Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tidak kira apa juga pandangan dan jawapan, wanita dan kecantikan bak irama dan lagu. Oleh itu tidak hairan mengapa ramai antara wanita yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghadap cermin semata-mata untuk tampil menawan.

Lumrah manusia sememangnya sukakan kecantikan. Tidak kira menggunakan produk kecantikan yang sedia ada di pasaran mahupun rejim kecantikan menggunakan bahan semula jadi, kedua-dua usaha ini menuju mtlamat yang sama iaitu untuk kelihatan cantik.

Salah satu cara perawatan kecantikan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan kentang dan tepung jagung. Kedua-dua bahan ini dibancuh bersama dan kemudiannya dipakai pada wajah.

Jika diamalkan setiap hari nescaya hasilnya sangat menakjubkan. Yang paling penting ianya tidak meninggalkan kesan sampingan pada kulit wajah.

Berikut cara-cara membuat masker kentang. Cubalah!

MASKER KENTANG BUAT WAJAH TAK JEMU MEMANDANG

BAHAN BAHAN
1 biji kentang
Satu sudu kecil tepung jagung

CARA PENYEDIAAN
1. Rebus kentang sehingga lembut.
2. Kemudian sagat kentang.
3. Campurkan kentang yang disagat bersama tepung jagung.
4. Gaul sebati. Kalau rasa pekat sangat Boleh je nak tambah sesuai air.
5. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biar selama 20 minit. Bilas dengan air bersih.

IKLAN

TIP MUJARAB:
Jika mahukan hasil yang terbaik lakukan setiap malam.

MANFAAT/KELEBIHAN MASKER KENTANG:
1. Cerahkan kulit
2. Haluskan kulit
3. Boleh atasi sunburn
4. Kurangkan kedutan pada wajah
5. Atasi masalah kulit kusam
6. Kecutkan jerawat

MANFAAT KENTANG UNTUK MERAWAT KULIT

MENGUNCI KELEMBAPAN KULIT
Salah satu manfaat kentang adalah dapat mengunci kelembapan kulit secara optimum. Kentang mengandung vitamin C yang cukup tinggi. Vitamin C sendiri merupakan salah satu bahan alami yang juga menjaga sel-sel kulit tetap terhidrasi.

MEMBERSIHKAN NODA BEKAS JERAWAT
Tidak hanya menjaga kulit agar tetap lembap, menggunakan kentang sebagai masker wajah atau kulit ternyata membantu anda menghilangkan noda bekas jerawat. Kentang mengandung bahan yang bersifat sebagai memutihkan. Tidak hairanlah jika menggunakan masker kentang segar mampu membersihkan sel kulit mati dan memudarkan noda hitam pada wajah.

IKLAN

MENCEGAH PENUAAN
Munculnya garis-garis halus pada kulit tentu akan mengganggu penampilan anda. Masalah ini boleh di atasi dengan menggunakan kentang. Kentang mengandungi vitamin C yang bersifat sebagai antioksidan. Antioksidan sendiri merupakan bahan yang mampu menjaga kulit agar bebas daripada kesan radikal bebas yang juga mempercepatkan proses penuaan kulit.
Kentang sendiri sudah digunakan sebagai bahan alami untuk merawat kulit sejak zaman dahulu. Tidak hanya menjadikan kulit lebih cerah, kandungan vitamin dan mineral di dalamnya juga memberikan sejumlah manfaat baik bagi kesihatan kulit.

MENCERAHKAN KANTUNG MATA HITAM
Menekapkan irisan kentang di bawah mata dapat membantu mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata.
Caranya, kupaslah kentang mentah dan hiris menjadi potongan besar. Bungkus dengan kain bersih dan letakkan di atas lingkaran mata yang menghitam selama sekitar 20 minit. Cuci perlahan-lahan mata anda dengan air suam.

MENGATASI KULIT BERKEDUT
Kentang bekerja efektif dengan baik dalam memperlambat tanda-tanda penuaan, terutama kedutan di wajah. Antioksidan dalam sayuran, seperti vitamin C, dapat mengatasi kulit yang mulai berkedut.
Caranya, kupas dan tumbuk kentang hingga halus kemudian oleskan pada kulit Anda. biarkan selama sekitar 20 minit dan kemudian cuci dengan air dingin.

MENGUBATI KULIT SUNBURN
Khasiat kentang baik untuk mengubati kulit yang terpapar sengatan matahari. Caranya hanya menggunakan hirisan kentang dingin di bahagian kulit yang terkena sengatan matahari. Biarkan selama sekitar 20 minit. Anda juga boleh mengoleskan jus kentang pada kulit. Rutin melakukannya memberi sensasi dingin dan bahkan mengurangkan dan menyamarkan kulit coklat kerana berjemur.

IKLAN

MEMBANTU MENCERAHKAN KULIT
Adakah anda tahu bahawa kentang adalah agen pencerah kulit alami? Ini yang boleh anda lakukan menggunakan kentang dan lemon.
Caranya parut kentang mentah dan oleskan masker di wajah anda. Bilas dengan air setelah 30 minit. Lakukan cara ini dengan teratur. Kesannya wajah anda bersih dan cerah. Anda juga boleh menggunakan jus kentang dan lemon untuk mencerahkan kulit secara alami. Masker lemon+ kentang dapat bertindak sebagai agen yang mencerahkan kulit wajah.

MENGATASI KULIT KERING
Jika mengalami kulit kering, yang perlu anda lakukan hanyalah menggunakan bahan yang biasa anda temukan di dapur. Campurkan kentang dan setengah sudu teh dadih.
Caranya parut kentang dan sebatikan dengan dadih. Oleskan pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit. Kemudian cuci dengan air biasa. Masker ini membantu melembapkan kulit dan merawat kulit kering.

MENGANGKAT SEL KULIT MATI
Cukup gunakan kentang parut dan sapukan pada wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan cara ini dengan teratur. Ia dapat membantu mengangkat sel kulit mati dan meremajakan kulit anda.

MENINGKATKAN KESIHATAN KOLAGEN
Kentang kaya dengan vitamin C, yang membangun kolagen. Menggunakan kentang secara teratur (dengan cara yang sihat) dapat membantu meningkatkan kesihatan kolagen.

KHASIAT TEPUNG JAGUNG UNTUK KULIT:
*Kandungan tepung jagung mampu menyerap lebihan minyak pada kulit untuk mengetatkan liang pori.
*Sapuan tepung jagung akan menjadikan kulit lebih tegang, melambatkan tanda penuaan, menghilangkan garis kedutan, menganjalkan kulit dan mengangkat kulit yang kendur.
*Kulit menjadi segar bertenaga, tidak kusam dan lembap sentiasa. Tepung jagung juga bersifat antiseptik, sekali gus melegakan jerawat dan bintik hitam pada muka.
*Pupur berasaskan tepung jagung jika diamalkan selalu boleh mencerahkan kulit serta menjadikan kulit lebih segar bermaya.

Haaa mudah jer kan. Jimat pun jimat. Selamat mencuba uols. Selamat berseri seri hari hari.

Sumber kredit: Nanie Ripin

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI