Ads

Wanita Ini Berkongsi Cara Menghasilkan Penegang Kulit Dengan Hanya Menggunakan Aloevera.

Pokok aloevera sememangnya dipercayai sejak turun temurun lagi untuk membantu manusia dalam rutin penjagaan diri dan kesihatan. Aloevera selamat untuk digunakan secara terus selepas dituai tanpa perlu melalui proses yang kompleks.

Rosie Khandwala, pengasas peroduk kecantikan Sugar Coated berkongsi satu tips tradisional menggunakan bahan semula jadi ini untuk membantu dalam rutin menegangkan kulit dengan berkesan.

Langkah pertama yang dilakukan adalah, potong lidah buaya secara potongan rentas tengah untuk membahagikan ia kepada dua bahagian. Pastikan anda membuang bahagian tepi aloevera yang tajam.

Ads

Untuk langkah kedua dengan menggunakan pemarut, parut kesemua gel yang ada pada daun aloevera ke dalam mangkuk. Ini adalah cara terbaik untuk mengekstrak gel supaya tiada pembaziran jika dibandingkan dengan memotong secara kiub.

Ads

Ketiga, gel aloevera yang baru anda ekstrak boleh digunakan terus ke kulit sebagai beauty mask. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk untuk kesan pengetatan yang ketara pada wajah. Lidah buaya juga mempunyai sifat anti-radang yang hebat, menjadikannya rawatan yang sempurna untuk merawat kulit yang terbakar dek cahaya matahari (sunburn) dan juga gigitan serangga.

Ads

Untuk kegunaan berpanjangan, anda boleh menyimpan gel tersebut di dalam loyang kiub ais di dalam peti sejuk. Gunakannya kira-kira dua kali sebulan sebagai rutin penjagaan wajah. Jangan abaikan bahagian leher untuk mendapatkan kesan yang sekata.

Sumber: Sugar Coated Official Instagram

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Idola K-Pop, Tiffany Young Dedah Rahsia Kulit Cantik Flawless. Hijabi Pun...

Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.