Wanita dan kecantikan mana bisa dipisahkan. Kalau boleh, sentiasa hendak kelihatan cantik dan menarik. Maka sebab itulah amat penting untuk kita konsisten dengan rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan.

Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Namun lambakan pelembap atau moisturizer di pasaran menyebabkan kita keliru pilihan mana terbaik.

Perkongsian gadis ini di laman sosial facebook Izu Akma menyenaraikan pilihan pelembap muka yang jadi kegemaran ramai dengan harga dijual bawah RM60. Produk ini dijual di farmasi atau drugstore di Malaysia untuk tahun lalu.

Dia turut memberitahu rutin pemakaiannya setiap hari pada siang dan malam dan sangat penting sebagai pelembap muka terbaik.

Rutin harian pemakaiannya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih baik, lembap dan cerah. Bukan itu saja, juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan juga rekahan kulit.

Pelembap muka selalunya bertekstur krim lembut yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Rutin pakai pelembap ni terdapat dalam BASIC skincare setiap hari kitew siang dan malam kena ada. Disebabkan cuaca kat Malaysia tak menentu kejap panasss kejap hujan. So…apa pon terjadi amat penting untuk pakai pelembap muka.

Pasti kita pilih pelembap yang sesuai dengan " skin type " dan " skin concern " memasing taw. Ni kakak manis sharing dengan ualss jenis pelembap terbaik sepanjang tahun 2018 yang terdapat kat drugestore Malaysia. Insha Allah harga pon superb mampu milik kan. Mana tahu terkenan dengan skin ualss .

1. Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil
Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Harga : RM 8.83

IKLAN

2. Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit berminyak.
Harga : 59.75

3. Pelembap terbaik dengan SPF 24.
Krim pelembap muka ini mempunyai sistem nutrisi yang berkesan tiga kali ganda kebaikan untuk kulit. Dengan gabungan vitamin B3, pro B5 dan vitamin E, ia melembapkan kulit wajah, menghilangkan bintik hitam, dan turut mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV yang merbahaya. Kulit kelihatan sempurna cerah dan dilindungi dengan pemakaian pelembap muka ini.
Harga : RM 25

4. Moisturizer bahan dasar air (water based) untuk kulit berminyak. Pelembap yang menggunakan bahan dasar air ini baik untuk kulit kerana ia memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memberikan rasa kelegaan pada kulit yang kering. Selain itu, ia turut membantu dalam mengatasi masalah kulit yang berjerawat kerana ia tidak menjadikan muka anda berminyak apabila memakainya. Teksturnya yang ringan dan lembut pastinya memberikan keselesaan pada wajah.
Harga : RM 38.80

5. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol. Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik ( HA) yang mampu menembusi lapisan kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan kelembapan dan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin. Krim pelembap muka ini bebas dari bahan wangian (no fragrance) , minyak mineral (mineral oil) dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini.
Harga : RM 47.20

IKLAN

6. Moisturizer terbaik untuk memutihkan wajah dan kulit kusam serta dark spot. Pelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu menyuburkan wajah dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan wajah akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya. Kulit akan terasa lebih lembut dan gebu kerana ekstraknya yang diperkaya dengan bunga sakura.
Harga : RM 26.60

7. Pelembap dengan SPF terbaik
Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA / UVB yang membahayakan kulit dengan SPF 15. Formula yang tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.

Secara beransur, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda. Ini pelembap terbaik yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih remaja dan bebas dari tanda-tanda penuaan.

Harga : RM 48.29

IKLAN

8. Pelembap terbaik untuk kulit jerawat (acne prone). Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim pelembap yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.
Harga : RM15.50

9. Moisturizer water-based terbaik untuk remaja.
Jenama Safi Balqis terkenal di kalangan pengguna wanita Malaysia yang inginkan penjagaan kulit wajah sempurna dengan harganya mampu milik. Tekstur gel krim Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah water-based, sesuai untuk remaja aktif yang memiliki kulit berminyak.

Dengan kandungan asid Hyaluronik (HA), Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi, krim pelembap ini berkesan untuk mencerahkan kulit kusam serta kulit akan kekal segar sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi sekata.
Harga : RM 17.80

10. Moisturizer organik yang terbaik untuk kulit kering. Krim pelembap Vitamin E adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, ia juga menyegarkan kulit kering serta melindunginya daripada matahari. Dengan tekstur krim yang tidak berminyak dan cepat diserap, ia sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit dapat dipertingkatkan.
Harga : RM 15.47

11. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi.
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah yang sering berminyak. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.

Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit akan tampil lembut dan bersinar sepanjang hari.
Harga : RM 27.80

Sumber kredit: Facebook Izu Akma dan Google image (gambar)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI