Tidak kira anda memiliki kulit kering, berminyak atau kombinasi, anda tetap perlu memakai pelembap wajah. Pemakaian pelembap wajah adalah tip kecantikan lain yang perlu diambil berat dan tidak seharusnya diabaikan. Ia merupakan antara ‘nadi’ bagi mendapatkan kulit wajah yang sihat dan awet muda untuk kesan jangka panjang.

Pemakaian pelembap wajah dapat memastikan kulit wajah kelihatan lembap dan segar. Walau bagaimanapun pastikan menggunakan pelembap yang betul. Sekiranya pelembap terlalu ringan, kulit anda boleh menjadi kering tetapi jika krim muka terlalu berat, kulit akan menjadi berminyak dan anda mungkin mula mengalami masalah jerawat.

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Berikut perkongsian Fyza Shah

Selalu sahaja kita terfikir apabila kulit berminyak maka tidak perlulah pakai pelembap. Apabila kulit cukup lembap, tidak perlulah hendak pakai pelembap. Tidak boleh begitu. Pelembap ini merupakan perawatan kulit wajah yang paling asas.

Antara 10 rutin perawatan kulit wajah di Korea, pelembap ‘duduk’ dalam langkah ke -6. Maknanya antara item wajib, ada selain pencuci muka dan sunblock. Tidak dapat dinafikan memang ramai yang kurang gemar memakai pelembap wajah terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.

IKLAN

Sebenarnya sudah ada banyak jenis pelembap mengikut kesesuaian jenis kulit.:

*Kulit minyak –  cari jenis gel/water based
*Kulit kering – cari jenis susu atau berkrim
*Kulit kombinasi – sama ada pakai jenis gel kat t zone atau satu muka atau boleh hybridkan dengan jenis krim kawasan pipi jika pipi kita ni kering betul

Photo by Anna Shvets from Pexels

Jika kita ‘skip’ pakai pelembap, rugilah sebab kulit tidak lock zat daripada produk perawatan kulit wajah seperti penyegar wajah (toner), essence atau serum yang sudah meresap ke bawah kulit. Ia hanya ‘evaporate’ macam itu je. Namun apabila kita layerkan kulit dengan pelembap, zat itu macam duduk terkunci tak keluar dan jalankan fungsi dengan baik ke peringkat sel.

IKLAN

Satu lagi, kalau hendak betul-betul kulit sihat memancar, memang mesti pakai pelembap banyak terutama waktu malam. Boleh pakai lebih pelembap selepas memakai serum. Bangun pagi kulit wajah langsung tidak berminyak ke melekit.

Inilah antara pelembap wajah yang saya gunakan. Dua jenis pelembap wajah ini saya gunakan secara berselang-seli. Malam kadang-kadang saya pakai pakai Syahirah glow cream night. Walaupun teksturnya agak berat berbanding Bio Essence water gel namun ia sesuai dengan kulit wajah. Pendek kata memang rugi kita pakai macam-macam produk perawatan kulit wajah tetapi kita abaikan pemakaian pelembap kulit wajah.

IKLAN

Walau bagaimanapun harus difahami bahawa pelembap wajah tidak merawat kulit dan tidak menghilangkan jeragat. Namun pemakaian pelembap wajah membantu mempercepatkan rawatan kulit kita yang bermasalah.

Kulit cukup lembap dengan air dan minyak, fungsi serum, essence dan toner pun sama-sama berganda efektif. Maka sebab itulah pentingnya pemakaian pelembap wajah agar semua pemakaian produk-produk perawatan kulit wajah yang lain berfungsi dengan lebih berkesan.

HIJABISTA: Tiga asas perawatan kulit wajah iaitu mencuci, menyegar dan melembap kulit wajah sememangnya amat penting dalam proses penjagaan kulit wajah. Tiada gunanya memakai produk-produk perawatan wajah yang lain jika yang asas pun anda tidak amalkan. 

Sumber kredit: Fyza Shah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI