Setiap umat manusia yang ada di atas muka bumi ini pasti tidak lari dari ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara, bentuk dan tidak kira masa sekalipun dan inilah yang menjadikan kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya, kita sebagai umat Islam usahlah mengeluh jika ditimpa sesuatu ujian malah bersyukurlah kerana itu tandanya Allah masih menyayangi kita. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al Baqarah 2:286)
Perjalanan kita di dunia ini tidak pernah lari dari diuji. Tidak kira umur mahupun warna kulit, jika Allah menghendaki seseorang hambanya itu diuji, maka diturunkan ujian dalam segala jenis bentuk. Mengapakah manusia diuji?
Apakah hikmah di sebalik setiap ujian yang diturunkan?
Allah S.W.T menurunkan ujian kepada hamba-hambanya untuk mengetahui siapakah yang benar-benar mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan redha dengan ujian yang diberikan. Jika kita berjaya menghadapi ujian ini dengan tenang dan hati yang ikhlas, maka besar sungguh ganjaran yang akan diberikan kepada seseorang itu.
Maka, sudah terang lagi bersuluh, setiap ujian itu pasti ada ganjarannya. Usahlah kita berprasangka buruk terhadap-Nya dan sentiasalah bersyukur dengan segala yang melanda dalam kehidupan kita. Teruskan bersabar, husnuzon dan kuatkan iman! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi terkenal Adira Suhami selamat melahirkan cahaya mata ke empatnya di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh semalam. Khabar berita ini telah dikongsikan dengan orang ramai melalui akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum .. alhamdulillah syukur 🙏🏻 ami dengan bby selamat 29/09/22”
Penyanyi terkenal itu kini berumur 31 tahun dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015. Menurusi perkongsian dari mstar, Adira telah melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram secara pembedahan.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.”
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.”
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” ujarnya lagi.
“Alhamdulillah tahniah, semoga baby sentiasa sihat. Selamat berpantang ibu 💕”
“Congrats dear Dira 🤗 semoga mummy baby sihat2 and selamat berpantang 😘♥️”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Adira. Semoga Adira terus sihat dan menjalani hari berpantang dengan sebaiknya.
Mungkin ada di antara kita pernah mendengar ungkapan “Di sebalik setiap lelaki yang berjaya ada wanita hebat di belakangnya”. Ungkapan ini tidak mutlak, tetapi sebenarnya kisah ini benar-benar berlaku, bahkan sejak zaman Nabi Muhammad.
Siti Khadijah, isteri pertama Rasulullah SAW atau Baginda Nabi Muhammad yang juga menjadi cinta sejati Rasulullah. Kerana Nabi tidak berkahwin lagi dengan mana-mana wanita sehingga Khadijah meninggal dunia.
Kecintaan Nabi kepada Khadijah adalah fitrah memandangkan Khadijah adalah wanita yang sentiasa mendampingi perjuangan Nabi, lebih-lebih lagi apabila memikul amanah Allah SWT.
Selain sebagai isteri yang ideal, Khadijah juga mempunyai beberapa sifat baik lain yang patut dicontohi terutama wanita masa kini. Apakah ciri-ciri teladan Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW?
Khadijah seorang wanita yang solehah, taat kepada agamanya dan sentiasa menjalani kehidupannya sebagai seorang muslimah yang baik. Beliau merupakan wanita pertama yang memeluk Islam dan tambahan pula beriman dengan ajaran dan khutbah Rasulullah SAW.
Keimanan dan ketakwaan Khadijah yang tinggi membuatkan dia sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Malah dikatakan beliau menggunakan hartanya untuk membantu dalam proses penyebaran Islam.
Khadijah sudah terkenal sebagai seorang saudagar yang berjaya sebelum menikah dengan rasul, bahkan dianggap sebagai orang terkaya Mekah pada zamannya. Paling best, dia menjalankan perniagaan sendiri. Anda tidak terlalu bergantung kepada orang lain untuk perniagaan perdagangan anda. Kejayaannya membuktikan Khadijah seorang wanita yang tabah dan berdikari.
Bukan rahsia lagi bahawa Khadijah juga seorang isteri yang setia kepada suaminya Rasulullah SAW. Kesetiaan ini ditunjukkan dalam kepercayaannya kepada ajaran Rasul dan taat setia kepada Nabi dalam menyebarkan Islam.
Ketika Rasul mengalami kesulitan dalam melaksanakan amanat dakwah dari Allah SWT, Khadijah setia menemani, meyakinkan dan mendukung Rasul. Tindakan ini akhirnya memberi impak yang sangat besar kepada umat Islam dan menjadikan Khadijah sebagai suri teladan.
Kepintaran dan kelicikan juga merupakan salah satu sifat teladan Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW. Dia juga menggunakan kecerdasan ini sejak muda, terutamanya dalam perjalanannya untuk membina perniagaan perdagangannya.
Dikatakan bahawa Khadijah tidak pernah secara rawak memilih orang yang akan bekerja dengannya. Ini kemudian menjadi strategi beliau untuk mengembangkan lagi perniagaan untuk mencapai kemuncak kejayaan ketika itu.
Khadijah memiliki pengetahuan diri, iaitu kebolehan untuk menegakkan kehormatannya, bukan sahaja dalam urusan perdagangan. Sejak kecil, Khadijah sentiasa menerapkan ajaran ayahnya agar menjauhi perkara yang boleh memudaratkan akhlaknya. Setelah memeluk Islam, beliau melaksanakan peranannya sebagai seorang wanita dengan sebaik-baiknya, malah mengabdikan diri kepada Allah SWT dan mentaati segala perintah-Nya.
6.Tegas Dalam Sikap Dan Komitmen
Sifat teladan Khadijah adalah kebolehannya teguh dalam sikap dan ketaatan. Sambil mengekalkan kehormatannya, dia tidak sekali pun tergoda untuk melanggar peraturan.
Dikatakan bahawa setiap kali Khadijah melewati rumah Abu Lahab lalu dia melihat ada pesta di rumah itu, Khadijah tidak pernah ada sedikit pun minat atau keinginan untuk mendekat. Kerana beliau sentiasa menjunjung segala ajaran keluarganya yang juga seorang tokoh yang disegani.
Akhirnya sifat teladan Khadijah sebagai isteri Rasulullah juga terserlah apabila bergelar isteri mampu menenangkan hati suaminya. Contohnya, ketika Rasul menerima wahyu pertamanya di Gua Hira, Khadijah cepat-cepat menemani dan menyelimuti Rasul, yang ketakutan setelah melihat malaikat Jibril. Kemudian dia meyakinkan rasul itu bahawa sosok itu bukan syaitan, jadi dia tidak perlu takut.
Inilah ciri-ciri teladan Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW, menggambarkan kedua-dua sosok wanita dan isteri terbaik. Saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menjalani kehidupan seharian anda!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.