Siapa kata bersolek itu mudah? Bukan hanya teknik bersolek itu harus betul, namun kaedah sebelum bersolek juga amat penting untuk menhaga kerapian dan kekemasan daripada solekan serta dapat memastikan kesihatan kulit wajah. 

Sumber gambar: Skincare

Sebelum menggunakan alatan solekan, pastikan anda melakukan persediaan buat kulit agar impak solekannya nanti turut menawan dan cantik bak model pentas peragaan.

1. Pertama sekali, cuci kulit wajah dari sebarang kotoran dan habuk dengan menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.

IKLAN

2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.

IKLAN

3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

IKLAN

4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.

5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI