Menunaikan solat menjadi kewajipan buat semua yang bergelar seorang muslim. Tak kira walau bagaimanapun keadaan kita, sihat atau sakit, dirikanlah solat kerana itu sahajalah masa istimewa kita bersama dengan Dia.
Menerusi perkongsian di Instagram @ilmfeed, dapat kita lihat seorang lelaki yang kelainan upaya (OKU) yang sedang mendirikan solat jemaah di masjid. Sebak rasanya melihat usaha dia dengan menggunakan kaki palsu. Nikmat Tuhan mana lagi yang kau dustakan?
Ads
Subhanallah… Meskipun nampak sukar namun dia tetap gagah melakukannya.
Kita ada terlalu banyak nikmat untuk disyukuri. Yang paling kurang untuk kita buat pun hanyalah solat 5 waktu sahaja tanpa alasan.
Ads
Banyak pengajaran yang boleh kita dapat daripada video yang tidak sampai seminit itu tadi. Jika kita rasa penat untuk mendirikan solat, ingatlah ada orang lain yang lebih penat dan sukar daripada kita namun mereka tetap kuat melakukannya. Sama-samalah kita berusaha menjadi hamba yang lebih baik di sisiNya. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang wanita, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat bergelar sebagai ibu. Dalam kata lain, kebahagiaan dan kesempurnaan itu dapat dikecapi saat menatap zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Namun, rezeki itu hanya Allah yang tahu tentang masanya. Lambat atau cepat, segalanya dari Allah SWT.
Begitulah yang diluahkan oleh pelakon serta pengacara, Siti Elizad atau nama sebenar, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, yang berdoa perihal zuriatnya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya, semalam.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Elizad menitipkan rasa kesabarannya yang menanti kurniaan zuriat dari Yang Maha Esa. Baginya, ini merupakan sebuah ujian yang diberikan kepadanya untuk menguji tahap kesabaran dirinya untuk terus bersyukur dengan apa yang terjadi.
Allah tiupkan kekuatan dengan ujian yang diberi. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik rasa sabar. InsyaAllah sampai masa, Allah beri sesuatu sebagai ganjaran. Terus berdoa, tenang, senyum & bersyukur. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar & redha.
Sempena meraikan sambutan ulang tahunnya lewat 30-an, Elizad turut menzahirkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat seperti kaum wanita yang lain.
Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat, dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
Bagi dirinya, dia tidak pernah berhenti untuk terus berdoa dan akan berharap untuk sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.
Hari ini hari kelahiran kita. Lewat 30-an, masih terus berharap, cekal, bahagia.
Hantaran yang dimuatnaik itu juga turut mendapat komen positif dari rakan-rakan artis yang mendoakan tentang harapan Elizad untuk bergelar ibu. Antara yang turut komen adalah Awal Ashaari, Elly Mazlein, Shuib Sepahtu, Dynas Mokhtar dan lain-lain lagi.
Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil. Dia dan suami, Shamsul Baharin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar untuk mendapat zuriat.
Team Hijabista turut mendoakan agar Elizad akan dikurniakan cahaya mata yang baik sifatnya. Semoga Elizad terus berdoa dan bersabar menanti kehadiran zuriatnya. InsyaAllah, Amin YA RABB!
Apabila raya menjelang, selain bergaya dengan pakaian baru, makan dan bertemu sanak saudara, momen paling seronok adalah merakamkan gambar selfie. 10 cara selfie ini boleh membawa malang di musim perayaan.
Maklum sahaja semuanya serba baru dan jarang bertemu sanak saudara yang hanya setahun sekali ditemui.
Bagaikan tak lengkap raya tanpa gambar selfie untuk dijadikan kenangan setelah dimuat turun dalam aplikasi Instagram. Namun begitu dalam keghairahan berselfie atau swafoto ini jangan dilupa beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Ini adalah sebahagian ‘pantang larang’ yang kita anggap sebagai peringatan sebelum perkara lebih buruk berlaku nanti.
Selfie paling WIN di kalangan anak muda sekarang. Selfie ni makin menular bukan selfie dengan batu nisan siap pose beria di atas tanah perkuburan. Ingat tujuan kita menziarah kubur si mati untuk bersedekah doa bukannya hendak bergembira. Suka admin nak berpesan suatu hari nanti kita juga akan kembali ke rahmatullah, bayangkan kalau kita di perlakukan sebegitu. Jaga adab ketika di tanah perkuburan ye!
