Tunai Umrah Bersama Suami, Netizen Doakan Marsha Terus Istiqomah & Kekal Berhijab

Share

Dua hari yang lalu, Marsha Milan Londoh bersama suami serta keluarganya telah berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Walaupun sibuk, Marsha masih sempat menjalani ibadahnya sebagai seorang Islam.

Pemergiannya ke Tanah Suci telah dikongsikan melalui laman Instagramnya. Ujar Marsha kepada portal Astro Gempak, dia akui bahawa dia sudah lama berhajat untuk mengerjakan ibadah umrah dan bersyukur akhirnya berjaya merealisasikan impiannya itu.

Melalui perkongsian fotonya di Instagram, memang manis dan cantik sekali apabila Marsha dilihat mengenakan hijab. Malah, netizen turut memuji penampilannya itu.

Ada juga di antara netizen yang turut mendoakan agar penyanyi ini akan terus berhijab selepas kepulangannya dari menunaikan umrah.

Cantik Berhijab

Natural Beauty

Doa Lulus SPM

Cepat-Cepat Dapat Baby

Sama-sama kita doakan agar ibadah umrah Marsha bersama suami dan keluarganya berjalan dengan lancar. Doakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga.

Sumber: Astro Gempak

IKLAN