Ustaz Kazim Elias Terharu Anak Dapat Straight ‘A’ SPM, Ucap Terima Kasih Pada Guru

Share

Hari ini penantian pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ‘berakhir’ juga. Keputusan SPM 2019 telah keluar. Pastinya ia amat dinanti-nantikan.

Antara yang mendapat perkhabaran gembira adalah anak perempuan kepada penceramah selebriti iaitu Ustaz Kazim Elias, dimaklumkan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Menerusi perkongsian di Facebooknya,  penceramah tersebut telah berkongsi keputusan anak perempuannya, yang memperolehi kesemua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Alhamdulillah… tahniah buat anak..
Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak saya..dan semua staf Sek. Men. Sains, Tapah, Perak.

 

Melihat keputusan cemerlang, Rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan anak kepada pendakwah terkenal tersebut. Melihat keputusannya yang cemerlang, tentunta si anak berjaya membanggakan kedua ibu bapanya.

BERIKUT UCAPAN TAHNIAH DARIPADA NETIZEN

SEMOGA TERUS CEMERLANG DUNIA AKHIRAT

KEPUTUSAN YANG SANGAT CEMERLANG! TAHNIAH!

 

Sumber kredit: Dato’ Ustaz Kazim Elias

IKLAN