Perempuan kalau bersiap nak keluar tu memang lama kan? Masa itulah baru nak gosok tudung, tudung tak menjadi, make up tak sesuai dengan warna tudung dan pelbagai alasan lagi hinggakan rakan yang menunggu pun naik bosan.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekiranya rakan anda sudah tunggu di depan rumah tetapi anda masih lagi belum memakai tudung? Nak gayakan hijab pun tentu akan ambil sedikit masa anda.
Mungkin anda boleh cuba 3 stail tudung ini. Bukan sahaja cepat dan mudah, malah cantik dan anda masih nampak bergaya. Cubalah!
Ramai yang mengambil keberkatan sempena kehadiran bulan Ramadan. Ada juga yang menemui hidayah dengan melakukan penghijrahan di bulan penuh mulia ini. Aktres Fazura juga salah seorang selebritti yang bijak memgambil peluang untuk ‘berhijab’ di bulan puasa ini.
Walaupun belum sepenuhnya berhijab, tetapi penampilan Fazura mengundang rasa gembira bukan sahaja peminatnya tetapi suami beliau sendiri, Fattah Amin. Fazura kelihatan cukup santun dan cantik sekali mengenakan hijab yang dililit kemas.
Biarpun sekadar mengenakan bawal dengan lilitan ringkas, namun seri terpancar di wajahnya yang ayu itu. Malah baju yang digayakan juga turut menutup aurat.
Walaupun tiada kenyataan rasmi dari tuan empunya badan, namun rata-rata pengikutnya teruja dengan penampilan Fazura yang berhijab sepanjang Ramadan ini.
@qurrat29 Beautiful! May Allah gives u the strength & will to keep this up!
@afrnazhar You’ll istiqomah one day ,, keep support you.
Ada juga yangh turut menggemari gaya hijab simple yang digayakan Fazura.
@fidzahrahim77Teruskanlah bertudung fazura, luvvvv your style…
ladyvin_officialIf I ever hijab I will follow like your style of hijablista very simple not looking sarat like others
Selebriti yang pertama kali menyambut ramadan bersama suami tersayang turut menitipkan pesanan sempena kedatangan bulan penuh keberkatan ini.
“Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda. Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In shaa”
Ayuh lihat 10 penampilan berhijab Fazura sepanjang Ramadan ini.
Selain baju, pilihan hijab yang sesuai juga penting bagi memastikan kesempurnaan penampilan seseorang. Namun ada kalanya hijab digayakan macam serba tak kena dan tak terletak cantik di atas kepala.
Sebenarnya untuk memastikan hijab yang digayakan terletak cantik di atas kepala, ada aturan tertentu yang perlu diikuti.
Siapa yang tak nak nampak cantik sepanjang hari kan. Apatah lagi hijabi yang mementingkan penampilan diri sepanjang hari.
Hijabista senaraikan beberapa tip ini yang menjadikan penampilan seseorang itu tampil cantik, menarik dan kemas walaupun sibuk dengan rutin sepanjang hari. Bukan itu sahaja, malah sedap mata memandang.
Pilihlah tudung berwarna polos seperti putih, kuning cair, lavender, hijau muda dan juga peach. Warna pastel ini begitu kena sekali dengan mereka yang berkulit cerah ataupun tidak. Jadi bagi yang memiliki kulit cerah tidak ada masalah untuk menggayakan tudung warna cerah atau gelap kerana tiada perbezaan ketara. Cuma jika mempunyai kulit gelap elakkan pakai tudung yang berona gelap juga.
Cukup sekadar gaya lilitan yang ringkas. Tidak perlu gaya keterlaluan kerana yang ringkas itu sudah memadai. Tidak sukar mencari gaya bersesuaian, google saja laman youtube ataupun Instagram yang menjual produk hijab. Pasti akan diselitkan tutorial ringkas tudung yang digayakan.
Jangan lupa untuk bersolek ringkas kerana dapat menambah keayuan dirimu. Hanya calitan di bahagian tertentu seperti bibir dengan memilih gincu bibir warna pastel, sedikit pemerah pipi dan juga perapian di bahagian mata. Tak perlu cukur kening, ikut je cara selebriti Elfira Loy yang tetap kekalkan keaslian keningnya untuk tampil menawan.
Kalau boleh pilihlah busana yang bersesuaian dengan aktiviti harian. Elakkan pakai baju yang boleh mengundang umpatan, lebih-lebih lagi tika berjumpa dengan orang ramai. Pilih yang senang untuk anda bergerak ke sana ke mari sambil lincah membuat kerja. Rasanya lebih senang memilih fabrik cotton daripada busana renda yang boleh membuat anda rasa panas pula nanti.
Lagi satu yang menjadikan hijab digayakan anda terletak cantik adalah disebabkan pemakaian kerongsang yang betul. Memilih satu kerongsang besar yang diselit di tepi bahu cukup menyuntik elemen seri pada penampilan seseorang. Malah tudung digayakan juga kekal cantik dan tidak senget. Terutama hijab satin yang memang sukar sekali untuk digayakan jika tak kena caranya.
Ini paling penting dalam mengharungi pelbagai bebanan kerja seharian. Pastikan senyuman manis sentiasa dibibir anda kerana senyuman itu juga satu sedekah. Seorang hijabi itu lebih terserlah ayunya jika sentiasa mengukir senyuman di bibir walau dalam apa jua situasi.
Penampilan yang cantik, kemas dan menawan menjadi pilihan gadis masa kini. Tidak kira apa jua fesyen yang diketengahkan, jika ia memberi inspirasi kepada kecantikan, pasti fesyen itu menjadi ikutan. Begitu juga dengan teknik pemakaian tudung. Setiap orang ada gaya tersendiri namun tidak semua gaya itu sesuai dengan bentuk wajah.
Setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza. Maka penggayaan tudung juga perlu mengikut kesesuaian agar penampilan wajah tampil cantik, menawan dan mempesona.
Beruntung bagi mereka yang memiliki wajah bujur bak buah anggur. Ini kerana apa jua fesyen tudung sama ada selendang atau tudung awning, penampilannya masih kelihatan kemas dan menarik. Gayakan saja bentuk lilitan, pintal, atau peletakan aksesori di bahagian tudung, pasti terserlah keayuan. Tambahan pula bentuk wajah sebegini menampakkan ilusi muka panjang dan tirus. Pastinya cantik mata memandang.
Berhati-hati pada mereka yang memiliki wajah bujur memanjang seperti buah pisang. Silap menggayakan, buruk yang dilihat. Sebaiknya gunakan selendang bercorak kerana ia boleh menutup kekurangan pada rahang dan tulang pipi si pemakai serta mengurangkan ilusi bentuk wajah memanjang. Penggayaan selendang perlu ringkas dan tidak sarat dengan aksesori tambahan.
Wajah sebegini lazimnya dimiliki oleh golongan bersaiz kecil molek dan kurang tinggi. Wajah seperti ini yang dikatakan comel atau ‘baby face’. Sungguhpun sesuai digayakan dengan apa jua fesyen, namun perlu berhati-hati dari segi pemilihan corak agar penampilan tidak nampak ‘serabut’. Jika terlebih sarat, muka yang comel itu akan kelihatan menjadi lebar dan besar.
Fesyen tudung yang sesuai dengan mereka yang memiliki bentuk wajah sebegini adalah disyorkan memakai tudung awningsebagai penyelamat. Sekurang-kurangnya ia mampu menyembunyikan kekurangan tulang pipi dan rahang yang besar. Seeloknya pilih ‘line’ awning yang memanjang hingga ke tulang pipi.
Wajah bak buah strawberi, di bahagian atas besar, tetapi di bahagian dagu kecil dan tirus. Ada juga yang memanggil dengan gelaran kepala lonjong. Tidak perlu risau, ada penyelesaiannya. Disebabkan bentuk tirus bermula dari pipi hingga ke dagu, membuatkan mereka mempunyai bentuk wajah yang lengkap tanpa perlu menyorok tulang pipi dan rahang. Apa yang penting, pada bahagian kepala inner perlu dibentuk sedikit agar tidak terlalu melekat di kepala. Jika inner terlalu melekat, akan menyebabkan dahi yang luas kelihatan ketara.