Kulit yang bersih dan sihat sememangnya menjadi idaman ramai wanita mahupun lelaki. Namun masalah yang sering dihadapi ramai ialah jerawat dan juga blackhead. Bintik hitam sering ‘wujud’ di sekitar hidung dan bibir. Ia turut jelas kelihatan pada individu memiliki pori terbuka yang membuatkan penampilan wanita kurang sempurna.

Sumber gambar: independent.co.uk

Jeragat atau bintik pada wajah dianggap sebagai cela yang membuatkan kulit tampak tidak sempurna. Ia membuatkan kulit wajah kelihatan tidak sempurna. Jeragat hanya boleh ditutup dengan menggunakan produk solekan namun ia hanyalah bersifat sementara.

Kedua-dua masalah kulit ini tidak boleh hilang dengan sendirinya. Ia perlu dirawat. Bagi mereka yang lebih gemar dengan cara perawatan semula jadi, boleh cuba cara ini.

Petua Tradisional Hilangkan Jeragat/Bintik Hitam

IKLAN

Petua 1: Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air suam.

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air suam.

IKLAN
Sumber gambar: healthline.com

Petua 3: Ambil beberapa helai daun sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut. Kemudian bilas dengan air hingga bersih.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, sedikit air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.

IKLAN
Sumber gambar: besthealthmag.ca

Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Sumber: Nurul Diyana Kamaludin via Petua Hilangkan Jeragat dan Bintik Hitam

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI