Lumrah manusia untuk bergaya dan berfesyen mengikut trend masa kini. Sebagai wanita yang berhijab pasti kita juga ingin sentiasa kelihatan cantik. Tetapi, pernah atau tidak anda terfikir tentang hukum dan batas dalam berfesyen buat wanita berhijab? Boleh ke wanita ini bergaya mengikut trend peredaran zaman?

Gambar sekadar hiasan, Instagram: Neelofa

Tidak menjadi kesalahan sekiranya golongan wanita berhijab untuk bergaya dari segi pakaian atau aksesori. Kerana ianya diharuskan dalam islam. Peredaran zaman membuatkan fesyen itu sesuatu keperluan serta banyak gaya dan sangat memberikan dorongan kepada para wanita yang berhijab untuk bergaya. Namun, perlu diingatkan bahawa berpakaian perlu mempunyai batas terutama sekali buat mereka yang berhijab.

Bagi wanita yang berhijab, berfesyen itu perlu seiring dengan penjagaan maruah di mana terkandungnya dalam Maqasid syariah terutama sekali bab memelihara aurat. Kerana ramai yang tidak menitikberatkan hal ini. Kita juga dituntuk untuk berpakaian kemas dan rapi tetapi buat wanita berhijab, disarankan agar anda menutup aurat dengan sempurna.

Gambar sekadar hiasan. Instagram: Izara Aisyah

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 31; “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” Sumber dari Mstar

Menurut ayat di atas, sebagai seorang Muslim hendaklah kita bersikap sederhana dalam melakukan apa sahaja agar tidak melampaui batas. Sama juga apabila berpakaian.

Artikel Berkaitan: Hijabi Yang Lilit Hijab Sampai Nampak Dada Dan Leher. Fesyen Itu Jangan Sampai Dibenci oleh Allah. Tegur Lelaki Ini!

IKLAN

Oleh itu, terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dari sudut pakaian, jenis pakaian dan aksesori yang mengikut ajaran islam iaitu:

1. Bentuk pakaian

Sebagai wanita muslim, kita mestilah menutupi seluruh bada kecuali anggota yang mendapat pengecualian seperti bahagian muka dan tangan.

Gambar sekadar hiasan, Instagram: Cik Manggis

Pakaian tersebut perlu longgar, tidak terlalu nipis dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badan anda. Pastikan pakaian itu selesa. Oleh itu, perlu diingatkan pakaian yang dipakai tidak akan menimbulkan fitnah dan di samping itu dapat menjaga kehormatan seorang wanita muslimah.

2. Jenis pakaian

Semestinya di dalam islam, berpakaian menyerupai agama lain adalah dilarang dan terdapat hadis yang menegah perbuatan tersebut. Hadis tersebut menegaskan larangan dan juga amaran keras bagi mereka yang menyerupai orang kafir dari segi ucapan, perbuatan, pakaian dan lain-lain.

IKLAN

Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [HR Abu Daud, 4031]

Gambar sekadar hiasan. Instagram: Hanis Zalikha

Dilarang sama sekali untuk menyerupai seperti jantina lain. Menurut hadis Ibn Abbas juga menyatakan Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. Ini termasuklah juga dengan cara berpakaian. Menurut alim ulama ianya satu laknat jika memakai sedemikian.

3. Akesesori pakaian

Aksesori pakaian merupakan perhiasan buat penampilan seseorang wanita itu. Seperti cincin, gelang tangan, anting-anting dan lain-lain. Seperti yang anda tahu, kebanyakan reka bentuk fesyen wanita kini dihiasi dengan pelbagai bentuk manik dan batu pertama yang cantik.

Gambar sekadar hiasan. Sumber google.

Perlu diingatkan bahawa penampilan dan perhiasan yang melampau dilarang sama sekali dalam agama. Ia dipanggil sebagai tabarruj. Tabarruj merupakan perbuatan berhias atau berpakaian yang berlebihan bagi seorang wanita yang sampai menarik perhatian ramai walaupun tanpa membuka bahagian aurat.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Berbadan Gemuk Tapi Stail Fesyen Masih ‘On-Point’, Ini 5 Tip Fesyen Untuk Anda Yang Bersaiz Besar!

Pada zaman Jahiliah, wanita akan berjalan depan kaum lelaki dalam menarik perhatian, penuh dengan lenggang lenggok dan dengan langkah yang manja. Maka, perbuatan tersebut dilarang setelah kedatangan Islam. Walaupun fitrah manusia memang suka akan kecantikan dan perhiasa tetapi perlu diingat ia perlu mengikut syarak yang ditetapkan.

Gambar sekadar hiasan. Instagram: Izara Aisyah

Akhir kata, berhias sederhana di dalam islam bukanlah sesuatu sekatan tetapi ianya adalah garis panduan agar seseorang wanita itu menjaga maruah, mengelak dari fitnah dan menghindar sifat riak yang tersasar dari syariat islam.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=i5O7NvDrIVU&list=PLwTVJflD5bmE1XTPKBdcOYPwqHbRS0QJe&index=17

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI