
Makeup artist dari Indonesia, Ini Vindy cukup terkenal di YouTube.
Pemilik nama penuh Harfrida Vindy Agustie ini sering memuat naik pelbagai content berkaitan solekan di saluran YouTubenya.
Bermula dari solekan yang ringkas, realistik, karakter sehinggalah kepada rutin penjagaan kulit.
Gayanya yang menghiburkan dan bersahaja, ditambah pula dengan bahasa Jawa yang digunakan ketika membuat tutorial solekan membuatkan ramai yang menyukai Vindy.
Berikut 8 info menarik mengenai Ini Vindy.
Kelahiran Jawa Timur
Vindy berasal dan tinggal di Malang, Jawa Timur.
Pernah Menerima Gaji Yang Kecil
Vindy memulakan kerjayanya sebagai makeup artist dengan gaji yang agak kecil. Percayakah anda, Vindy pernah dibayar hanya dengan eyeliner dan foundation!
Pun begitu, kecintaannya terhadap dunia solekan tetap tak mematahkan semangatnya untuk terus belajar terutama tentang makeup dengan special effect dan solekan yang realistic makeup.
Aktif Di YouTube Sejak 2011
Vindy memulakan saluran YouTubenya pada September 2011. Ketika itu dia menunjukkan kemahirannya sebagai makeup artist karakter dan face painting.
Sejak itu Vindy mula meraih perhatian ramai. Dia juga sering memuat naik video tutorial solekan lain.
Hits Di YouTube
Kerana konsisten dan extra effort yang ditunjukkan, jumlah pengikutnya di YouTube makin bertambah.
Nama Vindy kini menjadi hit di YouTube dan mempunyai 1.95 juta subscribers.
Terkenal Dengan Bahasa Jawa
Berbeza dengan YouTuber solekan lain, Vindy mempunyai caranya tersendiri dalam menyampaikan content di mana dia sering bertutur dalam bahasa Jawa dan Malang, sekaligus menjadikan video-videonya menarik untuk ditonton!
Pernah Bekerja Sebagai Pereka Grafik
Ketika aktif sebagai blogger dan vlogger kecantikan, Vindy masih bekerja di organisasi media sebagai pereka grafik.
Mahir Menghasilkan Realistic Makeup
Bukan sahaja mahir menghasilkan solekan biasa, Vindy juga hebat menghasilkan solekan yang realistik termasuk karakter dan face painting.
Idola Vindy dalam dunia solekan ialah makeup artist dari Thailand bernama Tamang Phan.
Banyak Memenangi Pertandingan Blog
Sejak 2013, Vindy aktif menyertai pertandingan blog dan sering menang antaranya ialah pertandingan blog spa Sariayu dan kandungan blog Lazada Kartini.
Kredit Foto: Instagram Inivindy
Nak Bersolek Tapi Alat Mekap Kotor, Anda Tempah ‘Miss J’ Di Muka

Kita sering ingat cara untuk jaga kebersihan hanya datang dengan cara kita mencuci tangan dari bersentuh dengan muka. Tak di sangkal lagi, ramai juga yang tahu tentang keburukan jika tidak membasuh berus mekap, namun, ramai yang endahkan perkara ini.
Mungkin adakah ia tidak nampak secara zahir bakteria yang boleh membiak di permukaan berus mekap? Atau adakah kita sememangnya alpa tentang kesan yang boleh memudaratkan kita?
Sejujurnya, ramai yang akan mengakui bahawa mereka tidak lupa malah cuma akan bertangguh untuk membersihkan alat-alat solekan mereka. Kita harus ingat walaupun solekan boleh menutup cela dan berikan solekan yang tampak mulus, jika kesan yang akan datang memudaratkan, susah buat diri ini jua.
Artikel berkaitan: 7 Peraturan Cara Aplikasi Foundation, Nampak Seperti Kulit Kedua. Paling Sempurna!
Menurut perkongsian di Womenshealth, terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh memberikan kemudaratan yang ramai tidak ingini berlaku terutama sekali di muka. Jadi apa yang kami akan kongsikan bakal membuatkan anda serta-merta basuh berus mekap selepas ini.
1. Tumbuh jerawat! (breakout)
Menurut Hadley King, MD, berus mekap banyak menyerap dan dilapisi dengan kotoran, jadi minyak yang ada boleh menyumbatkan pori-pori di muka dan menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat di muka. Tidak kira alat mekap seperti berus concealer ataupun berus mekap yang lain, ia perlu di basuh sekali seminggu supaya dapat menjaga kebersihan bagi menghindari perkara yang tak di ingini berlaku.
Cara membasuk alatan solek ini mudah sahaja kerana anda perlu ada sabun pencuci (tidak kira sabun bayi, badan ataupun sabun yang khusus untuk basuh berus mekap) dan lalukan di atas air serta sental menggunakan telapak tangan. Kesan-kesan mekap akan keluar sewaktu membasuh dan anda akan lihat bertapa kotornya alatan mekap anda yang kerap anda pakai di muka.
2. Mekap tidak sekata
Ya, mekap yang tidak sekata atau ‘cakey‘ terjadi akibat alatan solek yang tak di basuh dengan betul dan kotor. Hal ini kerana setiap produk krim seperti concealer dan foundation mempunyai tekstur yang likat. Tektsur yang tinggal begitu lama di alatan solek boleh menyebabkan mekap anda menjadi sangat capuk dengan pertambahan produk krim yang berlebihan.
Artikel berkaitan: Tular ‘Beauty Hack’ Di TikTok Rendam Foundation Dalam Air Sebelum Sapu Di Muka. Hasilnya….
3. Jangkitan ‘jerawat’
Ada juga di kalangan kita yang sering berkongsi alatan solek tanpa risau kesan yang boleh di berikan. Kadangkala, kita juga ada terdetik untuk hentikan tabiat itu tapi di sebabkan mereka yang pinjam itu adalah kawan, kita mengalah. Adakah anda mengalah dan ingin menempah kemudaratan di kemudian hari? Itu persoalannya.
Jadi anda perlu tahu bahaya berkongsi alat solek terutama sekali buat kulit yang bermasalah. Kulit bagi setiap orang berbeza, begitu juga apa yang produk yang mereka letakkan di muka. Walaupun hanya sekadar untuk menyapukan blusher di pipi, bakteria boleh merebak dari satu muka ke muka yang lain.
Jadi anda telah ketahui kesan-kesan yang boleh memudaratkan kepada kesihatan kulit. Jangan lengahkan lagi dan mula untuk rajinkan diri anda untuk membasuh alatan mekap untuk mencegah dari sebarang kecelakaan yang boleh berlaku. Kekal cantik dengan bijak sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Patutlah 12 Finalis Ratu Hijabista Nampak Yakin, Segar, Menawan Setiap Masa, Safi Hijabista Bodycare Lotion Penaja Utamanya!

Buat julung kalinya, pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab.
Ratu Hijabista disokong mesra oleh Safi Hijabista Bodycare Lotion yang hadir sebagai penaja utama untuk penganjuran musim pertama. Di zaman milenial ini, kecantikan luaran pastinya lebih bermakna bila dilengkapi dengan kebijaksanaan, ketahanan emosi dan personaliti diri. Sebagai si hijabista, bukan sahaja perlu memiliki daya pemikiran yang bijak tetapi dalam masa yang sama perlu juga tampil yakin dan jaga penampilan agar sentiasa menawan.
Sebagai jenama penjagaan diri yang cukup sinonim dengan semua hijabista, Safi Malaysia kini tampil dengan Safi Hijabista Bodycare Lotion yang membuka platform buat 12 orang finalis Ratu Hijabista mengejar cita-cita bergelar Ratu Hijabista 2020. Tentunya untuk bergelar sebagai ikon, seorang hijabista itu juga perlu bijak menjaga penampilan diri kerana ia mencerminkan keperibadian seorang wanita berhijab.
KULIT LEMBUT DAN KEKAL HIDRAT
Antara yang perlu diutamakan oleh seorang hijabista terutama finalis Ratu Hijabista ialah dari segi penjagaan kulit. Kulit yang lembut, halus, dan wangi sepanjang hari bagaikan lapisan yang menyerlahkan lagi pesona keyakinan si hijabista. Memang tak dapat dinafikan lagi, Safi Hijabista Bodycare Lotion inilah yang paling memahami keperluan si hijabista.
Varian losen Safi Hijabista Bodycare merupakan rangkaian losen pertama di Malaysia yang dirumus istimewa untuk si hijabista yang gemar tampil ‘lit’ tapi tetap modest gitu. Dengan perlindungan anti bau menerusi Teknologi Scent Care, hasilnya kulit halus, lembut dan wangi sehingga 8 jam. Paling penting, anda tidak perlu ragu-ragu sebab ia sememangnya disahkan Halal.
Sebagai si hijabista yang sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti indoor mahupun outdoor, kelembapan kulit seharusnya diberi perhatian. Dengan losen Safi Hijabista Bodycare yang mengandungi vitamin B3 untuk memelihara kulit agar sihat dan sekata, hijabista tidak perlu risau lagi untuk terus ceria jalani rutin harian seperti biasa.
Diuji secara dermatologi, losen Safi Hijabista Bodycare menjadikan kulit tubuh kekal lembap sepanjang hari. Penghidratan kulit sehingga 48 jam menjanjikan keselesaan tanpa batasan. Paling penting, tiada rasa melekit kerana setiap sapuan losen sangat ringan dan pantas menyerap ke dalam lapisan kulit.
TUBUH SEGAR DAN WANGI MESKIPUN AKTIF SEPANJANG HARI
Terus kekal aktif tanpa bau badan dengan penggunaan losen Safi Hijabista Bodycare kerana losen ini diperkaya dengan haruman yang mampu bertahan sehingga 8 jam. Pendek kata, sungguhpun finalis Ratu Hijabista terlibat aktif dengan aktiviti luar, kulit kekal terhidrat dan bebas daripada bau badan.
Sebagai jenama produk kecantikan yang dikenali ramai, Safi Hijabista Bodycare Lotion menyokong cara penjagaan diri hijabista sejajar dengan #sayasayangsaya.
Hadir dengan seleksi tiga varian iaitu losyen Safi Hijabista Bodycare, losyen ini terdiri daripada Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture, Safi Hijabista Bodycare Healthy White dan Safi Hijabista Bodycare Soothing Fresh.
TIGA PILIHAN LOSEN TANGAN DAN TUBUH UNTUK KEPERLUAN HIJABISTA
Losen Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture menjanjikan kelembapan yang sempurna. Ia melembapkan kulit secara intensif serta melindungi kulit tubuh daripada bau yang tidak menyenangkan.
Oh, meskipun kini kita perlu menjalani gaya hidup norma baharu dengan kerap mencuci tangan dan mandi membersihkan diri, namun jangan sesekali abaikan soal kelembapan kulit tau? Mujur ada Losen Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture dengan gabungan minyak badam organik dan shea butter. Lapisan losen yang disapu pada kulit mampu membantu mengekalkan kelembapan kulit, juga menjadikannya halus dan lembut.
Safi Hijabista Bodycare Healthy White pula menjadikan kulit cerah sekata dengan perlindungan anti bau. Cukup selesa disapu pada kulit kerana ianya tidak berminyak, tidak melekit dengan daya penyerapan yang cepat ke dalam lapisan kulit.
Formulasi ekstrak buah aprikot membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Kandungan serbuk mutiara pula memperbaiki sel-sel kulit. Formulasi ringan dan selesa menjadikan kulit terasa halus, lembut dan wangi sepanjang hari serta terlindung daripada bau badan.
Bagi memastikan kulit kekal segar sepanjang hari, losen Safi Hijabista Bodycare Soothing Fresh wajib ada dalam beg tangan setiap hijabista. Lapisan ringan pada tangan dan kulit tubuh sangat menenangkan dan menyegarkan kulit dengan perlindungan daripada bau badan bagi memastikan tubuh kekal segar, terhidrat dan wangi sepanjang hari.
Tekstur losen Safi Hijabista Bodycare juga tidak berminyak, tidak melekit dan pantas menyerap menjadikan losen ini cukup selesa sekali disapu pada seluruh tubuh. Bahan utamanya, aloe vera pula melembapkan serta menyegarkan kulit.
Dengan perlindungan daripada bau badan, hijabista akan rasa segar, selesa dan kekal wangi sepanjang hari. Ekstrak timun organik yang kaya dengan kandungan air dan mineral berfungsi untuk menyejukkan kulit bagi memastikan kulit tubuh kekal terhidrat. Personaliti hijabista kini lebih terserlah dengan perlindungan kulit tubuh yang serba lengkap.
Jalani Pembedahan Bariatrik, Alyah Korbankan Ibadah Puasa Atas Nasihat Pakar. Hilang Hampir 9 Kg!

Baru-baru ini, penyanyi popular Datin Alyah memuat turun sebuah perkongsian menerusi laman Instagramnya berkaitan dengan pembedahan bariatrik yang dilakukan pada 21 Mac yang lepas.
Mengulas lanjut mengenai pembedahan yang dilakukannya, Datin Alyah yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis sambutan berbuka puasa Kamya Glow di Villa Zamara, berkata bahawa penyakit gastrik yang dialaminya sejak dari dahulu lagi menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan bariatrik untuk memastikan kesihatan dirinya terus terjamin.
“Jujurnya, saya takut dengan pembedahan. Namun, disebabkan oleh masalah gastrik yang semakin kritikal ini menyebabkan saya harus akur dan terpaksa untuk melakukan proses pembedahan tersebut.
Penyakit gastrik yang saya alami ini bermula sejak saya masih berusia dalam lingkungan 20 tahun. Oleh disebabkan waktu makan saya tidak tersusun dan sering makan lambat, kesannya dirasai pada usia saya hari ini. Jika tidak dirawat dengan cepat, ia boleh bertukar menjadi kanser,” kongsinya.
Pakar sarankan saya untuk mengambil minuman susu atau sebarang jenis makanan berbentuk ‘liquid food’ sahaja dan tidak mengambil ‘solid food’ sehinggalah masuk minggu keempat selepas pembedahan dilakukan.
Tambahnya lagi, jadual kerja yang padat menyebabkan Alyah sudah terbiasa dengan waktu makan yang tidak tersusun. Lama-kelamaan, ia menjejaskan kesihatan usus dan menyebabkan terjadinya masalah penyakit gastrik.
“Waktu dahulu, disebabkan sibuk dengan jadual kerja yang padat, waktu makan saya tidak teratur. Saya sering makan malam ketika itu. Apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara disebabkan wabak Covid-19 melanda, rutin makan saya berubah dengan mendadak. Saya makan setiap masa dan sangat kerap. Secara tidak langsung, ia memberi kesan buruk kepada usus dan ulu hati saya terbuka menyebabkan terjadinya masalah gastrik yang lebih kronik,” ulasnya lanjut.
“Saya tidak dibenarkan puasa…”
Berbicara soal sambutan Ramadan kali ini, Datin Alya menyatakan bahawa tahun ini sedikit berbeza disebabkan pembedahan bariatrik yang dilakukannya dua minggu sebelum Ramadan menyebakan dia tidak dibenarkan puasa dan harus menjaga pemakanannya.
Dr Mustafa Mohammed Taher, Pakar Gastroenterologi yang bertanggungjawab melakukan pembedahan bariatrik ini menasihatkannya untuk menjaga pemakanan dan kesihatan ususnya.
“Pakar sarankan saya untuk mengambil minuman susu atau sebarang jenis makanan berbentuk ‘liquid food’ sahaja dan tidak mengambil ‘solid food’ sehinggalah masuk minggu keempat selepas pembedahan dilakukan. Alhamdulillah, saya sudah berada dalam minggu keempat. Namun, saya hanya makan sedikit sahaja ‘solid food’ seperti ikan dan tofu,” kongsinya lagi.
“Usus baru seperti bayi, lebih sensitif..”
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati ini, selepas pembedahan, dia harus menjadi lebih peka dengan jenis makanan yang diambil kerana ususnya lebih sensitif.
“Sama juga seperti bayi, selepas pembedahan dilakukan, usus saya menjadi lebih sensitif dan saya harus mengambil makanan yang sihat sahaja. Jadi, banyak perkara yang harus saya pelajari untuk memastikan nutrisi dalam badan saya memberi kebaikan kepada usus dalaman saya. Menu makanan saya tidak sama seperti dahulu. Jadi saya percaya inilah cabarannya kerana saya seorang yang sukakan makanan.
Hasil dari pembedahan itu juga, berat badannya menurun dari 68 kg kepada 59 kg. Namun ia bukanlah tujuan utamanya melakukan pembedahan ini.
Tambahan pula, saya juga turut menghidapi penyakit kolestrol tinggi. Jadi saya harus lebih berhati-hati dalam aspek pemakanan ini.
Namun, selepas pembedahan, badan saya berasa lebih ringan dan amat mudah untuk menyanyi kerana saya sudah tidak mudah lelah seperti dahulu. Kualiti tidur juga lebih terjamin. Jadi, apabila bercakap mengenai pembedahan ini, saya ketepikan dahulu soal turun berat badan. Aspek paling utama ialah kesihatan diri sendiri,” tambahnya.
Hasil dari pembedahan itu juga, berat badannya menurun dari 68 kg kepada 59 kg. Namun ia bukanlah tujuan utamanya melakukan pembedahan ini. Nasihat Datin Alya, jagalah waktu makan dan usahlah melambatkan sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam kerana ia akan mendatangkan kesan yang buruk pada masa akan datang.
Sumber gambar: Instagram Datin Alyah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.