Pemakaian produk penjagaan wajah hanya menjaga wajah daripada luaran. Kecantikan sebenar perlu juga bermula daripada dalam. Penting kalau nak dapatkan kulit yang cantik penjagaan wajah kena sentiasa diberi perhatian.

Mari lihat lima cara untuk kelihatan cantik tanpa perlu bersolek tebal.

TINTED MOINTURISER DENGAN SPF

Gunakan tinted moisturiser berbanding bedak asas. Ia bukan sahaja melindungi wajah malah daripada sinar matahari ia juga membantu untuk mengimbangi warna kulit serta melembapkan kulit wajah.

SECAWAN VITAMIN C YANG PANAS

IKLAN

Minum secawan air panas yang dicampur dengan lemon. Ia akan memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh anda. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kulit wajah anda kekal sihat, segar dan berseri.

PAKAI PENYEGAR WAJAH BEBAS ALKOHOL

Penyegar bebas alkohol yang dipakai selepas membersihkan wajah dengan pencuci wajah yang sesuai akan memberikan kesan yang baik pada tona kulit. Ia juga akan membuang lapisan sisa mekap pada waktu pagi.

IKLAN

SKRUB WAJAH DUA KALI SEMINGGU

Jangan malas untuk menggunakan skrub wajah. Mencuci wajah sahaja tidak cukup. Ini kerana sel-sel kulit mati hanya dapat disingkirkan melalui penggunaan skrub wajah. Gosok dengan lembut skrub pada wajah selama satu minit sebelum dibilas dengan air dingin dan lap sehingga kering. Lanjutkan dengan pemakaian produk penjagaan wajah yang lain.

ELAK SENTUH WAJAH

IKLAN

Mungkin anda ada tabiat gemar memegang wajah. Mungkin ketika leka menonton televisyen, berehat-rehat sambil berbaring di atas sofa dan sebagainya. Hentikan memegang wajah anda tanpa sebab sepanjang hari. Jika ada jerawat, jangan picit jerawat, bintik putih dan juga bintik hitam pada wajah anda. Perbuatan ini hanya akan menyebarkan bakteria pada wajah anda.

Amalkan juga pemakanan sihat nescaya kulit pasti akan kelihatan sihat dan bersinar. Kurangkan bersolek kerana kulit wajah juga memerlukan ‘ruang’ untuk bernafas.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI