Bersolek memang boleh membuatkan kita rasa semakin yakin dengan diri kita apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Namun, yang tak seronoknya adalah apabila mekap tersebut tidak tahan lama dan mula ‘luntur’ tidak lama setelah diaplikasikan di wajah.
Hmm, kenapa agaknya ya jadi begini? Mungkinkah ada teknik yang kita terlepas pandang? Jika nak tahu cara sebenar bagi membolehkan mekap tahan lama di wajah, ikuti tip berguna yang dikongsikan oleh Lina Shaari ini. Pasti menjadi!
Step by step…
Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takdela bercapuk muka tu nanti.
Jadi macam mana nak mula? Meh Kak Lina share apa yang perlu
(1) PELEMBAP
Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.
Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based
(2) SERUM & ESSENCE
Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.
Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.
Beza essence dengan serum, tekstur essence lagi light.
(3) PRIMER
Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.
Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk.
Primer bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.
(4) CONCEALER
Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.
Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan.
Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.
(5) COMPACT / LOOSE POWDER
Tujuan utama powder ini adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.
Ia berbeza sedikit dengan jenis two-way cake di mana ia adalah bedak kompak yang boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.
Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.
(6)PEMILIHAN FOUNDATION
Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.
Pilih foundation yang betul berdasarkan
jenis shades, coverage, dan juga finishing yang tepat.
Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing
(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY
Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh.
Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit.
Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali.
Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.
Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib.
Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih cantik.
Perut yang kempis dan rata sememangnya menjadi idaman ramai wanita. Maka sebab itulah ramai wanita sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat memiliki perut seperti yang diinginkan. Ada yang sanggup mengeluarkan bajet hingga ribuan ringgit malahan puluhan ribu ringgit semata-mata hajat yang satu ini dapat dipenuhi.
Ayuh kita cuba petua mudah ini. Moga cita-cita kita untuk mendapatkan perut yang kempis, rata dan cantik menjadi kenyataan. Pokok pangkalnya kita perlu disiplin dan konsisten untuk melakukannya.
Petua hilangkan lenguh-lenguh badan, buang angin dan kempiskan perut.
1) Air rebusan daun pandan. Berapa helai daun pandan nak guna?, lagi banyak, lagi pekat airnya
IKLAN
2) Halia (2 inci diketuk)
3) Gula batu (1 ketul).
IKLAN
Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam2 sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
IKLAN
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut ( perut lepas bersalin dan nak hilangkan perut gendut).
Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak sempat. So, buat malam je, 2 jam sebelum tido. Errmm hasil dia, bedebus2 angin sesat keluar dari badan… Barang pun senang nak carik. Masih boleh telan. Cuba lah..
Sumber kredit: Nurul Aryani Akhbar via Kami Suri Rumah
Tahun 2020, setiap hari adalah peluang baru untuk membuat perubahan baru walaupun anda tidak dapat melakukan banyak perkara mengenai tahap tekanan yang menyebabkan kekacauan pada kulit. Usaha melakukan sesuatu untuk mengatasi garis-garis halus, kedutan, dan tanda-tanda penuaan kulit yang anda lihat, berkat asas anti-penuaan. Pehh meletihkan!
PIC: LIVEABOUT
Oleh itu, pertama anda perlu jelas bahawa penuaan bukanlah perkara yang buruk. Jika anda lebih pintar, mempunyai pelbagai palet solekan dengan mencuba trend solekan yang menampilkan keremajaan, ramai yang tertipu dengan usia sebenar. Cuma kulit anda memerlukan cinta dan penjagaan yang lebih lembut. Oleh itu, alasan untuk mengambil salah satu foundation ini sangat penting.
PIC: TIPS FOR WOMEN
Diisi dengan antioksidan tegar, penghidratan, dan penggalak kolagen, 12 formula ini, benar-benar mengurangkan kedutan dan bintik-bintik gelap yang datang dengan penuaan apabila digunakan setiap hari. Oleh itu, jom semak beberapa foundation pilahan terbaik yang menampakkan hasil pantas.
Pemenang anugerah ini mempunyai kelab peminat selebriti mulai dari Kim Kardashian West hingga Chrissy Teigen. Penggunaan “sutera” dalam namanya sesuai dengan kualitinya yang ringan. Tekstur seperti mentega sambil memberi anda liputan yang cukup untuk menyembunyikan jerawat yang menjengkelkan, bintik-bintik matahari dari terlalu lama berkeliaran di pantai, dan banyak lagi.
Apa yang anda dapat apabila anda mengumpulkan bersama-sama ekstrak cendawan yang mengencangkan kulit, asid hyaluronik yang banyak dan sejumlah besar vitamin C yang memudarkan kedutan. Sihir tulen, atau lebih tepat lagi pusat kuasa anti-penuaan ini dari Charlotte Tilbury.
Concealer maybelline adalah barisan teratas paling laris dan menjadi kegemaran yang mengandungi goji berry dan kolagen, yang membantu mengetatkan, menghidrat, dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Juga dilengkapi dengan SPF 18.
Sekiranya anda seorang yang minimalis mengenai produk kecantikan, inilah foundation yang diformulasikan dengan pelembap, serum, dan primer yang sangat menghidrat semua dalam satu botol. Rumus Teknologi Tri-Shield atau cara lain yang menarik untuk mengatakan “faedah pencegahan usia” juga dilengkapi dengan SPF 20, jadi jika anda lupa memakai beberapa Langkah rejim kecantikan anda, hangan risau hanya satu sapuan semuannya sudah terlindung.
Foundation ini menawarkan Miracle Broth yang luar biasa yang terkenal dengan kebanyakan produk La Mer, yang memperbaharui sel kulit dengan kilat setiap kali anda memakai. Bintang sebenar foundation ini adalah teknologi kapsul warnanya, yang memastikan warna kulit anda tetap sama sepanjang hari, tidak kira tekanan atau aktiviti harian.
PERSIS TIADA SOLEKAN
6. LANCÔME Skin Feels Good Skin Nourishing Foundation
Apabila anda ingin memakai foundation, tetapi ingin melepaskan penampilan “tanpa solek”, ini pilihan yang tepat. Ini adalah warna kulit tanpa minyak yang bermaksud ia tidak mempunyai rasa “cakey” yang dimiliki kebanyakan foundation. Dibungkus dengan moringa seed dan asid hyaluronik yang melembapkan tetapi tidak menenggelamkan pori-pori anda.
IT Cosmetics mencipta foundation yang sangat kering ini, diisi dengan apa yang diinginkan oleh setiap pencinta penjagaan kulit yang baik seperti asid hyaluronik, peptida anti-penuaan, dan kolagen yang dihidrolisis, kedutan dan garis halus akan hilang selamanya.
Terdapat dalam 33 warna cantik, foundation ini menepati janji untuk memperbaiki kulit setiap jam dengan kelihatan lebih baik semakin lama anda memakainya. Tidak pernah berkerut atau masuk ke kerutan dahi yang menjengkelkan, resipi ekstrak raspberry, epal, dan tembikai juga meningkatkan tekstur kulit anda dari masa ke masa.
Tidak seperti kebanyakan foundation anti-penuaan, yang diselitkan dengan bahan-bahan yang hanya melembutkan atau menyamarkan garis-garis halus, formula foundation popular dari drug store berkrim ini sebenarnya mengandungi retinol untuk mempercepat pengeluaran kolagen anda semasa anda memakainya. Pastikan anda memasangkannya dengan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 35 setiap pagi.
Anda sentiasa melihat fondation ini di setiap iklan komersial dan majalah selama bertahun-tahun, ia seolah-olah seperti produk gimik untuk dilangkau. Tetapi formula itu benar-benar berkesan, berkat niacinamide (bentuk vitamin B3 anti-penuaan yang kuat) dan vitamin E, yang bergabung untuk menghentikan dan mencegah kerosakan kulit.
Seiring bertambahnya usia, kulit kehilangan keupayaannya untuk mengekalkan kelembapan, menjadikannya kelihatan kusam dan krep-y. Walau bagaimanapun, foundation penghidratan ini meningkatkan semula penghalang kulit anda dengan campuran antioksidan, menjadikannya sangat halus dan bersinar.
Campuran gliserin penghidratan, kolagen larut, dan dos retinyl palmitate yang tinggi (turunan vitamin-A yang serupa dengan retinol) memberikan foundation ringan ini kekuatan ajaib untuk memudarkan bintik-bintik gelap dan sedikit mengurangkan garis-garis halus dari masa ke masa.
Siapa yang tidak mahu kurus tanpa pengambilan suplemen, pil atau penggunaan alat elektronik? Lebih-lebih lagi jikalau menggunakan bahan semula jadi yang lebih mudah dan murah. Apa yang penting bajet, tetapi keinginan untuk kurus melebihi segalanya. Kini, ramai yang telah mengamalkan pengambilan jus detoks sebagai minuman harian. Ayuh, kita cuba cara yang paling murah ini untuk mencapai hajat agar lekas kurus!
1. Smoothie Rasberi Ceri
Kandungan kalori sebanyak 112 cukup efektif untuk merangsang enzim-enzim dalam tubuh. Kisarkan buah rasberi segar dan ceri serta bahan-bahan tambahan lain seperti susu badam, madu, dan jus lemon.
2. Jus Buah & Kobis
Siapa kata kobis tidak boleh dihidangkan sebagai minuman? Malah ia merupakan sumber antioksidan terhebat sekali gus menyahkan kandungan toksik dalam badan, meningkatkan pencernaan serta membantu sistem ketahanan hati.
3. Jus Detoks Kobis
Impak detoksifikasi jus ini amat luar biasa dan ia lengkap dengan vitamin B6,K dan A. Padukan sahaja dengan badam, timun, pear, avokado, halia mahupun air kelapa. Kelazatan yang anda sendiri pasti tidak pernah menjangka.
4. Jus Mangga & Nanas
Minuman yang bagus untuk memulakan hari anda. Ia mampu membuang racun yang terperangkap dalam sistem pencernaan dan menghindarkan kesan-kesan berbahaya daripada makanan kita.
5. Air Suam & Lemon
Campuran minuman detoks yang amat mudah disediakan. Sebelum makan pagi, minum air ini terlebih dahulu. Namun, usah diambil dalam kuantiti berlebihan pula.
6. Jus Betik, Lobak & Oren
Betik merupakan bahan pencuci usus alami. Tiga bahan utama ini mampu memberi keselesaan perut anda sepanjang hari. Bagi rasa yang lebih mantap, tambahkan sahaja limau nipis, madu dan air kelapa.
7. Jus Sengkuang
Sayuran akar ini bukan sahaja boleh dinikmati secara mentah, ia juga boleh dijadikan jus. Jika anda kurang gemar akan rasanya, tokokan perisa lain seperti strawberi, timun, avokado mahupun epal.
8. Jus Timun & Kobis
Timun telah digunakan selama berabad lamanya bagi perubatan cina. Vitamin E yang terkandung di dalamnya membantu mencantikkan kulit dan melambatkan kesan penuaan pada kulit. Selain itu, masalah insomnia dan kegelisahan dapat dikurangkan dengannya.
9. Jus Strawberi
Bagi mendapatkan kesan yang maksima, amalkan meminum jus ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Bukan sahaja rasanya yang menyegarkan, ia turut membantu detoksifikasi hati dan menentang penyakit kanser.
10. Jus Epal & Pudina
Buah epal terkenal dengan khasiatnya membantu melancarkan sistem peredaran darah dan membersihkan sistem pencernaan. Selain gabungan rasa yang enak, ia juga mampu memberi impak detoksifikasi yang sempurna buat tubuhmu.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.