Tidak mengalah untuk menurunkan berat badan, Isma Suria berjaya membuat transformasi mengagumkan apabila berjaya berubah daripada saiz 5XL/6XL kepada saiz M atau L.

Berkongsi kisahnya di laman Facebook Diet Suku Suku Separuh, Isma menjelaskan bahawa dia bertekad untuk menurunkan berat badannya sejak setahun yang lalu dan menjaga pemakanan hariannya.

Alhamdulillah dari baju saiz 6xl@5xl atas dasar semangat dah boleh brtukaq ke saiz L @M..semua atas perubahan cara pengambilan makanan..bukan mudah nak dapatkan kekuatan tiu semua ..doakan saya terus kuat dapatkan berat ideal..

Ubah Cara Pemakanan & Rajin Beriadah, Wanita Ini Berjaya Tukar Saiz Dari 6XL Ke M

Tip Turun 5XL-6XL Ke Saiz M/L

Pemakanan:

-Untuk sarapan, ambil oat atau telur separuh masak atau buah-buahan.

-Tengahari ambil nasi dan lauk tapi melebihkan sayuran, ayam atau ikan.

-Malam hanya minum air kosong dan makan buah-buahan.

Ubah Cara Pemakanan & Rajin Beriadah, Wanita Ini Berjaya Tukar Saiz Dari 6XL Ke M

 

Senaman:

-Lakukan senaman seperti tabata dan Zumba atau ikuti kelas senaman dalam masa 30 hingga ke 60 minit.

-Buat aktiviti luar seperti berbasikal atau panjat bukit pada hujung minggu jika ada masa terluang.

-Konsisten lakukan aktiviti mendaki dan berbasikal setiap pagi dan petang dalam 3-4 jam sehari atau lebih.

Ubah Cara Pemakanan & Rajin Beriadah, Wanita Ini Berjaya Tukar Saiz Dari 6XL Ke M

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI