Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish. Kini, keadaan kesihatannya menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagramnya menggunakan hashtag #fightcancer. Aqish sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
Gambar dan status yang dikongsi di akaun Instagramnya.
“Dia telah menjalani rawatannya petang ini. Alhamdulillah Puteri semakin pulih.”
Status tersebut dipercayai dikongsi oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengatakan keadaan anaknya semakin baik.
Ads
Norashikin mengesahkan anaknya yang merupakan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asian TV itu menghidap kanser namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jenis barah yang menyerang anak kesayangannya itu.
Kami di Hijabista mendoakan agar Aqish cepat sembuh dan dapat terus aktif seperti biasa bagi mewarnai dunia seni tanah air. Ternyata Aqish sangat kuat menghadapi dugaannya ini. Jangan pernah mengalah wahai Aqish!
Sejak mengumumkan berita mengenai kehamilannya tujuh hari yang lalu, pelakon dan pengacara iaitu Mira Filzah dihujani bertalu-talu ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan para peminatnya yang teruja dengan khabar gembira ini.
Berkongsi foto ‘oufit of the day‘ ataupun OOTD, ramai yang ‘excited’ apabila terlihat baby bump pelakon drama The Hotel itu dalam gambar tersebut.
Sementara itu, jurusolek selebriti popular, Yna Sakinah juga telah memuat naik gambarnya bersama Mira Filzah yang kini kandungannya sudah hampir memasuki tujuh bulan.
Alhamdulillah kandungan dah nak masuk 7 bulan.. Sekarang Kina pun dh start borak pasal mak mak je.. 😄 @mfmirafilzah
.
Semoga Mama Mira & Baby sihat walafiat. Dipermudahkan sampai urusan bersalin. Aminnnn.. 🥰
. #makeupbynasakinah#mommytobe
Sebut sahaja nama pelakon yang sedang terpalit kontroversi, Hafidz Roshdi pasti mengenali isterinya iaitu Nurul Shuhada yang merupakan seorang wanita cekal yang sedang bergelut meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anak, meskipun rumahtangganya sedang goyah dilanda badai.
Baru-baru ini, Nurul Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu telah melakukan jualan biskut keluaranya iaitu ‘Satu Tak Cukup, Shelup Shelup’ by Shuhada Shukri menerusi laman Instagram miliknya dan tindakan ini membuatkan ramai netizen sebak, sekaligus terinspirasi dengan ketabahan wanita hebat ini.
Perkara berkenaan menjadi tular di laman sosial sebaik sahaja sesi siaran langsung, wanita berusia 29 tahun yang gigih mempromosikan perniagaan biskut di bawah jenamanya itu meraih ribuan tontonan wargamaya yang terkesan dengan nasib malang yang menimpa Shu.
Malah, siaran langsung yang dilakukan selama hampir satu jam itu bukan sahaja mendapat sokongan dari warganet, turut kelihatan tampil memberi semangat buat Shu adalah rakan artis iaitu, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob.
Sepanjang sesi siaran langsung itu berlaku, Mawar dan Raf tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Shu serta menawarkan diri untuk membantu dari segi melariskan jualan dan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya.
Menerusi paparan ‘live’ berkenaan juga, sekali sekala kelihatan sepasang cahaya mata Shuhada iaitu Humairah dan Umar menemani ibu mereka yang sedang bersiaran langsung mencari sesuap nasi.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada sesi siaran langsung tersebut dan mendapati orang ramai, khususnya kaum hawa membanjiri komen dengan meluahkan rasa sebak dan dalam masa sama mengagumi kekuatan dan ketabahan yang dipamerkan Shu dalam kesungguhan wanita itu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.
Malah, ramai diantaranya meniupkan semangat untuk wanita itu terus bangkit dan berharap Shu terus cekal dan kuat meski melalui pelbagai episod duka dalam rumah tangga sejak kebelakangan ini.
Sekadar info, Hafidz didakwa telah mengasari Shu dengan menumbuknya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian bawah mata dan Shu terpaksa menerima 10 jahitan akibat insiden itu.
Susulan kejadian tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Baharu, Selangor esok.
Membeli belah di atas talian seperti sudah menjadi tabiat kebanyakan daripada kita pada masa ini. Sebut saja apa yang nak, semuanya ada di jual di internet. Namun bila asyik membeli, pernah tak kita terfikir berapa banyak yang sudah kita habis belanjakan sewaktu membeli?
Jika anda tertanya-tanya dan ingin membuat pengiraan, inilah caranya yang perlu anda ketahui. Jangan terkejut pulak eh!
Mudah je nak kira semua jumlahnya bukan? Yang penting, anda haruslah melakukannya di laptop. Kalau di telefon bimbit tak dapatlah nak tolong! Cuba kongsi berapa jumlah keseluruhan perbelanjaan anda?
kredit: twitter @ShopeeFindMY
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.