Gigi yang putih bersih memang menjadi idaman ramai tidak kira wanita mahupun lelaki. Senyuman pasti tidak nampak sempurna apabila gigi berwarna kuning. Pastinya ia mengundang rasa tidak selesa terutama ketika berdepan dengan orang ramai.

Photo by -shiny-diamond from Pexels.

 

Tidak dapat dinafikan, gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya. Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang? Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim  (Klinik Pergigian Azila, Bangi).

Jangan percaya iklan ubat gigi sumber arang untuk putihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.

APAKAH FUNGSI ARANG?

Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.

Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.

Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.

Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Apabila enamel menipis ia tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Ia menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu dari serbuk arang menyebabkan gigi bukan saja tidak putih, malah menjadi kelabu kekuningan.

IKLAN
Photo by sora-shimazaki from Pexels.

Anda boleh guna apa saja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi ia perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.

Jika produk pemutih gigi serbuk arang itu sahih mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia selamat dan boleh digunakan. Rawatan pemutihan atau “teeth whitening” yang sebenar adalah doktor gigi menggunakan bahan ‘carbamide peroxide’ atau ‘hydrogen peroxide’.

Hanya kepekatan 35% HYDROGEN PEROXIDE boleh putihkan gigi. Walau bagaimana hasil bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini kemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.

Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan ber”ulcer”. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.

BAHAN MITOS PUTIHKAN GIGI

Serbuk arang, baking soda, lemon adalah MITOS untuk putihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi “activated charcoal” AC/ arang ni. Gigi bertambah haus dan sensitif.

IKLAN
Photo by kaboompics-com from Pexels.

Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ni boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses dibawah suhu yang tinggi.

Kesannya, arang yang terhasil akan buat ia lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.

Jadi kalau anda tanya “Adakah AC ni putihkan gigi secara langsung ke? ”
Jawapan: TIDAK.

Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.

Pertama sekali kena faham yang warna natural gigi memang agak sedikit kuning sebab lapisan paling luar gigi (enamel) ni nipis dan lut sinar, gigi kita sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning. Kebiasaannya doktor gigi tak pandang pelik pada orang yang gigi sedikit kuning, sebab ia memang warna natural gigi.

IKLAN

TIP MEMUTIHKAN GIGI YANG BETUL:

1.Beruslah gigi 2 kali sehari selama 2 minit.
2.Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
3.Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4.Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5.Lakukan pemeriksaan gigi berkala di Klinik Pergigian.
6.Lakukan rawatan pemutihan gigi di Klinik Pergigian berdaftar.

Sumber kredit: Dr Azila Mohd Kassim  (Klinik Pergigian Azila, Bangi)

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI