Masalah breakout atau jerawat sememangnya amat ditakuti ramai tidak kira wanita mahupun lelaki. Ia akan membuatkan seseorang itu rasa hilang keyakinan diri. Jika boleh mahu disorokkan sahaja wajah yang ditumbuhi jerawat namun hakikatnya mana mungkin kita berbuat demikian.

Maka bagi mereka yang mengalami masalah breakout, mereka terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang dialami. Bukannya tidak berusaha namun hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana sukarnya untuk merawat masalah breakout yang dialami.

Berikut perkongsian Beauty Liyliz bagaimana dia berusaha merawat masalah breakout yang dialaminya..

Liz sebenarnya happy sangat bila kulit dah bersih dari jerawat, orang lain ada sebiji jerawat pun dah bising-bising ini kan liz yang ada banyak gilerrr jerawat.

Kadang-kadang dengar orang sebut jerawat pun liz terasa, sebut pasal pakai makeup pun liz terasa, apa-apa yang pasal kulit mesti sentappp giler. Seolah macam liz tak jaga kulit, kalau sampai nenek sendiri pun boleh risau pasal kulit liz kiranya memang terukk giler la ni.

Ni masa 2016, kulit dah pulih on off on off. Panas dalam kulit dah takda, waktu bergantung pada ubat doktor. Ubat ni bagus berkesan cepat tapi ada kesan sampingan, bibir pecah, mata jadi kering dan makin rabun lagi-lagi sebab liz tak minum air dengan secukupnya. Selainnya liz tak pakai lagi skin care yang tetap sebab asyik nak cepat rasa lawa jalan mudah liz spend duit banyak dekat barang makeup. Dengan makeup boleh lah tutup sikit comot-comot dekat muka.

Letih sangat, give up dah juga sebab macam-macam treatment buat sepanjang 2013-2016. Ubat makan, laser treatment pun buat, facial extraction pun buat macam-macam buat tapi bila stop ubat, muka naik semula jerawat. Bahana nya pakai local produk, dan kulit berjerawat ni memang banyak kena sabar.

Decided untuk stop makan ubat, naik semula jerawat tapi kalau akak perasan kulit ni ialah ada jerawat timbul-timbul berbanding sebelum ni 2013 kulit kotor hitam-hitam. Liz rasa ubat ni ada bagusnya untuk fight acne tapi tulah sampai bila nak bergantung pada ubat?

2016 Ogos liz stop sebab nak ready kahwin Dec 2016, sebab ubat ni kena stop 6 bulan awal if planning untuk ada anak. Manatau stop, aduiii naik mencanak macam ni lagi 5 bulan nak kahwin. Down habis, stress tak payah cakap.

IKLAN

Urgent pergi klinik ambil ubat, liz consume untuk sebulan ubat. Sambil tu cari alternative baca cara-cara lain untuk kawal jerawat. Bermula bulan 8 tu liz gigih juga untuk kawal permakanan dan minum air banyak. Bulan 9 jerawat berkurang tapi tak surut semuanya. Masa kahwin makeup pun memang nampak jerawat tu ada tapi MUA sekarang semua hebat-hebat tak payah risau.

2017 perjalanan sebagai isteri dan rezeki awal pregnant. April 2017, pregnant masa ni 3 bulan. Kulit berpasir dan berminyak. Masa ni pakai je apa brand yang ada dekat Watson/Guardian. Walaupun tak berkesan tapi selamat dari guna produk local yang ada mercury.

2018, January liz tekad nak belajar pasal skin care jadi liz rasa ilmu dekat internet ni tak mencukupi. Liz sign in jadi beauty consultant sebab nak pergi kelas skin care. Liz belajar pasal asas skin care yang betul.

1. Cleanser
2. Masker
3. Toner/Freshner
4. Moisturizer
5. Sunscreen / Serum

2018 ialah experiment dengan kulit sendiri dengan asas skin care yang betul. Liz baca bahan dan fahami kulit sendiri apa yang liz sensitif, dan barulah liz tahu liz sensitif pada skin care yang ada green tea. Untuk sesetengah orang, green tea bagus untuk rawat jerawat. Ada sesetengah sensitif jadi gatal macam kulit liz.

IKLAN
Pakai masker yang betul. Dan liz hadir workshop kenali produk.
Kulit liz masa 2019, di atas.
Walaupun dah tiada jerawat tapi masih ada parut di bahagian pipi. Macam ni pun liz dah rasa happy.

2020, jom road to glass skin.
Untuk skin care yang pakai pula, liz pakai Mary Kay. Sebab utama, Mary Kay 1 nya produk yang bagi liz jaminan 90 hari refund / tukar produk sekiranya tak sesuai.

1. Cleanser – liz pakai Lumivie, produk ni pula tahan selama 5-6 bulan jadi sangat berbaloiiii


2. Masker – Liz pakai 2/3 kali seminggu, liz ada beberapa jenis kesukaan masker jadi liz akan pakai bergilir-gilir mengikut keadaan kulit. Liz akan pakai charcoal masker Mary kay ni sebab ni the best masker utk serap minyak dekat kulit muka. Yang lagi 1 ialah moisturizing masker yang liz akan pakai bila kulit rasa kusam dan terlalu kering bila kena aircond lama sangat.

 

3. Freshner & Toner – Lepas cuci muka, liz mg sukaa sangat pakai freshener dan toner sebab rasa kulit sangat segar dan ceria. Macam boost up mood keceriaan gitu

IKLAN

4. Moisturizer – Sangat-sangat penting, ramai orang kulit berjerawat tak nak pakai moisturizer sebab rasa takut nanti jerawat naik lagi banyak. Ada betulnya jadi macam tu tapi sebenarnya perkara ni jadi kalau kita pilih salah moisturizer. Liz pun sama, macam-macam dah cuba moisturizer sampailah jumpa moisturizer Clear Proof ni sebab moisturizer ni bantu kawal acne dan kulit berminyak. Based dia pun macam air, tak berminyak. Cepat serap dekat kulit. Bila kulit cukup kelembapan, parut jerawat pun cepat lah pudar sebab tu penting sangat moisturizer ni.

5. Suncreen/Serum – Kalau masa kulit liz banyak jerawat liz memang tak pakai lagi serum, sebab pada liz serum ni macam baja. Terlalu bagus, kalau ada jerawat tapi pakai serum, jerawat pun lagi lah tumbuh segar bugar. Tapi bila jerawat dah takda, kulit memang glowing sangat bila pakai serum ni. Jadi sebelum serum liz pakai suncreen spf 15, liz tak pakai yang tinggi sangat spf sebab terlalu tinggi spf kulit liz akan jadi clog pore. Pelik kan? Mungkin sebab kulit liz tak ready lagi untuk gunakan spf protection yang tinggi. Jadi seminima yang mungkin pun dah alahamdullilah skin ready untuk makeup.

Serum favorite liz.
Ni pula ubat jerawat wajib ada. Liz pakai ni seluruh muka selama tahun sebab fobia dengan jerawat. Sampai jerawat tak naik baru liz stop kurangkan pakai cuma ketika perlu je.

Sebenarnya ramai juga kawan-kawan liz yang lebih pentingkan makeup dari skin care tapi terpulang itu pilihan masing-masing. Pengalaman yang liz ada ni liz anggap sebagai peluang untuk liz kenal lebih ramai orang sebab melalui sharing liz di blog dan media sosial buat liz sedar yang liz tak keseorangan ada masalah macam ni.

Banyak juga email-email dari reader blog mengadu rasa down dan tertekan. Jadi sebenarnya masalah kulit ni boleh jadi salah satu faktor kita sebagai perempuan jadi tertekan. Depression sampai ada yang cakap tak suka dengan diri sendiri.

Orang sekeliling pun janganlah sindir-sindir golongan yang ada masalah macam ni. Boleh jadi mental toucher sebab liz pun pernah alami, bila ambil gambar liz dulu guna filter, ada kawan-kawan sindir juga. Pada liz kalau setiap apa yang orang lain suka buat dan benda tu boleh buat dia rasa happy biar je la kan.

Walaupun pergi bercuti, liz akan angkut semua skin care. Liz tak kisah bawa banyak-banyak macam ni pun, janji kulit sihat. Nak cantik memang susah, percayalah. Nak dapat kulit sihat tak cukup dengan pencuci je. Kena ada asas penjagaan kulit yang betul.

Apa yang liz buat ialah percaya suatu hari nanti boleh jadi cantik. Semua perempuan cantik jadi jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain. So far ini sahaja rutin yang liz buat. Jangan makan, jaga asas skin care, pilih makeup yang selamat.

HIJABISTA: Moga pengalaman yang dikongsikan oleh wanita ini dapat dijadikan panduan dan info yang berguna buat mereka yang sedang mengalami masalah breakout yang teruk.

Sumber kredit: Beauty Liyliz

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI