Agak menjengkelkan pagi yang indah ketika bersiap mahu ke tempat kerja mood dirosakkan gara-gara sebatang pin. Oleh kerana mahu cepat, pin yang dicucuk tercarik tudung satin yang sedang digayakan. Sudahlah baru beli dan harganya juga sangat mahal. Bayangkan tudung sutera atau satin tertetas hanya kerana pin tudung. Namun usah risau, bagi penggemar satin, boleh cuba tutorial hijab tanpa pin ini. Hasilnya tudung digayakan anda akan sentiasa kemas dan terjaga.
Ads
TAHUKAH ANDA?
Butang magnet! Anda hanya perlu sepasang butang magnet dan pinkan pada hijab tanpa perlu mencucuk hijab anda.
Ada beberapa jenama yang mencipta hijab tanpa pin, salah satunya adalah tudung Cakenis dari Hanis Zalikha. Cepat, mudah dan selamat digunakan.
Suatu ketika dulu nama penyanyi Mawi memang cukup memberi impak dan cetus fenomena tersendiri. Popularitinya semakin memuncak apabila mengambil keputusan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, Nora’ashikin Rahmat atau mesra dipanggil Ekin. Ketika itu Ekin juga turut menerima tempiasnya kerana berjaya menawan hati penyanyi yang jadi pujaan ramai ketika itu. Kini Ekin selesa bergelar isteri dan juga usahawan.
Sebenarnya Ekin juga turut mencetus populariti tersendiri kerana dia mempunyai kembar yang seiras dengan wajahnya Nora’ Ain Rahma atau dikenali dengan nama Aenn. Malah kedua-duanya sering dilihat bersama-sama dalam menjayakan bisnes yang diusahakan.
Sekali pandang memang tak perasan yang mana satu Ekin dan yang mana satu kembarnya Aenn. Kedua-duanya kelihatan sama apatah lagi tampil manis berhijab. Bukan itu sahaja, mereka juga gemar bergaya menggayakan fesyen yang juga sama setiap kali keluar berdua.
Walaupun Aenn tidak sepopular Ekin, namun bagi Ekin kembarnya itulah sahabat paling baik. Malah menjadi teman menangis, ketawa, bergosip, susah snang, teman gaduh, pinjam bahu dan juga teman merayap.
Malah Ekin dilihat begitu menyayangi adik kembarnya itu yang dianggap sebagai cermin terbaiknya. Keduanya dilihat baru menyambut ulang tahun ke 40 hujung tahun lalu.
Dia ni la kawan sejati saya, teman ketawa, teman nangis, teman bergosip, teman susah senang, teman gaduh (kadang2 la ), teman pinjam bahu, teman tuk merayap hehe..nama dia @aennarif adik kembar saya hehe..LUV U MY CERMIN
Minggu lalu pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan anak keduanya, iaitu baby girl melalui pembedahan di sebuah hospital swasta. Jika orang lain akan bercerita pengalaman proses kelahiran di media sosial, tetapi lain pula bagi Tilla.
Dia telah muat turut gambarnya 10 minit sebelum bersalin di samping dua invidu yang membantunya sepanjang proses kelahiran berkenaan. Doktor yang membuatkan perutnya ternganga dan juga doktor pakar bius yang membuat dirinya tidak rasa sakit sedikitpun.
Malah doktor yang sama juga yang bertanggungjawab dalam proses kelahiran anak pertamanya Sheriv dua tahun yang lalu.
Bukan itu sahaja, Tilla juga turut muat turut gambrnya di samping jururawat yang juga turut menguruskan keperluan dirinya sepanjang proses kelahiran anak keduanya itu.
Menurutnya lagi banyak pahala mereka yang dengan ikhlas menjalankan tugas telah diamanahkan kepada mereka.
Isteri kesayangan Shaheizy Sam ini juga turut membayangkan akan bersalin lagi dan berjumpa mereka empat tahun akan datang..
Gambar lebih kurang 10min sebelum perut aku tenganga Inilah 2org doc kesayangan?dr.fauziah yg bertanggungjwab belah perut aku bok keluaq anak yg di belakang tu dr.aminah pakar bius yg bius tilla tanpa rasa sakit apa pun!cucuk kt tulang belakang kot,klu tak kena gaya mampuih dua2 doc yg sama masa tilla beranakkan syeriv.. yg nurse2 tu pulak tilla nk cakap thank u so much sebb sudi tgok perut n benda2 lain yg xsepatutnya byk pahala hampa semua,insyaallah amin jumpa 4 tahun lagi!! (harap sam baca n like) benda xboleh jangka buat apa kita jangka
Ternyata posting ini mengundang reaksi positif dari netizen. Masing-masing terhibur dengan kapsyen Tilla yang dinggap begitu sempoi dan sangat bersahaja.
Tidak kurang juga menceritakan pengalaman bersalin dengan doktor yang sama dengan Tilla. Dan ada yang mengucapkan tahniah dan selamat menjalani tempoh berpantang.
Pernah popular menerusi drama bersiri Adam Dan Hawa dahulu, nama pelakon Elfaeza Ul Haq sejak beberapa ketika ini jarang sekali diperkatakan. Namun, baru-baru ini ketika temu bual bersama Ustazah Asma Harun di laman sosialnya menarik perhatian ramai.
Imej beliau sudah mula berubah dan mengenakan tudung sepenuhnya, selain dirinya rakan selebriti, Diana Amir turut ada bersama.
Mengakui sudah lama mempunyai niat untuk menutup aurat, Elfaeza memberitahu beliau mula berhijab sejak 2015. Dia tidak berniat untuk memperlahankan kerjaya seninya namun pada ketika itu, dengan izinNya semuanya terjadi secara perlahan-lahan.
Tidak mempunyai alasan khusus kenapa dia memilih untuk berhijab. Cuma sudah lama mahu tampil berhijab dari tahun 2010, iaitu sejak lima tahun berhijrah. Wanita tinggi lampai ini merasakan pada masa itu tidak patut rasa menangguhkan niat ini.
Banyak perubahan yang perlu Elfaeza lakukan dan akui perlu membiasakan diri dengan imej yang baru. Bererti banyak juga perkara yang perlu dipelajari.
“Doakan saya baik-baik sahaja ya, bila nak berubah tu mesti ada beberapa ujian dan halangan untuk menguji pendirian serta iman kita, apa yang penting jangan pernah putus asa dan berpegang pada prinsip yang ada,” akuinya.
Pemilik nama penuh Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq dilahirkan di Jurong, Singapura dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni pada usia 18 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian di Singapura iaitu Anugerah anjuran MediaCorp Suria pada tahun 2003 dan selepas itu, beliau terjun ke bidang lakonan.
Gadis tinggi lampai ini mula dikenali di Malaysia pada dia menginjak usia 27 tahun, meski pun tidak berapa dikenali dalam berapa siri drama tempatan, namun kemunculannya dalam drama bersiri Adam dan Hawa cukup memberi kesan pada penonton ketika tayangannya di sekitar 2012.
Minat pada bidang lakonan bukan bererti dia menggemari kehidupan seorang selebriti. Septikal masyarakat yang menganggap dunia hiburan penuh kemewahan dan keindahan, tidak pula bagi dua selebriti ini. Elfaeza dia hanya minat seni lakonan, yang selebihnya tidak.
“Dunia yang penuh serabut, pergi event tak best, kena interview TV dan photoshoot tak best dan gosip pun tak best, ujar selebriti kelahiran Singapura ini. Alhamdulillah selama dalam bidang ini tiada gosip-gosip yang dikaitkan dengan saya,” kongsinya lagi.
Keseronokan yang dirasai hanya satu bebanan apabila, Elfaezah perlu hadiri aktiviti di luar bidang lakonan, walaupun dia akui ini adalah punca pencarian nafkah dan rezeki dengan berkongsi bakat lakonannya. Ulas ustazah Asmah Harun lagi, apabila apa yang kita buat bertentangan dengan syariat, rasa keseronokan itu ditarik olehNya, menjadikan rasa itu hanya pada luaran sahaja.
Walaupun berhijab, dia disokong oleh semua warga produksi. Elfaezah panjat kesyukuran hijrahnya disambut baik. Walaupun di kelilingi warga kerja transgender tapi menurutnya mereka inilah yang menjaga aurat dirinya ketika menjalani pengambaran. Pernah membintangi drama Impak Maksima the Series dan KL Menjerit The Series pada tahun 2008, mereka menghormati permintaan untuk melakukan ibadah solat , Allah memudahkan lagi keaadaan.
“Dua insan ini yang menjaga aurat dan pemakaian saya ketika dalam set pengambaran, bimbang aurat terdedah, Elfae diingatkan supaya memakai inner, namun sekiranya tiada mereka sendiri akan menyediakannya,” ujar Elfaeza lagi.
Bukan sekadar pemakaian malah waktu solat dan tertib pemakaian juga diperhatikan, agar tiada aib yang tersingkap, wanita anggun ini bersyukur mereka ini lelaki yang berjiwa wanita lebih memahami dan prihatin perihal hijrahnya.
Perkongsian selebriti ini bersama ustazah Asma Harun dilakukan ketika menjalani ibadah umrah di Kota Madinah. Semoga penghijrahan Elfaeza Ul Haq akan menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.