Selfie ni kedua popular kebanyakkannya dilakukan oleh wanita-wanita. Janganlah kita selfie ketika orang sedang sembahyang sedangkan anda sibuk berselfie. Apa tanggapan orang lain yang tengok pic anda? Tak ke nanti kena kecam.
Hari raya adalah untuk kita meraikan kemenangan ibadah puasa selama sebulan. Bagi mereka berkemampuan admin minta jangan sesekali selfie dengan barangan mewah. Misalnya nak bagitahu ‘jem on the way’ balik kampung tetapi selfie dengan jam atau beg tangan mewah. Bukan apa di sebalik kemewahan kita ada yang tidak semampu kita untuk meraikan hari raya.
Peel ini selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi admin minta yang sudah dewasa angan buat perangai begini. Takut tuan rumah akan berkecil hati. Anggaplah berapa pun jumlah yang kita dapat, setakat itulah rezeki kita.
Yang ni admin nak tekankan kepada semua hijabi di luar di sana jangan sesekali pose macam ni betul-betulkan kedudukan tudung tu dulu. Kita baru menambah pahala sebulan puasa. Takut sia-sia saja ibadah mereka yang tengok mahupun kita yang upload pic ni.
Selfie yang amat popular juga di kalangan suami dan isteri. Bagi mereka pasangan yang sudah berkahwin tidak perlu nak upload pic sebegini pada umum, cukuplah anda dan pasangan anda yang tahu. Admin takut ada yang tidak suka anda dan akan menambah kebencian pada followers.
Pembaca di luar sana awas ye tindakan anda ini bukan sahaja membahayakan anda tetapi kenderaan lain juga. Nak selfie boleh, tetapi admin sarankan pakir kenderaan di bahu jalan dahulu.
Selfie ini popular di kalangan pemuda kampung yang keluar beramai-ramai menunggang motor tanpa memakai alatan keselamatan diri seperti topi kaledar. Jangan ya, kawasan kampung paling berisiko tinggi. Kalau nak buat juga admin sarankan berhenti dan minta salah seorang kawal keadaan lalu lintas.
Beribadah tu antara kita dengan Allah oleh itu tidak perlu nak menunjuk dan upload pic dengan caption “khatam pun”. Lebih-lebih lagi ketika pose dengan Al-Quran pose yang tidak sopan. Jangan ya!
Selfie lokasi ini bagi yang mereka nak meninggalkan rumah yang agak lama sepanjang cuti raya ni admin nak pesan boleh selfie di depan rumah tapi jangan sesekali tag lokasi. Ini memudahkan bagi penyamun buat kerja diaorang.
Walaubagaimanapun admin ingin berpesan banyak cara kita meraikan kegembiraan di hari raya dan salah satunya berkunjung ke rumah mereka yang lebih tua. Ingat jangan sesekali kita lakukan perkara yang terlarang. Gambarran hanya lah sebagai hiasan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim. ia juga dikenali dengan nama solat al-awwabin dan waktunya bermula setelah terbitnya matahari.
Tambahan pula, Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini:
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Banyak hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya.
1. SOLAT SUNAT YANG SANGAT DITUNTUT
Antaranya ialah dalam Riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. DIMURAHKAN REZEKI DAN ELAK MISKIN
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”
3. GANTI ‘SEDEKAH’
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. DIAMPUNI DOSA
Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala d0sanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
KELEBIHAN SOLAT DHUHA
Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Maksudnya: “Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.” [Riwayat Muslim (720)]
KESIMPULAN
Menjadi satu kemestian bagi setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah agar melaksanakan solat sunat Dhuha pada setiap hari. Ini kerana, ia merupakan sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT terhadap segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita termasuklah nikmat sendi-sendi di dalam badan kita ini.
Marilah sama-sama kita cuba mengamalkan dan beristiqamah dalam melaksanakan solat sunat Dhuha ini di dalam kehidupan seharian kita walaupun cuma dua rakaat kerana itu lebih dikasihi oleh Allah SWT sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.