Tutorial: Diana Amir Kongsi Tutorial Hijab Labuh Untuk Pengikut Di IG, Selesa Dan Menjaga Aurat

Share

Siapa tidak mengenali selebriti, Diana Amir. Dia yang merupakan salah seorang pengacara dan juga sangat aktif dalam aktiviti kemanusiaan atau sukarelawan. Sejak mengambil keputusan berhijab, Diana Amir dilihat begitu menjaga penampilannya agar sentisa tampil cantik, selesa dan paling penting menjaga auratnya.

Biarpun  sudah berhijab, tidak membataskannya untuk tampil bergaya mengikut citarasa. Diana lebih senang memilih shawl yang dililit ringkas serta menutup aurat.

Dan sempena sambutan harijadinya, Diana telah membuat tutorial tudung khas buat followernya di laman sosial Instagram.

Menurutnya, dia penah berjanji untuk membuat tutorial tudung tetapi kekangan hal seperti rasa segan, ketidaan neck cover

dan sibuk melayan anak-anak menyebabkan hasrat iu tertangguh.

Tetai sebagai birthday treat buat followernya yang bejumlah 1.3 juta, dia telah berkongsi tutorial mudah setiap kali menggayakan shawl panjang. Menurutnya dia selesa menyarung tudung dengan kepanjangan dua meter dan lebar 60 cm.

Malah bagi mengelakkan tudung dipakai sentiasa kemas dan on point, Diana memberi tip dengan memastikan meletakkan beberapa jarum di bahagian kiri kanan tudung agar kekal terletak sehingga akhir majlis dihadiri.

Perkongsiannya ini mendapat respon dari followernya. Malah masing-masing turut mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.

lin_ariffin Love kak d, tp byk tu pin

achecheq Alhamdulillah..mmg dh lama tnggu style shawl sis ni…tq..selesai bab shawl..pakai skincare apa la plak sbb x pernah x cantik

rozaa1514 Senang gila tengok kak diana pakai shawl, kalau saya pakai ni haru hahaha, entah kena pin mana satu dulu, tu smpai sekarang saya pakai tudung sarung je senang hihi..​

dina_amani Alhamdulillah.. Finally I found toturial for shawl yg labuh

yuyujelaek stujuuuu…ske pin byk byk gakkk…sb t tudung ble begerak² misti tudung haruuu hahhaha…happy birthday sis d

kizi.mk Senangnya tgk kak diana lilit shawl..tq for the tips..boleh ikut ni…

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIANA AMIR

IKLAN