Usaha Sepenuh Hati, Nora Danish Berjaya Khatam Quran Sekali Lagi Di Bulan Ramadan

Share

Ramai yang mengidamkan untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadan nam tak semua berkesempatan melakukannya.

Berjaya menyempurnakan impiannya, Nora Danish bersyukur dan meluahkan rasa terharu apabila dapat khatam Al-Quran pada Ramadan yang ke-22 lalu.

Ramadhan 22 🤍

“Alhamdullilah syukur ya Allah. Road to khatam Quran bulan Ramadhan , Allah kabulkan.


Syukur ya Allah.Terima kasih Allah.

“Lepas khatam tadi di rumah Mak Nora, terus Hujan. Hujan rahmat.
Habis doa hujan berhenti. MasyaAllah. Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua,” luah pelakon drama Puteri ini di laman instagramnya.

Memang mengagumkan sungguh usaha Nora ini. Sebelum ini, dia pernah meluahkan hasratnya untuk mengaji bersama ustazah bagi memantau dan menyempurnakan lagi bacaannya agar dapat khatam lagi seperti tahun lalu.

MasyaAllah, tahniah Nora! Moga kita semua sama-sama beroleh keberkatan dan rahmat yang dihajati sempena bulan yang mulia ini.

 

IKLAN