada beberapa skin concern spt kulit kusam, dehidrasi, lingkaran gelap bawah mata, jerawat (on off) & parut jerawat (PIE). Mcm mana i atur rutin2 ikut skin concerns nih? Ok, i explain. Tp sebelum tuh, kena tahu apa PUNCA & SOLUSI masalah2 nih, baru boleh atur kita punya rutin.

i) Kulit kusam
Dah tahu punca & penyelesaian dia, so i decided to try beberapa jenis produk utk masalah nih. Contoh, i akan masukkan rutin ekfoliasi dgn menggunakan physical (PE) & chemical exfoliant (CE) utk tanggalkan sel kulit mati. Yg nih mcm i cakap tadi, pilih ikut masalah kulit. Mcm i, i ambik AHA yg ada glycolic acid. Atau i akan guna skrub atau peeling gel utk buang sel kulit mati & clay mask utk bersihkan lagi pori. Selain tuh, i pun add on brightening product utk cerahkan balik kulit i selain guna exfoliant. Yg nih i akan pilih produk dlm bentuk essence so that nanti nak layer2 skincare jadi mudah & tak pening dah!

ii) Dehidrasi
Ok, yg nih lagi senang. Kalau sebut dehidrasi ramai yg tahu salah 1 cara nk overcome dia cari skincare yg ada hyaluronic acid. Ya, i pun buat mcm tuh. Selain hyaluronic acid, ada bahan lain yg boleh bantu utk masalah nih, contoh beta-glucan. I akan pelbagaikan jenis produk yg i guna. So utk dehidrasi, i akan cari hydrating based product dlm bentuk toner, serum & mask! Kalau part bibir, bibir merekah, i akan apply lip gloss & lip sleeping mask je. Refer gambar.

iii) Lingkaran gelap bawah mata
Sebenarnya nak treat dark circles nih agaklah susah melainkan kita amalkan gaya hidup yg sihat. Tapi i sedang cuba add on serum berasaskan bahan pencerah spt vitamin c utk atasi masalah nih. So i pilih vitamin c dlm bentuk serum & amalkan sambil i balancekan kelembapan kulit i. Tp kena ingat, kalau tido tak cukup or kurang minum air kosong susah jugak nk minimizekan dark circle nih.

IKLAN

iv) Jerawat
Antara punca lain jerawat selain masalah rutin penjagaan kulit & hormon, genetik pun main peranan. I bukan dari genetik yg tumbuh banyak jerawat (alhamdulillah). Tapi lately memang akan tumbuh several tiny bumps & kawasan yg selalu kena kat dahi & tepi mulut. Cara i nk hilangkan dia, i akan pakai anti acne spot treatment yg ada kandungan benzoyl peroxide atau sulfur. So far, i selalu guna oxy 5 je sebab jerawat i tak teruk sangat. Kadang BHA pun bantu jugak, tp i selalu guna oxy 5 je utk masalah nih.

v) Parut jerawat (PIE)
Kalau dah kena jerawat tuh of course la dia akan tinggalkan bekas dia kan? Utk kes i, selalunya bekas jerawat nih akan jadi parut merah (PIE). I treat this PIE by applying soothing or calming based skincare product. Selalunya i akan pilih produk berbentuk serum atau ampoule. I pernah pakai produk berasaskan green tea, centella asiatica (pegaga) & propolis. So far memang berkesan utk hilangkan PIE.

Jadi kesimpulannya, saya sudah berjaya bina beberapa step untuk skincare routine  berdasarkan pecahan-pecahan yang dinyatakan seperti di atas. Secara tidak langsung, saya telah berjaya bina lebih dari 10 steps.
1. Cleansing oil
2. Cleansing water
3. Mask (clay mask, wash off mask, lip sleeping mask)
4. Exfoliant (AHA BHA, peeling gel, skrub)
5. Toner
6. Essence
7. Serum
8. Ampoule
9. Spot treatment (acne)
10. Pelembap
11. SPF

 

OIL BASED CLEANSER – Simple Hydrating Cleansing Oil – Palmer’s Cocomut Monoï Cleansing Balm – Biore Cleansing Oil

 

IKLAN
WATER BASED CLEANSER – Hada Labo Mild & Sensitive Face Wash – Liquid Neutrogena Pure Mild Facial Cleanser – Neutrogena Deep Clean Cleanser

 

PELEMBAP – CeraVe Moisturizing Cream – Cosmoderm Vitamin E Cream 1000iu – Iunik Centella Calming Gel

 

SUNSCREEN – Biore UV Perfect Milk SPF 50+ PA++++

 

UNTUK MASALAH KULIT KUSAM: i) CE – Jumiso Yes I Am Toner AHA 5% – Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Liquid Exfoliant ii) PE – Secret Nature From Jeju Peeling Gel – St Ives Gentle Smoothing Oatmeal Scrub iii) Mask – Innisfree Color Clay Mask (Hydrating) iv) Essence – Nacific Phyto Niacin Whitening Essence

 

UNTUK MASALAH DEHIDRASI: i) Hydrating toner – Klairs Toner – Iunik Vitamin Hyaluronic Acid Vitalizing Toner ii) Serum – Iunik Beta Glucan Power Moisture Serum iii) Mask/lip care – My Fav Recipe By Neula Snail Moist Mask – Laneige Lip Sleeping Mask – Vaseline Lip Therapy

 

LINGKARAN GELAP BAWAH MATA -Jumiso All Day Vitamin Brightening & Balancing Serum

 

UNTUK MASALAH JERAWAT: – Oxy 5 Acne Pimple Medication – De La Cruz Sulfur Ointment 10%

 

UNTUK PIE: i) Ampoule – Skin 1004 Madagascar Centella Ampoule ii) Serum – Iunik Propolis Vitamin Synergy Serum – Secret Nature From Jeju Serum

Pakai serentak ke semua nih? No. Ikut keselesaan kulit anda. I jarang pakai 10 steps serentak mcm org korea buat tau. I pakai alternate, bukan pakai sekali. Yg penting sabar & konsisten. So, selamat mengatur rutin anda. Road to korean glass skin!

Sumber kredit: ZinniRah Zulaikha

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI