Pernah tak anda perasan apabila anda memakai produk perawatan kulit wajah (skincare) tapi skincare itu macam tidak berkesan pada kulit? Tahukah anda bahawa sebenarnya perawatan itu tidak berkesan kerana anda ada tertinggal rutin yang asas ini.

Apabila perawatan yang asas ini tidak dilakukan secara konsisten maka kesan pemakaian produk perawatan kulit wajah jadi tidak berkesan. Berikut dikongsikan penggunaan asas produk perawatan kulit wajah (skincare basic) mengikut turutan agar produk perawatan kulit wajah yang anda gunakan seperti serum dan sebagainya jadi lebih berkesan pada kulit anda.

Photo by shiny-diamond- from Pexels.

PENCUCI MUKA/FACE WASH 

Photo by shiny diamond from Pexels.

Ini adalah rutin yang paling penting. Jika anda tidak menggunakan pencuci muka, maka kulit wajah mudah berjerawat. Lagi satu, pastikan anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Barulah segala produk perawatan kulit wajah yang anda gunakan ‘bekerja’ dengan baik.

PENYEGAR WAJAH/TONER 

Photo by victografi from Pexels.

Gunakan toner selepas mencuci kulit wajah mahupun selepas menggunakan skrub wajah. Toner amat memainkan peranan yang penting pada kulit wajah. Hal ini kerana apabila kita menggunakan toner pada kulit wajah, ia akan mengimbangi ph dalam kulit wajah kita. Ia akan membuatkan kulit wajah kita lebih terhidrat dan sihat.

IKLAN

PELEMBAP WAJAH/MOISTURIZER 

Photo by alina-blumberg from Pexels.

Mungkin ada yang menganggap pemakaian moisturizer itu tidak penting bukan? Ada yang rimas dengan keadaan berminyak, maklum sahajalah cuaca negara kita bukankah panas. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak pula beranggapan bahawa moisturizer ini boleh membuatkan kulit wajah jadi tambah berminyak. Sebenarnya salah anggapan ini ya. Moisturizer tidak akan membuatkan kulit wajah anda tambah berminyak malah ia akan melembabkan kulit wajah serta mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah.

SUNSCREEN

IKLAN
Photo by karolina-grabowska from Pexels.

Ramai yang mengalami masalah parut-parut jerawat pada kulit wajah yang susah untuk dihilangkan walaupun sudah pakai segala serum untuk merawatnya. Tahukah anda bahawa jika anda guna serum terbaik dalam dunia ini sekalipun tapi anda tidak memakai sunscreen maka sia-sia sahajalah usaha kita itu.

Tahukah anda bahawa sunscreen memang bagus untuk kulit. Ia melindungi kulit wajah daripada sinaran uv yang boleh merosakkan kulit wajah. Maka sebab itulah mereka yang konsisten memakai sunscreen, kita akan lihat kulit wajah mereka tidak ada ‘dark spot’ mahupun parut jerawat.

Untuk perawatan kulit pada waktu malam pula, lebih kurang juga turutan perawatan kulit wajah seperti di atas kecuali tidak perlulah memakai sunscreen.

IKLAN

HIJABISTA: Nak cantik perlulah rajin membelai wajah ye sis selain rajin-rajinlah membuat pembacaan dan mencari info tentang tip kecantikan dan perawatan kulit wajah. 

Sumber kredit: Euphoria Malaysia Top image: Photo by shiny-diamond- from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI