Aktiviti fizikal yang kerap boleh memberikan manfaat kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Setiap individu digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal atau kecergasan sekurang- kurangnya 150 minit setiap minggu, atau 30 minit setiap hari. 

Sumber gambar: The Irish TImes

Aktiviti fizikal 150 minit seminggu, mampu mengekalkan berat badan ideal dan mampu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Aktiviti yang mengambil masa lama atau tanpa henti seperti jogging, berjalan laju, hiking, berbasikal, berenang atau senamrobik pula boleh meningkatkan ketahanan jantung. 

PEMERIKSAAN KESIHATAN 

Individu yang serius dalam penjagaan kesihatan dinasihatkan untuk mengikut aktiviti atau rejim harian yang dilakukan oleh ikon mereka agar sentiasa bermotivasi. 

Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan lebih kerap untuk mengetahui dan memantau tahap kandungan gula dalam badan.

PIRAMID AKTIVITI FIZIKAL 

Sumber gambar: Tips Sihat

Pada tahun 2016, bahagian pendidikan kesihatan telah mengeluarkan jadual piramid aktiviti fizikal, dan mengklasifikasi setiap aktiviti mengikut keperluan. 

IKLAN

Piramid aktiviti fizikal ini menunjukkan kepada orang ramai tentang pilihan aktiviti yang perlu dilakukan dan dielakkan. Sebagai contoh, aktiviti secara harian seperti naik turun tangga disenaraikan sebagai antara aktiviti yang amat digalak- kan dan perlu dilakukan setiap hari. 

Piramid Aktiviti Fizikal adalah satu panduan yang mudah untuk membantu seseorang menjadi lebih aktif secara fizikal. Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan pada paras paling bawah piramid adalah aktiviti yang harus dilakukan dengan lebih kerap, dan sebaik-baiknya dilakukan setiap hari. Manakala aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti yang harus dihadkan. 

Nasihat sebelum mengikut Piramid aktiviti fizikal:


• Jalani pemeriksaan kesihatan dan dapatkan nasihat mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti fizikal. 

• Pengecualian untuk mereka yang mem- punyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, asma, osteoporosis dan obesiti. 

IKLAN

• Lelaki lebih 40 dan wanita lebih 50 perlu berjumpa doktor atau pakar kesihatan mereka pembekal sebelum memulakan program aktiviti fizikal yang lasak. 

• Dapatkan nasihat mengenai berapa kerap dan berapa lama untuk bersenam. Kecergasan mempunyai pengertian yang berbeza-beza bagi setiap individu. 

Piramid aktiviti fizikal ini menjelaskan:

 i). Setiap hari lakukan sebanyak mung- kin dan lebih aktif seperti aktiviti naik tangga, berjalan ke pejabat, menyapu sampah,melakukan kerja-kerja rumah, berkebun dan lain-lain lagi.
ii). Lakukan aktiviti aerobik dan bersukan tiga hingga lima kali seminggu antara 20 hingga 30 minit setiap sesi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berjalan pantas, berbasikal, berenang, berjogging, bermain badminton dan sebagainya.
iii). Libatkan diri dalam kegiatan berfaedah seperti senaman untuk fleksibiliti kekuatan daya tahan otot untuk jangka masa dua hingga tiga kali seminggu seperti tekan tubi, angkat berat, regangan dan angkat tubi.
iv). Kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton televisyen, bermain komputer dan berehat sepanjang masa atau aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Aktiviti ini akan menjadikan anda terasa lesu dan ada kalanya seseorang itu akan cepat menjadi stres. 

IKLAN

MASA DIPERUNTUKKAN UNTUK AKTIVITI FIZIKAL 

Sumber gambar: Luxurious Magazine

Golongan

Dewasa: 30 minit

Remaja: 60 minit

Kanak-kanak: 60 minit

Warga emas: 30 minit

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI